Kalium permanganat

Kalium permanganat atau kalium manganat(VII) merupakan suatu sebatian sebatian kimia tak organik serta sejenis ubat dengan formula kimia KMnO4. Mangan dalam sebatian ini berada pada tahap pengoksidaan +7. Dalam perubatan, sebatian ini digunakan untuk membersihkan luka dan dermatitis.[2] Sebatian ini juga merupakan agen pengoksidaan yang kuat.

Kalium permanganat
Nama
Nama IUPAC
Kalium manganat(VII)
Potassium manganate(VII)
Nama lain
Kalium permanganat
Sifat
KMnO4
Jisim molar 158.034 g/mol
Bau tiada bau
Ketumpatan 2.703 g/cm3
Takat lebur 240 °C (464 °F; 513 K) (mengurai)
6.4 g/100mL (20 °C)
25 g/100mL (65 °C)
Keterlarutan larut dalam alkohol and pelarut organik
+20.0·10−6 cm3/mol
1.59
Struktur
Struktur kristal Ortorombik
Termokimia
Muatan haba tentu, C 119.2 J/mol K
Entropi molar
piawai
So298
171.7 J K−1 mol−1
−813.4 kJ/mol
-713.8 kJ/mol
Farmakologi
Kod ATC D08AX06
V03AB18
Bahaya
Piktogram GHS GHS03: Oxidizing GHS07: Harmful GHS09: Environmental hazard
NFPA 704 (berlian api)
Dos maut (LD) atau kepekatan dos maut (LC)
LD50 (median dos)
1090 mg/kg (oral, rat)[1]
Sebatian berkaitan
Anion lain
Kalium manganit
Kalium manganat
Kation lain
Natrium permanganat
Ammonium permanganat
Sebatian berkaitan
Mangan heptoksida
Kecuali jika dinyatakan sebaliknya, data diberikan untuk bahan-bahan dalam keadaan piawainya (pada 25 °C [77 °F], 100 kPa).
 ☑Y pengesahan (apa yang perlu☑Y/N?)
Rujukan kotak info

Penghasilan sunting

Kalium permanganat dihasilkan dalam industri daripada sebatian mangan dioksida yang boleh didapati daripada galian pirolusit. Mangan dioksida dipanaskan bersama kalium hidroksida dengan sumber oksigen yang lain seperti kalium nitrat atau klorat untuk menghasilkan kalium manganat.[3]

 

Seterusnya, kalium manganat ditukarkan kepada kalium permanganat melalui elektrolisis dalam medium alkali.

 

Tindak balas sunting

Kimia organik sunting

Sebatian larut kalium permanganat dapat menukarkan alkena kepada diol (glikol). Tindak balas ini sering digunakan sebagai ujian dalam menentukan kehadiran ikatan ganda dua atau tiga dalam suatu molekul. Meskipun begitu, bromin lebih sesuai digunakan dalam ujian ini kerana kalium permanganat boleh bertindak balas dengan pelbagai kumpulan lain disebabkan oleh sifat pengoksidaannya yang kuat.

Rujukan sunting

  1. ^ Chambers, Michael. "ChemIDplus - 7722-64-7 - VZJVWSHVAAUDKD-UHFFFAOYSA-N - Potassium permanganate [USP:JAN] - Similar structures search, synonyms, formulas, resource links, and other chemical information". chem.sis.nlm.nih.gov. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 August 2014. Dicapai pada 9 May 2018. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  2. ^ British Medical Association; Royal Pharmaceutical Society (2015). British national formulary (ed. 69). m/s. 840. ISBN 9780857111562.
  3. ^ Reidies, Arno H. (2002) "Manganese Compounds" in Ullmann's Encyclopedia of Industrial Chemistry, Wiley-VCH, Weinheim. DOI:10.1002/14356007.a16_123

Pautan luar sunting