Kakure Kirishitan (Jepun: 隠れキリシタン, "Kristen tersembunyi") (隠れキリシタン, Bahasa Jepun untuk "Kristian tersembunyi") ialah nama yang diberikan untuk orang Jepun pemeluk agama Kristian yang hidup bersembunyi kerana tekanan yang diberikan oleh pemerintahan Tokugawa (1603-1867). Mereka hidup dengan memencilkan diri dari dunia luar selama berabad-abad kerana takut akan ancaman hukuman yang diberikan oleh kerajaan Tokugawa kepada mereka. Putusnya hubungan dengan dunia luar membuat mereka mengembangkan sendiri ritual keagamaan mereka. Malah selama masa persembunyian tersebut, ajaran agama Kristian tersebut pun mengalami sinkretisasi dengan ajaran-ajaran Buddha dan Shinto.

Ketika masa Restorasi, (tepatnya tahun 1873) pemerintahan Meiji memutuskan untuk memansuhkan larangan terhadap agama-agama asing seperti Kristian Protestan dan Katolik. Pada semasa itulah para penganut Kakure Kirishitan keluar dari persembunyian mereka. Sebahagian besar dari mereka langsung bergabung dengan agama Katolik, dan dengan demikian meninggalkan ritual ala Kakure Kirishitan sebelumnya. Namun, masih terdapat sebahagian kecil penganut Kirishitan yang memilih untuk mengekalkan bentuk Kakure Kirishitan sehingga sekarang.

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

Pautan luar sunting