Kampung Padang Balang

Kampung Padang Balang ialah kampung Melayu paling tua yang masih wujud di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia. Kampung ini dikelilingi oleh Jalan Gombak, Jalan Kampung Bandar Dalam, Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE), Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) dan Sungai Gombak.

Kampung Padang Balang
Kampung
Peta Malaysia.
Peta Malaysia.
Bendera Kampung Padang Balang
Mohor rasmi Kampung Padang Balang
Cogan kata: "Bersekutu Bertambah Mutu"
Lagu:
Negaraku
NegaraMalaysia Malaysia
NegeriWilayah Persekutuan
Daerah Kuala Lumpur
KampungKampung Padang Balang
Pentadbiran
 • JenisRaja berperlembagaan elektif dan demokrasi berparlimen
 • Yang di-Pertuan AgongSultan Ibrahim
 • Perdana MenteriAnwar Ibrahim
 • Timbalan Perdana MenteriAhmad Zahid Hamidi, Fadillah Yusof
Penduduk
 ( N/A )
 • Celik huruf
( lelaki perempuan)
 • Pecahan menurut jantina
% lelaki dan  % perempuan
Zon waktuGMT
 • Musim panas (DST)GMT
Poskod
51100
Kod kawasan+603
Lokasi Kampung Padang Balang di Peta Google

Sejarah sunting

Kampung ini mendapat namanya dari peneroka pertamanya iaitu Datuk Ampat Balang yang membuka kampung ini sekitar tahun 1830. Datuk Ampat Balang membawa peneroka-peneroka dari Batangkapas, Minangkabau yang melarikan dari dari penjajahan Belanda sewaktu Perang Padri. Mereka mulanya mendarat di Sungai Ujong, Negeri Sembilan sebelum mendapat keizinan dari Penghulu Sungai Ujong untuk membina penempatan di Hulu Kelang. Mereka bergerak melalui Serendah, Banting dan akhirnya tiba di utara Hulu Kelang yang kini dikenali sebagai Gombak. Pembukaan penempatan di Gombak oleh Datuk Ampat Balang menarik lebih ramai lagi suku Batang Kapas berhijrah ke Gombak. Datuk Balang kemudiannya diikuti oleh pemuka-pemuka minangkabau lain iaitu Datuk Sati, Datuk Samang dan Datuk Jahan serta peneroka-peneroka lain dari keturunan suku Batangkapas, suku Kuantan, suku Payakumbuh, orang Melayu serta Biduanda.

Pada awalnya Padang Balang terdiri daripada pelbagai penempatan suku Minangkabau di Gombak. Ia turut dikenali oleh orang Minangkabau sebagai Serambut atau Segambut. Walaubagaimanapun, Segambut hari ini tidak mempunyai perkaitan dengan Kampung Padang Balang. Perkampungan Padang Balang pada asalnya turut meliputi kawasan-kawasan yang hari ini dikenali sebagai Kampung Kerdas, Kampung Sungai Mulia, Kampung Changkat, Kampung Lembah Melewar, Taman Melewar, Greenwood, Kampung Chubadak, Kampung Lee Chong Kian, Taman Pelangi, Kampung Batu Muda dan Kampung Bandar Dalam. Walaubagaimana pun, setelah banyak penempatan baru dibuka, kampung-kampung ini telah memisahkan diri kerana untuk memudahkan urusan pentadbiran serta meningkatkan keselamatan, terutamanya sewaktu berlakunya perang Kelang di Zaman Keris dan Pemuras.

Kampung-Kampung lama yang masih berada di dalam Kampung Padang Balang pada hari ini adalah Kampung Padang Balang Kampung Padang Balang Hulu Kampung Padang Balang Hilir Kampung Paya Rumput

Senarai Ketua Kampung sunting

Bil Nama Tahun Nota
1 Datuk Ampat Balang 1830-1851 Empat Besar dan Pengasas Kampung Padang Balang
2 Datuk Ampat Sati 1852-1863 Empat Besar
3 Datuk Ampat Samang 1863-1867 Empat Besar
4 Datuk Ampat Jahan 1868-1870 Empat Besar
5 Onyang Abdul Malik 1870-1880
6 Datuk Ampat Binok bin Datuk Ampat Balang 1880-1990 Anak kepada Datuk Ampat Balang
7 Datuk Ampat Fakeh Pasisia 1890
8 Datuk Alam Merah Bukit Kuantan 1890-1901
9 Datuk Ampat Salleh Pasaman 1901-1903
10 Datuk Ampat Duamin 1903-1930
11 Datuk Ampat Abdullah 1930-1961 Selepas Perang Dunia kedua berakhir, Kerajaan British di bawah Malayan Union mengeluarkan Peraturan mengehendaki kesemua kampung di Kuala Lumpur untuk mendaftarkan ketua Kampung masing-masing. Abdullah menjadi ketua kampung pertama yang didaftarkan di dalam rekod Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.
12 Datuk Ampat Abdul Manaf bin Binok 1961-2000 Anak kepada Datuk Ampat Binok. Sewaktu kepimpinan Abdul Manaf, Kuala Lumpur telah dijual kepada Kerajaan Persekutuan untuk dijadikan Ibu Negara. Pada penghujung usianya, Datuk Bandar dalam usaha menghapuskan sejarah orang Melayu dan Selangor dari Kuala Lumpur telah menghapuskan jawatan Ketua Kampung di Kuala Lumpur. Ini menyebabkan Abdul Manaf menjadi Ketua Kampung terakhir di Kampung Padang Balang. Abdul Manaf yang meninggal dunia pada 2000 juga adalah ketua kampung rasmi yang terakhir di Bandaraya Kuala Lumpur.
- Interregnum 2000-2018 Selepas kematian Abdul Manaf, DBKL telah menerbitkan Draf Kuala Lumpur 2020 yang mengkategorikan Padang Balang sebagai penempatan setinggan. Ini telah menyebabkan kemarahan penduduk Kampung Padang Balang. Justeru kepimpinan diambil oleh pengerusi Masjid Saidina Ali Karram Allahu Wajhah, Hj Zainal Abidin bin Hj Maas menerusi Barisan Bertindak Penduduk Perkampungan Tradisi Melayu dan Majlis Permuafakatan Perkampungan Tradisi Melayu Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (Muafakat) bersama-sama pemimpin tempatan dari kampung-kampung Melayu Kuala Lumpur lain.
13 Haji Rosden Bin Haji Mohd Yassin 2018-2020 Katua Kampung lantikan politik oleh Kerajaan Pakatan Harapan. Jabatan ini kembali kosong apabila kerajaan Pakatan Harapan tumpas pada 2020.

[1]


Pendidikan sunting

Tempat beribadat sunting

Poskod sunting

Poskod yang digunakan di Kampung Padang Balang, Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan ialah 51100.[2]


Rujukan sunting

  1. ^ Nan al-Binjai (2011-01-16). "Nee: Padang Balang menunggu warta Kampung Warisan". Eraaddeen.blogspot.com. Dicapai pada 2020-05-30.
  2. ^ Carian Poskod

Pautan luar sunting