Kangkung atau Kangkong (Jawi: کڠکوڠ);(nama saintifik Ipomoea spp.) adalah jenis sayuran berdaun tropika dari keluarga Convolvulaceae. Ia mempunyai taburan tanaman di Asia, Afrika, Amerika Selatan, Amerika Tengah dan Oceania.[1] Di Asia, kangkung boleh dijumpai di hampir mana-mana kawasan berair.

Kangkung
کڠکوڠ
Pengelasan saintifik
Alam:
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
Order:
Keluarga:
Genus:
Spesies:
I. aquatica/I. reptans
Nama binomial
Ipomoea aquatica Forsk
Ipomoea reptans L. Poir.

Forssk./L. Poir.

Di Malaysia ia ditanam di seluruh negara terutamanya di kawasan penanaman sayur tanah rendah. Terdapat 2 jenis kangkung yang ditanam secara komersial di Malaysia iaitu kangkung darat (Ipomoea reptans L. Poir) yang berdaun kecil panjang meruncing dan ditanam atas batas, dan kangkung air (Ipomoea aquatica Forsk) yang berdaun lebar dan tumbuh liar di dalam parit atau paya. Kangkung banyak dijual di pasar-pasar termasuk pasar tani, pasar basah dan pasar raya besar seperti Tesco dan Giant.

Ciri-ciri botani/morfologi sunting

Kangkong mempunyai daun licin berbentuk tirus seperti mata panah di hujung daun, sepanjang 10-12 cm, dan lebar 5-6 cm. Terdapat juga jenis daun lebar dan daun tirus mengikut spesis sama ada kangkung darat ataupun kangkung air. Ia mempunyai batang menjalar dengan daun berselang dan batang menegak pada pangkal daun. Selalunya kangkung mula menjalar sebulan selepas ia ditanam. Ini juga menjadi petanda masa sesuai untuk menuai kangkung iaitu sebelum ia menjalar. Kangkung yang boleh dimakan ini bewarna hijau pucat dan menghasilkan bunga bewarna putih, yang menghasilkan pod empat biji benih.

 
Bunga kangkung berwarna ungu
 
Bunga kangkung berwarna putih

Kegunaan sunting

Hampir keseluruhan tanaman muda boleh dimakan. Oleh kerana kangkong tua mempunyai serabut, kangkung pucuk muda adalah lebih digemari. Ia boleh dimakan mentah (seperti kerabu) atau dimasak seperti bayam. Kangkong sering digoreng. Rempah dicampurkan bagi menambah rasa yang hambar.

Antara masakan yang popular yang mengunakan kangkung adalah kangkung goreng belacan.[2]

Kangkung juga merupakan makanan kepada salah satu spesies haiwan Chersina, iaitu kura-kura. Arnab juga suka memakan kangkung.[3]

Khasiat sunting

Kajian yang dilakukan terhadap tikus mengandung dengan diabetes-cetusan menunjukkan kesan I. aquatica menurunkan gula darah dengan merencat penyerapan glukosa di usus.[4][5]

Bahaya sunting

Sekiranya dimakan sebagai ulam dan tidak dicelur dengan betul, kangkung boleh merebakkan Fasciolopsis buski, sejenis parasit fluk yang menjangkiti usus manusia dan khinzir, menyebabkan fasiolopsiasis.[6][3]

Amalan perladangan sunting

Jenis tanah sunting

Kangkung sesuai di tanam di kawasan beriklim tropika dan subtropika. Ia sesuai ditanam di pelbagai jenis tanah terutama tanah yang kaya dengan bahan organik serta saliran air yang baik.

Penyediaan biji benih sunting

Biji benih kangkung boleh didapati selepas ia berbunga.

Jarak tanaman sunting

Jarak yang sesuai adalah 20 cm antara baris dan 10 cm antara pokok.

Kaedah penanaman sunting

Dua jenis penanaman diusahakan: kering dan basah. Dalam kedua kes, sejumlah besar bahan organik (kompos dan najis) dan air diperlukan.

Dalam penanaman kering, kangkong ditanam pada jarak 5 inci pada batas dan disokong dengan kayu sangga. Kangkong boleh ditanam dari biji benih atau keratan akar. Ia sering ditanam pada tapak semaian sebelum dipindahkan di kebun. Penuaian dilakukan selepas 6 minggu ia ditanam.

