Kampung Latah Kena Kuarantin

Kampung Latah Kena Kuarantin ialah sebuah filem komedi satira Malaysia 2021 arahan Azizi Adnan dengan cerita asal oleh Nazia Mustafar.[1] Dibintangi oleh Azhan Rani, Nazia Mustafar, Ieda Moin, PS Mansur dan Din Latah dan ramai lagi, filem ini ditayangkan pada 9 September 2021 di Astro First.[2][3]

Kampung Latah Kena Kuarantin
PengarahAzizi Adnan
PenulisAzizi Adnan
Cerita olehNazia Mustafar
Dihasilkan olehHazil Izham Ismail
Dibintangi
Syarikat
penerbitan
Megapine Sdn. Bhd.
Tarikh tayangan
9 September 2021 (Malaysia)
Masa tayangan
90 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
Pecah panggungRM1 juta

Sinopsis sunting

Mengisahkan tentang Kampung Latah Permai, sebuah kampung yang unik dan menjadi tumpuan pelancong dari dalam dan luar negara kerana ia satu-satunya lokasi di dunia yang mempunyai kadar penduduk ‘melatah’ yang ramai. Ajin (Azhan Rani) merupakan ketua pemandu pelancong untuk syarikat Latah Permai Travel & Tours, bersama rakan kongsinya, Jamilah (Nazia Mustafar), Eton (Ieda Moin) dan Din (PS Mansur). Gelagat mereka sering menceriakan penduduk kampung dan juga pelancong. Dalam pada itu, Ajin menaruh perasaan terhadap Juanita (Elisya Sandha). Tetapi Apoi (Joey Daud) telah dahulu menghantar rombongan meminang Juanita dengan mengikut adat resam dan budaya melayu, namun pinangan Apoi ditolak.

Apoi bersama konconya Abon (Bell Ngasri) dan Anjang (Wanns Ahmad) melakukan sesuatu kerana tidak berpuas hati. Selang beberapa hari kemudian, Kampung Latah Permai yang ceria, tiba-tiba dilanda sindrom melatah yang tidak terkawal sehingga menimbulkan pelbagai kes merbahaya seperti melatah sehingga koma, melatah sehingga meninggal serta melatah sehingga terbunuh rakan atau pasangan. Keadaan kampung semakin membimbangkan dan menjadi isu besar sehingga Ketua Kampung terpaksa membuat mesyuarat tergempar bersama penduduk bagi mencari jalan penyelasaian. Berbagai teori dan cara menangani pandemik latah telah dibuat sehingga ada yang logik dan ada yang karut.

Pelakon sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Mya Amri (6 September 2021). "Tengok Barisan Pelakon Kampung Latah Kena Kuarantin Pun Dah Tahu Havoc! - "Boleh bayang, Mula Cerita Mesti Terus Gelak"". Astro Gempak. Dicapai pada 13 September 2021.
  2. ^ Budiey (8 September 2021). "KAMPUNG LATAH KENA KUARANTIN Filem Pertama Tonjol Gelagat Komedi Latah". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 13 September 2021.
  3. ^ "Kampung Latah Kena Kuarantin Kini Gamat Di Astro First". SinarPlus. Sinar Harian. 9 September 2021. Dicapai pada 13 September 2021.

Pautan luar sunting