Kanta/kaca fotokromik ialah sejenis kanta optik yang menjadi gelap dalam persekitaran cerah, yakni dengan keamatan cahaya tinggi (lazimnya sinaran ultralembayung). Dalam keamatan cahaya rendah, kanta ini kembali menjadi jernih. Kanta in boleh diperbuat daripada kaca, polikarbonat atau sejenis plastik. Kanta ini menggelap dalam seminit selepas didedahkan terhadap cahaya terang, dan mengambil masa yang agak lebih lama untuk kembali jernih. Kanta fotokromik dapat diperoleh dalam pelbagai darjat kepancaran jernih dan gelap. Kanta fotokromik mula direka oleh William H. Armistead dan Stanley Donald Stookey di Corning Glass Works Inc. pada 1960-an.[1]

Dalam satu kaedah, molekul-molekul argentum (perak) klorida atau halida (ion halogen) perak lain diterapkan ke dalam kanta-kanta fotokromik. Kanta ini menjadi lutsinar dalam cahaya tampak tanpa keamatan ultralembayung yang besar. Dalam satu lagi kaedah, molekul-molekul organik pula diterapkan; molekul-molekul ini mengalami tindak balas yang mengubah struktur molekul lalu menyerap gelombang cahaya tampak (menggelap), dan kembali ke bentuk asal apabila tidak lagi terdedah kepada sinaran ultralembayung.

Mekanisme sunting

Argentum klorida sunting

Dalam pendedahan ultralembayung, elektron-elektron pada kanta bergabung dengan ion-ion perak yang jernih untuk membentuk atom perak yang lebih legap. Tindak balas ini diterbalikkan apabila kanta tidak lagi didedahkan terhadap sinaran.

 
 
 

Rujukan sunting

  1. ^ Armistead, W. H.; Stookey, S. D. (April 10, 1964). "Photochromic Silicate Glasses Sensitized by Silver Halides". Science. 144 (3615): 150–154. Bibcode:1964Sci...144..150A. doi:10.1126/science.144.3615.150. PMID 17808277.