Kanang anak Langkau: The Iban Warrior

Kanang anak Langkau: The Iban Warrior ialah sebuah filem drama biografi sejarah Malaysia 2017 arahan Bade Hj. Azmi dengan skrip ditulis bersama oleh Zainal Fikri dan Asmira Suhadis, yang memperincikan tentang kehidupan dan kerjaya perajurit, Kanang anak Langkau.[1][2] Filem ini dibintangi oleh Langgi anak Kanang yang memegang watak sebagai bapanya, bersama Adi Putra, Johan As'ari, Livonia Ricky Guing, Jimmy Leong, Adam Shah, Aidil Aziz, Ruzana Ibrahim dan Zachery Francis. Filem ini ditayangkan pada 16 Mac 2017.[3][4]

Kanang anak Langkau: The Iban Warrior
PengarahBade Hj. Azmi
PenulisBade Hj. Azmi
Zainal Fikri
Asmira Suhadis
Dihasilkan olehZainal Fikri M. Ali
DibintangiLanggi anak Kanang
Adi Putra
Johan As'ari
Livonia Ricky Guing
Jimmy Leong
SinematografiAzla Kamaruddin
Disunting olehRodzee Abd Razak
Syarikat
penerbitan
Tangan Seni Sdn. Bhd.
Diedarkan olehEmpire Film Solutions
Tarikh tayangan
  • 16 Mac 2017 (2017-03-16) (Malaysia)
Masa tayangan
106 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
Iban
BajetRM6 juta.

Plot sunting

Berkisar tentang Kanang merupakan seorang Iban, satu bangsa pahlawan etnik yang tinggal di kawasan ulu pendalaman Sarawak, di Pulau Borneo. Sepertimana kepercayaan kaum Iban yang anak-anak mereka dibesarkan menjadi pahlawan, Kanang diajar oleh datuknya tentang selok-belok hutan. Kanang menjadi pemburu dan penjejak hutan yang hebat, sehingga boleh membaca angin, mendengar nafas harimau dan singa, dan mendengar degupan jantung pokok.

Tahun 1965 adalah kemuncak pemberontakan Komunis di Malaysia dan Sarawak juga terdedah kepada ancaman kekejaman Komunis. Tentera British telah mengetahui tentang kepakaran dan kehebatan Kanang mengenai hutan dan cuba menarik minat beliau untuk berkhidmat dan membantu menentang militan Komunis.

Kerjaya Kanang dalam tentera bermula apabila beliau menyertai Rejimen Renjer Sarawak sebagai Iban Tracker, sehinggalah dia menjadi Sarjan Mejar di Rejimen Renjer Ke-8 dalam Angkatan Tentera Malaysia. Kanang bersama platunnya banyak berjuang menghapuskan militan komunis yang semakin mengganas di seluruh negara dari tahun 1948 sehingga 1983. Pertempuran sengit antara pengganas komunis dan pasukan keselamatan berlarutan hingga ke Hutan Korbu dan Tanah Hitam di Perak. Semasa pertempuran di Tanah Hitam, Kanang telah ditembak sehingga beliau cedera parah, namun beliau terus gagah berjuang sehingga berjaya menumpaskan pengganas Komunis.

