Kancing gigi atau juga dikenali sebagai tetanus, mempunyai tanda-tanda seperti kekejangan otot yang menyakitkan. Ia merupakan keadaan perubatan berciri-ciri oleh pengucupan berpanjangan fiber otot kerangka. Simptom utama disebabkan oleh tetanospasmin, neurotoksin yang dihasilkan oleh Bakterium anearobik obligate Gram-positif Clostridium tetani. Jangkitan biasanya berlaku melalui jangkitan luka dan sering kali membabitkan cedera luka atau tusukan dalam. Ketika jangkitan berlaku, kekejangan otot berlaku pada rahang (dengan itu nama "kancing gigi") dan di tempat lain pada badan.[1] Jangkitan boleh dielakkan melalui pelalian yang betul dan prophylaxis selepas dedahan.[2] Kancing gigi merupakan sejenis penyakit berbahaya yang boleh membawa maut dan menjadi punca utama kematian di Asia dan Afrika.

Clostridium tetani dijangkiti melalui manusia, kuda dan haiwan berdarah panas. Saluran usus, luka dan spora, tanah, najis mengandungi bakteria ini. Risiko penyakit ini amat tinggi jika kecederaan berpunca daripada objek runcing dan tajam seperti jarum atau duri pokok yang tercemar yang berkemungkinan mencucuk spora jauh ke dalam kulit.

Tanda-tanda seseorang itu mendapat kancing gigi ialah kelesuan, ketegangan atau kekejangan, sukar mengunyah, otot semakin keras hingga terkancing gigi, susah tersenyum lebar, pengecutan otot yang kuat, kekejangan yang menyakitkan. Kancing gigi mengakibatkan keretakan (di tulang-tulang panjang, tulang belakang), kerenggangan tendon, kesukaran makan, kegagalan jantung dan trombosis. Kancing gigi hanya boleh dicegah melalui vaksinasi.

Sejarah sunting

Penyakit kancing gigi ini telah diketahui dengan meluas pada zaman silam, yang menyedari kaitan antara luka dan kekejangan otot yang membawa maut. Perkataan "tetanus" diambil dari perkataan Yunani tetanos bererti "tegang", dan teinein bagi "regang ("stretch")".[3] Pada tahun 1884, Arthur Nicolaier mengasingkan toksi seperti strychnine bagi tetanus daripada bakteria tanah anaerobik, hidup bebas. Etiologi penyakit dijelaskan lebih lanjut pada tahun 1884 oleh Antonio Carle dan Giorgio Rattone, yang menunjukkan penyebaran tetanus buat kali pertama. Mereka menyebabkan kancing gigi pada arnab dengan menyuntik nanah dari pesakit akibat kancing gigi yang membawa maut kedalam saraf sciatiknya. Pada tahun 1889, C. tetani diasingkan daripada mangsa manusia oelh Kitasato Shibasaburo, yang kemudiannya menunjukkan bahawa organisma tersebut mampu menyebabkan penyakit apabila disuntik pada haiwan, dan toksinnya boleh dineuteralkan oleh antibodi khusus. Pada tahun 1897, Edmond Nocard menunjukkan bahawa antitoksin kancing gigi mencetus pelalian pasif pada manusia, dan boleh digunakan bagi prophylaxis dan rawatan. Vaksin toxoid Tetanus dibangunakan oleh P. Descombey pada tahun 1924, dan digunakan secara meluas bagi menghalang kancing gigi disebabkan luka perperangan semasa Perang Dunia Kedua.[2]

Tanda dan simptom sunting

Penyakit kancing gigi menjejaskan otot rangka, sejenis otot striated digunakan bagi pergerakan sedar. Jenis otot striated lain, kardiak atau otot jantung, tidak boleh mengalami tetanized kerana ciri-ciri eletrik dalamannya. Kadar kematian dilaporkan berbeza antara 40% hingga 78%. Pada tahun kebelakangan, sekitar 11% kes tetanus dilaporkan menyebabkan kematian. Kadar kematian yang tinggi adalah pada orang yang tidak menerima pelalian dan mereka yang berusia melebihi 60 tahun.[2]

Tempoh pengeraman/inkubasi tetanus mungkin sehingga beberapa bulan, tetapi biasanya sekitar 8 hari.[4][5] Secara umum, lebih jauh tempat luka dari sistem saraf pusat, lebih lama tempoh pengeramannya. Lebih singkat tempoh pengeraman, lebih teruk simptomnya.[6] Bagi kancing gigi pada bayi baru lahir/neonatal, simptom biasanya muncul sekitar 4 hingga 14 hari selepas kelahiran, purata sekitar 7 hari. Berdasarkan jumpaan klinikal, empat bentuk kancing gigi berlainan telah digambarkan.[2]

