Kaki Kitai

Filem aksi komedi Malaysia 2014 arahan Azaromi Ghazali

Kaki Kitai sebuah filem komedi aksi Malaysia 2014. Untuk filem kali ini MiG pictures telah menampilkan barisan pelakon seperti Shaheizy Sam, Fezrul Khan, Farid Kamil, Adam Corrie,Along Eyzendy dan juga Epy Kodiang. Emily Chan pelakon baru MIG juga berlakon di dalam filem ini di samping Zalif Sidek dan Faith Zakie. Jalinan antara komedi dan aksi yang disampaikan juga seakan dekat dengan jiwa penonton. Komedi yang diterapkan dalam filem ini disampaikan secara bersahaja oleh pelakon-pelakon yang hebat ini.

Kaki Kitai
PengarahAzaromi Ghazali
Dihasilkan olehMejar (K) David Teo
DibintangiShaheizy Sam
Fezrul Khan
Farid Kamil
Along Eyzendy
Epy Kodiang
Adam Corrie
Emily Chan
Zalif Sidek
Faith Zakie
SinematografiAreel Abu Bakar
Syarikat
penerbitan
Tarikh tayangan
20 November 2014
Masa tayangan
83 Minit
NegaraMalaysia
BahasaBahasa Malaysia
Pecah panggungRM0.55 Juta

Sinopsis sunting

Mengisahkan tentang 2 orang sahabat Grenggo/Din (Shaheizy Sam) & Ayoi (Fezrul Khan) yang kurang cerdik datang dari kampung dan cuba berlagak pandai. Din pula sudah 3 tahun menetap Kuala Lumpur. Kisah bermula apabila Din menyambut Ayoi yang baru tiba dari kampung di stesen bas. Mereka dengan tidak sengaja telah mengganggu operasi pihak polis yang sedang bertugas dan telah menimbulkan kemarahan Inspektor Farid (Farid Kamil). Inspektor Farid kebetulan adalah sahabat baik Din & Ayoi sewaktu di bangku sekolah. Ada sahaja karenah mereka yang telah mengganggu kerja Inspektor Farid hingga beliau telah ditegur oleh pihak atasan.

Pelakon sunting

Kutipan sunting

Filem Ini telah mencecah sebanyak RM0.55 Juta Ribu Juta selama 21 hari tayangan.

Soundtrack sunting

Lagu Tema Untuk Filem ini ialah Kitai Semuanya Yang Dinyanyi Oleh Umair & Farique Nadzir

Pautan Luar sunting