Pelakon sunting

  • Langgi anak Kanang sebagai Kanang anak Langkau
  • Adi Putra sebagai Koperal Omar Awang Tengah
  • Aidil Aziz sebagai Koperal Mohd Nasir bin Mohd Nordin
  • Zachery Francis sebagai Koperal Michael Riman anak Bugat
  • Johan As'ari sebagai Lans Koperal Wan Shaipuddin Abu Kassim
  • Sofian Bujang sebagai Renjer Baharuddin bin Yahya
  • Jay Iswazir sebagai Renjer Abdullah bin Chik
  • Taufiq Hanafi sebagai Renjer Mohammad bin Tisman (Semboyan)
  • Leftenan Hotin anak Lukong sebagai Leftenan Muda Johnsin anak Meling
  • Shanningavelu A/L Vellayah sebagai Leftenan Muda Mohana Kumaran A/L Ragupatty
  • Saiful Zelwany sebagai Sarjan Ramli bin Othman
  • Rosley Rusdi sebagai Lans Koperal Abang Salleh bin Abang Morshidi
  • Ramachandran A/L Sundaram sebagai Lans Koperal Raja Gopal A/L Supramaniam
  • Adam Shah sebagai Renjer Mustafa Kamal bin Majid
  • Amai Kamarudin sebagai Renjer Kotap bin Buang
  • Sanpagan Sannasi sebagai Renjer Muniandy A/L Givindaraja
  • Ali Arami Adzahar sebagai Renjer Ali bin Amit
  • Muhammad Faiz sebagai Renjer Zakaria bin Akop
  • Bonyca anak Chadat sebagai Renjer Azman (Semboyan)
  • Rahimizam bin Abdul Rahim sebagai Renjer Abdullah bin Harun
  • Ahmad Rizal bin Mohd Fazil sebagai Renjer Rosli bin Md Isa
  • Selvakumar A/L Monogran sebagai Renjer Kanangasan
  • Faiz sebagai Renjer Zakaria
  • Mampi anak Limbi sebagai Kanang anak Langkau (Muda)
  • Livonia Ricky Guing sebagai Helan Latai anak Intie
  • Cleopatra Bibi Limah anak Minggu sebagai Helan Latai anak Intie (Muda)
  • Barba Estreina Beja sebagai Anak Perempuan Kanang
  • Ummi Aisyah sebagai Josephine
  • Jimmy Leong Siew Chye sebagai Ketua Komunis Nam Yat
  • Jerrica Lai sebagai Chin Hua
  • Ruzana Ibrahim sebagai Senah
  • Jeseph Joe sebagai Samy
  • Don Puena sebagai Kolonel C. A Loone
  • Ignas Versinkas sebagai Kapten Mike Ayota
  • Ted Moxham sebagai Pegawai Pemerintah (Commanding Officer)
  • Malcom sebagai Pegawau British (British Officer)
  • Haris Hadra sebagai Pahlawan
  • Philippe Michel Vidneron sebagai Anggota Komando
  • Geoff Andre Feyaerts sebagai Pemandu Helikopter
  • Robert Christoper Armstrong Sebagai Radioman
  • Stefan Andreas Kunath sebagai Pembantu Pemandu Helikopter
  • Tom Hermanson Snickars sebagai Jurutera Penerbangan

Penerbitan sunting

Filem ini diterbitkan oleh Tangan Seni Sdn. Bhd. dengan Empire Film Solutions bertindak sebagai pengedar. Langgi anak Kanang, anak bongsu Pahlawan Negara, mendiang Kanang anak Langkau memegang watak sebagai bapanya.[5][6] Menurut Langgi, pertemuannya dengan pengarah, Bade Hj. Azmi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) pada 2014 berlaku secara tidak sengaja, lalu membawa beliau ke dunia lakonan.[5] Kos pembikinan dianggarkan berjumlah RM6 juta dan penggambaran dijalankan di sekitar ladang Alagar di Taiping, Perak dan Kampung Budaya Sarawak di Santubong, Sarawak turut mendapat bantuan anggota Batalion Kedua Rejimen Renjer Diraja (2 RRD) yang berpangkalan di Ipoh, Perak; Batalion Ke-9 RRD di Taiping dan Batalion Ke-10 RRD di Kem Muara Tuang, Samarahan, Sarawak. Juara Pilih Kasih musim kedua, Livonia Ricky Guing memegang watak sebagai isteri Kanang, Helan Latai anak Intie. Zainal Fitri selaku penerbit memberitahu filem ini mengambil masa 7 tahun untuk disiapkan.[7]

Keluaran dan sambutan sunting

Kanang anak Langkau: The Iban Warrior pada asalnya ditayangkan pada 25 Ogos 2016, namun terpaksa ditangguhkan berikutan beberapa penambahbaikan perlu dilakukan.[8] Filem ini akhirnya menerima tarikh keluaran tayangan rasmi pada 16 Mac 2017.[9]