Punca sunting

Kancing gigi sering kali dikaitkan dengan karat, terutama paku berkarat, tetapi konsep ini adalah tidak tepat. Objek yang mengumpul karat biasanya terdapat di luar rumah, atau di tempat yang melindungi bakteria anaerobik, tetapi karat itu sendiri tidak menyebabkan penyakit kancing gigi maupun ia mengandungi lebih banyak bakteria C. tetani. Permukaan kasar logam berkarat sekadar memberikan habitat utama bagi endospora C. tetani untuk tinggal, dan paku memberikan cara menembusi kulit dan menghantar endospora ke dalam luka. Endospore merupakan struktur hidup tanpa-metabolis yang akan mula metabolis dan menyebabkan jangkitan sebaik sahaja dalam persekitaran yang mencukupi. Olehkerana C. tetani merupakan bakteria anaerobik, dan ia dan endosporenya hidup dengan baik dalam persekitaran tanpa oksijen. Dengan itu, memijak paku (berkarat atau tidak) mungkin menyebabkan jangkitan kancing gigi, kerana persekitaran oksijen rendah (anaerobik) diberikan oleh objek yang sama yang menyebabkan luka tusukan, menghantar endospore ke persekitaran yang sesuai bagi pertumbuhan.

Pencegahan sunting

Tidak sebagaimana penyakit berjangkit yang lain, sembuh dari tetanus didapati secara semulajadi tidak biasanya menyebabkan pelalian pada tetanus. Ini disebabkan kekuatan melampai toksin tetanospasmin; dos tetanospasmin yang membawa maut juga tidak mencukupi bagi tindak balas imunisasi.

Kancing gigi boleh dicegah dengan pelalian dengan tetanus toxoid.[7] Pusat bagi Pengawalan dan Pencegahan Penyakit ("Centers for Disease Control and Prevention - CDC") mencadangkan bahawa orang dewasa menerima suntikan penguat pelalian setiap sepuluh tahun, dan amalan penjagaan piwaian bagi kebanyakan tempat adalah bagi memberikan penguat kepada sebarang pesakit yang tidak pasti bila dia menerima pelalian terakhir, atau jika dia di bawah 3 jangka hayat dos pelalian. Bagaimanapun, pelalian mungkin tidak menghalang potensi kes Kancing gigiyang membawa maut dari luka semasa, kerana ia mampu mengambil sehingga dua minggu bagi antibodi Kancing gigiuntuk terbentuk.[8] Bagi kanak-kanak di bawah usia tujuh tahun, pelalian Kancing gigisering kali diberikan sebagai pelalian gabungan, vaksin DPT/DTaP, yang juga termasuk pelalian terhadap difteria‎ dan pertussis. Bagi orang dewasa dan kanak-kanak melebihi tujuh tahun, vaksin Td (kancing gigi dan difteria‎) atau Tdap (kancing gigi ("tetanus"), difteria‎, dan acellular pertussis) biasanya digunakan.[7]

Rawatan sunting

Luka perlu dicuci. Tisu mati dan dijangkiti perlu dibuang melalui surgikal debridement. Pemberian antibiotik metronidazole mengurangkan jumlah bakteria tetapi tidak mempunyai kesan pada toksin bakteria. Penisilin pernah digunakan bagi merawat kancing gigi, tetapi tidak lagi sebagai rawatan pilihan, kerana risiko teori peningkatan kekejangan. Bagaimanapun, ia masih dicadangkan sekiranya tidak terdapat metronidazole. Pelalian pasif menggunakan anti-tetanospasmin immunoglobulin manusia atau tetanus immunoglobulin adalah penting. Sekiranya anti-tetanospasmin immunoglobulin khusus tidak ada, immunoglobulin manusia yang normal boleh diberikan sebagai pengganti. Kesemua mangsa kancing gigi perlu diberikan vaksin bagi Kancing gigi atau ditawarkan suntikan penguat.

 
Kanak-kanak menderita neonatal tetanus.

Kancing gigi serdahana sunting

Kes Kancing gigi serdahana boleh dirawat dengan:

  • Tetanus immunoglobulin rawatan Intravenous atau suntikan pada otot ("Intramuscular"),
  • rawatan Intravenous metronidazole selama 10 hari,
  • diazepam,
  • Pelalian kancing gigi ("vaksin tetanus")

Kancing gigi teruk sunting

Kes teruk memerlukan kemasukan ke rawatan rapi. Tambahan kepada langkah disenaraikan di atas bagi kancing gigi serdahana:

 
Kancing gigi pada pesakit dengan penyakit kancing gigi.
  • suntikan immunoglobulin kancing gigi manusia "intrathecal" (meningkat kebaikan klinikal dari 4% kepada 35%)
  • tracheostomi dan pengudaraan mekanikal selama 3 hingga 4 minggu,
  • magnesium, dan juga kemasukan air titik ("intravenous (IV) infusion"), bagi menghalang kekejangan otot,
  • diazepam sebagai titisan berterusan,
  • Kesan kancing gigi kepada sistem saraf automatik sukar diurus (beulang hiper - dan hipotension, hiperpyrexia/hipothermia) dan mungkin memerlukan titisan labetalol, magnesium, clonidine, atau nifedipine.

Ubat seperti diazepam atau penenang otot lain boleh diberikan bagi mengawal kekejangan otot. Dalam kes melampau ia mungkin perlu bagi melumpuhkan pesakit dengan ubatan seperti curare dan menggunakan pengudara mekanikal.