Dimana penanaman basah diamalkan, potongan sepanjang 12-inci ditanam dalam lumpur dan dibiar basah. Semasa kangkong tumbuh, kawasan basah ditenggelami pada tahap 6 inci dan aliran air perlahan dikekalkan. Aliran air ini dihentikan semasa pembajaan. Rumpai dikawal dengan membanjiri kebun. Tuian dilakukan 30 hari selepas penanaman. Apabila pucuk diambil, cabang sisi dan menegak digalakkan dan boleh dituai setiap 7-10 hari.

Semasa berbunga, pucuk kangkong kurang tumbuh tetapi pembajaan dan penuaian cenderung menggalakkan lebih banyak daun terhasil.

Pengairan sunting

Kangkung memerlukan air yang banyak untuk tumbersaran.

Pembajaan sunting

Penggunaan NPK hijau semasa awal penanaman dan 2 minggu selepas penanaman dan selepas penuaian kali pertama.

Kawalan penyakit dan perosak sunting

Ia selalu diserang lebam. Manakala serangga seperti belalang suka makan kangkung. Selalunya bawang atau selasih ditanam sebelah batas kangkung sebagai tanaman penghalau untuk mengurangkan serangan serangga perosak.

Penuaian sunting

Kangkung merupakan salah satu sayuran yang boleh dituai dalam masa yang singkat. Kebiasaannya, kangkung boleh di tuai dalam masa 30 hari selepas penanaman. Untuk mencapai kualiti optimum, penuaian perlu dilakukan dengan cermat kerana batang dan daun agak rapuh dan mudah patah. Kangkung dituai dengan mencabut pokok bersama akar supaya ia lebih tahan di pasaran. Kangkung kemudianya hendaklah dibasuh, dirapikan dan dibungkus jika ia adalah untuk jualan pasaran. Selain itu, kangkung juga boleh dituai untuk kali kedua dengan syarat tuaian pertama tak dituai sekali dengan akar. Walaupun begitu tuaian kangkung selepas tuaian pertama akan menghasilkan daun dan batang kangkung lebih kecil dari biasa.

Kangkung yang disimpan dalam bilik sejuk pada suhu 13-15°C dengan kadar kelembapan relatif 90-95% mempunyai jangkahayat 5-7 hari. Seperti sayur berdaun lain, kangkung amat sensitif dengan gas etilena dan perlu dielak dari disimpan bersama dengan produk yang mengeluarkan gas etilena terutamanya buah-buahan.[7]

Galeri sunting

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "Kangkong / Ipomoea aquatica Forsk./ POTATO VINE / Herbal Medicinal Therapies / Philippine Alternative Medicine". Stuartxchange.org. Dicapai pada 2014-01-13.
  2. ^ "Melaka Belacan – Part II". Homestay Warisan Melaka. 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-07-09. Dicapai pada 17 Januari 2014.
  3. ^ a b "Kangkung can kill you: Hazards (and health benefits) of a noxious weed". The Star Online. 15 Januari 2014. Dicapai pada 17 Januari 2014.
  4. ^ Sokeng, S.D.; Rokeya, B.; Hannan, J.M.A.; Junaida, K.; Zitech, P.; Ali, L.; Ngounou, G.; Lontsi, D.; Kamtchouing, P. (2007). "Inhibitory effect of Ipomoea aquatica extracts on glucose absorption using a perfused rat intestinal preparation". Fitoterapia. 78 (7–8): 526–9. doi:10.1016/j.fitote.2007.06.011. PMID 17651914.
  5. ^ Shivananjappa, Mahesh Mysore; Muralidhara (2012). "Dietary supplements of Ipomoea aquatica (whole leaf powder) attenuates maternal and fetal oxidative stress in streptozotocin-diabetic rats". Journal of Diabetes. 5 (1): 25–33. doi:10.1111/j.1753-0407.2012.00210.x. PMID 22646693.
  6. ^ "Transmission: a Case Study of the Vuon-Ao-Chung Agricultural System on the Mekong Delta of Vietnam". Universiti Stanford. 2002-04-28. Dicapai pada 2014-01-13.
  7. ^ September 2008. Risalah Siri Panduan Kualiti Kangkung. FAMA. Diambil 9 Januari 2012.

Bacaan lanjutan sunting

Pautan luar sunting