Filem ini menerima ulasan positif dan bercampur-campur dari pengkritik filem. Angelin Yeoh dari Star2 berkata: "Lebih baik anda membaca Kanang atau mempunyai pengetahuan terlebih dahulu tentang perbuatannya sebelum masuk ke dalam filem ini. Jika tidak, kisah itu akan hilang kepada anda kerana filem itu tidak cukup keadilan untuk warisannya sebagai salah satu tentera yang paling dihiasi dalam sejarah Malaysia."[10] Shazryn Mohd Faizal dari mStar Online memuji hasil garapan filem ini, menyatakan: "Filem Kanang ini memiliki premis yang cukup bagus dalam mengangkat kisah benar perajurit dari suku kaum Iban itu yang telah berkorban untuk memerangi komunis bagi memastikan keselamatan negara terjamin."[11]

Muzik sunting

Lagu tema filem ini ialah "Agi Idup Agi Ngelaban" ('Selagi ada hayat, selagi itu bersedia berjuang dan berkorban') dicipta Anuar Ab Razak dan lirik oleh Nor Azlan Rosle dan dipersembahkan oleh Hazama.[12]

Anugerah sunting

Tahun Anugerah Kategori Keputusan
2017 Anugerah dan Festival Filem Antarabangsa ASEAN 2017 Anugerah Semangat ASEAN Menang

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Nor Azurin Ali (6 Februari 2017). "Survival pahlawan Iban Kanang Anak Langkau". Kosmo!. Dicapai pada 15 Julai 2017.
  2. ^ Dennis Chua (24 Februari 2017). "Heroism of an Iban warrior [VIDEO]". New Straits Times. Dicapai pada 15 Julai 2017.[pautan mati kekal]
  3. ^ Rozdan Mazalan (14 Mac 2017). "Filem perjuangan Kanang sentuh emosi penonton". Berita Harian. Dicapai pada 13 Julai 2017.
  4. ^ Joash Kong (29 Mac 2016). "Kanang remembered in movie named after him". The Borneo Post. Dicapai pada 13 Julai 2017.
  5. ^ a b Mohd Roji Kawi (16 Mac 2017). "Langgi puas jayakan watak Kanang". Berita Harian. Dicapai pada 13 Julai 2017.
  6. ^ Rozdan Mazalan (28 Februari 2017). "Langgi akui kekok lakon watak bapa sendiri". Berita Harian. Dicapai pada 13 Julai 2017.
  7. ^ "'Kanang Anak Langkau: The Iban Warrior' – antara fakta sejarah dan hiburan". Free Malaysia Today. 25 Mac 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-06-28. Dicapai pada 13 Julai 2017. Bukan mudah membuat filem sejarah, jika terlalu tekan fakta, penonton akan hilang minat. Jadi perlu ada keseimbangan antara sejarah dan hiburan
  8. ^ "Tayangan filem Kanang Anak Langkau ditangguh - FINAS". Berita Harian. 10 September 2016. Dicapai pada 13 Julai 2017.
  9. ^ "Filem Kanang sanak Langkau di pawagam mulai 16 Mac". Utusan Borneo. 10 Mac 2017. Dicapai pada 13 Julai 2017.
  10. ^ Angelin Yeoh (18 Mac 2017). "Review: Kanang Anak Langkau: The Iban Warrior". Star2. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-07-12. Dicapai pada 13 Julai 2017.
  11. ^ Shazryn Mohd Faizal (22 Mac 2017). "'Kanang Anak Langkau: The Iban Warrior' Perjuangan Tidak Kesampaian". mStar Online. Dicapai pada 13 Julai 2017.
  12. ^ "Hazama Dipilih Menyanyikan OST Kanang Anak Langkau". Malaysian Digest. 5 Januari 2017. Dicapai pada 15 Julai 2017.

Pautan luar sunting