Epidemiologi sunting

 
Kecacatan ditala menurut hayat bai kancing gigi bagi setiap 100,000 penduduk.
  no data
  ≤10
  10-25
  25-50
  50-75
  75-100
  100-125
  125-150
  150-200
  200-250
  250-500
  500-750
  ≥750
 
Kes kancing gigi dilaporkan seluruh dunia (1990-2004). Julat dari meluas (merah gelap) kepada beberapa kes (kuning cair) (kelabu, tiada data).

Kancing gigi merupakan masalah kesihatan antarabangsa, disebabkan spora C. tetani terdapat di mana sahaja. Penyakit ini boleh berlaku hampir sepenuhnya pada orang yang tidak menerima pelalian atau tidak mencukupi.[1] Kancing gigi berlaku diseluruh dunia tetapi lebih meluas di kawasan cuaca panas, lembab dengan tanah yang kaya dengan bahan organik. Ini terutama benar bagi tanah dirawat dengan najis lembu, kerana spora banyak terdapat di usus kecil dan najis kebanyakan haiwan bukan manusia seperti kuda, kambing biri-biri, lembu, anjing, kucing, tikus, "guinea pig", dan ayam. Spora boleh memasuki tubuh melalui luka tusukan. Di kawasan pertanian, sejumlah besar orang dewasa mempunyai organisma ini. Spora ini juga boleh didapati pada permukaan kulit dan dalam heroin tercemar.[2] Pengguna heroin, terutama mereka yang menyuntik dadah ini, kelihatannya memiliki risiko tinggi pada kancing gigi.

Kancing gigi – terutama bentuk bayi baru lahir ("neonatal") – kekal masalah kesihatan umum besar pada negara bukan industri. Terdapat sekitar satu juta kes tetanus dilaporkan diseluruh dunia setiap tahun, menyebabkan sekitar 300,000 hingga 500,000 kematian setiap tahun.[2]

Agar terselamat jangkitan kancing gigi, pengekalan saluran udara dan zat yang sempurna diperlukan. Pengambilan 3,500-4,000 kalori, dan sekurangnya 150 g protin setiap hari, sering kali diberikan dalam bentuk cecair melalui tiub terus kedalam perut ("Percutaneous endoscopic gastrostomy"), atau melalui titisan kedalam urat ("Total parenteral nutrition"). Pengekalan diet kalori tinggi diperlukan kerana peningkatan tekanan metabolik disebabkan peningkatan aktiviti otot . Pulih sepenuhnya memerlukan 4 hingga 6 minggu kerana badan perlu membina semula terminal axon saraf.

Rujukan sunting

  1. ^ a b Wells CL, Wilkins TD (1996). "Clostridia: Sporeforming Anaerobic Bacilli". Dalam Baron S, et alublisher = Univ of Texas Medical Branch (penyunting). Baron's Medical Microbiology. ISBN 0-9631172-1-1.
  2. ^ a b c d e f "Tetanus" (PDF). CDC Pink Book. Dicapai pada 2007-01-26.
  3. ^ tetanus. CollinsDictionary.com. Collins English Dictionary - Complete & Unabridged 11th Edition. Retrieved October 19, 2012.
  4. ^ Vandelaer J; Birmingham M; Gasse F; Kurian M; Shaw C; Garnier S (July 28, 2003). "Tetanus in developing countries: an update on the Maternal and Neonatal Tetanus Elimination Initiative". Vaccine. 21 (24): 3442–5. doi:10.1016/S0264-410X(03)00347-5. PMID 12850356. More than one of |number= dan |issue= specified (bantuan)CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  5. ^ Brauner JS; Vieira SR; Bleck TP (2002). "Changes in severe accidental tetanus mortality in the ICU during two decades in Brazil". Intensive Care Medicine. 28 (7): 930–5. doi:10.1007/s00134-002-1332-4. PMID 12122532. Unknown parameter |month= ignored (bantuan); More than one of |number= dan |issue= specified (bantuan)CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  6. ^ Farrar JJ; Yen LM; Cook T; Fairweather N; Binh N; Parry J; Parry CM (2000). "Tetanus". Journal of Neurology, Neurosurgery, and Psychiatry. 69 (3): 292–301. PMC 1737078. PMID 10945801. Unknown parameter |month= ignored (bantuan); More than one of |number= dan |issue= specified (bantuan)CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  7. ^ a b Hopkins, A. (1991). "Diphtheria, tetanus, and pertussis: recommendations for vaccine use and other preventive measures. Recommendations of the Immunization Practices Advisory committee (ACIP)". MMWR Recomm Rep. 40 (RR-10): 1–28. doi:10.1542/peds.2006-0692. PMID 1865873. |first2= missing |last2= (bantuan); |first3= missing |last3= (bantuan); |first4= missing |last4= (bantuan)
  8. ^ Porter JD, Perkin MA, Corbel MJ, Farrington CP, Watkins JT, Begg NT (1992). "Lack of early antitoxin response to tetanus booster". Vaccine. 10 (5): 334–6. doi:10.1016/0264-410X(92)90373-R. PMID 1574917.CS1 maint: multiple names: authors list (link)

Pautan luar sunting