Kapal pengangkut pesawat Kelas Gerald R. Ford

Kapal pengangkut pesawat Kelas Gerald R. Ford (atau Kelas Ford) adalah sebuah kapal pengangkut pesawat super generasi terbaru milik Tentera Laut Amerika Syarikat. Sebelum dikenali sebagai Kelas Ford (CVN-78), kapal pengangkut pesawat terbaru ini dikenali dengan nama program kapal pengangkut pesawat CVNX (di mana "X" bermaksud "sedang dibangunkan") dan kemudiannya dikenali sebagai program kapal pengangkut pesawat CVN-21. (Nombor "21" di sini bukan bermakna nombor badan kapal; adalah menjadi kebiasaan dalam rancangan "masa depan" dalam Angkatan Tentera A.S, sebagai kiasan ke abad ke-21, bagi membezakannya dengan kelengkapan di abad ke-20.

Kapal pengangkut pesawat kelas-Gerald R. Ford
PCU Gerald R. Ford dalam satu ujian pelayaran
Gerald R. Ford pada bulan April 2017
Ringkasan kelas
Nama: Kapal pengangkut pesawat kelas-Gerald R. Ford
Pembina: Newport News Shipbuilding
Pengguna: Bendera tentera laut Amerika Syarikat Tentera Laut Amerika Syarikat
Didahului oleh: kelas Nimitz
Kos:
  • Program cost: AS$37.30 bilion (FY2018)[1]
  • Unit cost: AS$12.998 bilion (FY2018)[1]
Dalam perkhidmatan: 2017–kini
Dibina: 2
Ordered: 2[1]
Ringkasan kelas
Dirancang: 10[2][3]
Disiapkan: 1
Aktif: 1
Ciri-ciri umum
Jenis: Kapal pengangkut pesawat
Sesaran: Kira-kira 100,000 long ton (110,000 short ton; 100,000 tonne) (muatan penuh)[4]
Panjang: 1,106 ka (337 m)
Lunas:
  • 256 ka (78 m) (dek penerbangan)
  • 134 ka (41 m) (garis air)
Tinggi: 250 kaki (76 m)
Draft: 39 ka (12 m)[5]
Dek: 25
Installed power: 2 x reaktor nuklear A1B
Jana kuasa: 4 x aci
Halaju: Lebih daripada 30 knot (56 km/j; 35 mph)
Jarak: Tiada had
Ketahanan: 50-tahun jangka hayat
Anak kapal:
  • 508 pegawai
  • 3,789 lain-lain pangkat[5]
Krew: Sekitar 2,600 orang.[6]
Persenjataan:
Pesawat yang dibawa: 75+[7]
Kemudahan penerbangan: 1,092 ka × 256 ka (333 m × 78 m) flight deck

Kapal pertama dari angkatan kapal CVN-21 akan dinamakan USS Gerald R. Ford (CVN-78).[8] Kapal CVN-21 menggunakan reka bentuk badan yang sama seperti kapal pengangkut pesawat Kelas Nimitz.

Ciri-ciri sunting

Kapal pengangkut pesawat Kelas Ford akan menggabungkan ciri-ciri reka bentuk terbaru termasuk reka bentuk reaktor nuklear baru (iaitu reaktor A1B), ciri-ciri halimunan untuk mengurangkan profil dari dikesan oleh radar, manjanik elektromagnet, kelengkapan menangkap termaju, dan mengurangkan jumlah krew yang diperlukan.[9] Pihak Tentera Laut A.S. percaya dengan menggunakan peralatan yang lebih moden dan automatik secara ekstensif akan membantu mereka dalam mengurangkan keperluan anak kapal dan kos keseluruhan untuk kapal pengangkut pesawat akan datang.[10] Ciri perbezaan utama jika dibandingkan dengan pesawat pengangkut sebelumnya adalah terdapat lebih banyak lokasi buritan dalam "pulau" navigasi.

Pembinaan sunting

Pembinaan bermula ke atas komponen-komponen kapal CVN-21 semasa musim bunga tahun 2007[11], dan dijangka siap pada tahun 2015. Kapal ini akan dibina oleh Northrop Grumman Shipbuilding di Newport News, Virginia, satu-satunya limbungan kapal di A.S yang mempunyai keupayaan untuk membina dan mengisi bahan api nuklear untuk mengerakan kapa pengangkut pesawat ini. Kos pembinaan kapal ini dianggarkan sekurang-kurangnya AS$ 8 bilion tidak termasuk AS$ 5 bilion yang dibelanjakan untuk kerja-kerja Penyelidikan dan Pembangunan. Jumlah ini tidak bermakna kos yang sama diperlukan untuk membina kapal dari kelas ini pada masa akan datang.[10]

Sejumlah tiga buah kapal telah diluluskan untuk pembinaan, akan tetapi sekiranya Kelas Nimitz dan USS Enterprise (CVN-65) akan digantikan berasaskan satu sama satu, 11 buah kapal pengangkut diperlukan sepanjang program ini. Walaubagaimanapun, kapal pengangkut pesawat terakhir dari kelas Nimitz tidak akan dilucut tauliah sehingga tahun 2058.

Penamaan sunting

Terdapat usaha oleh Persatuan Veteran kapal pengangkut pesawat USS America (CV-66) untuk menamakan CVN-78 sempena America berbanding Presiden Ford.

Sekiranya kapal USS Ford (FFG-54) sekarang (ditauliahkan pada tahun 1985 yang dinamakan sempena Patrick O. Ford semasa era Vietnam, bukannya Presiden Ford) masih lagi berada dalam perkhidmatan pada masa CVN-78 memasuki perkhidmatan, akan terdapat dua buah kapal perang di dalam daftar Kapal Tentera Laut yang dinamakan Ford.

Pada 7 Disember, 2007, semasa sambutan ulang tahun ke-66 Serangan ke atas Pearl Harbor, Ahli Kongres Harry Mitchell telah mencadangkan untuk menamakan CVN-79 sebagai USS Arizona.[12]

Unit sunting

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ a b c Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan fas tidak disediakan
  2. ^ Combat fleet of the world 2012
  3. ^ Keller, John (8 June 2015). "Navy awards $3.4 billion contract to Huntington Ingalls to build Ford-class aircraft carrier". Military Aerospace Electronics Magazine.
  4. ^ "Aircraft Carriers - CVN". Fact File. United States Navy. 12 January 2016. Dicapai pada 25 January 2016.
  5. ^ a b "USS Gerald R. Ford (CVN 78)". U.S. Carriers. US Navy. Dicapai pada 1 December 2012.
  6. ^ Jenkins, Aric (22 July 2017). "The USS Gerald Ford Is the Most Advanced Aircraft Carrier in the World". Fortune. Dicapai pada 23 July 2017.
  7. ^ "AIRCRAFT CARRIERS – CVN". navy.mil. Department of the Navy. 16 October 2014. Dicapai pada 24 June 2015.
  8. ^ "Kapal pengangkut pesawat generasi terbaru dinamakan sebagai Gerald R. Ford". Forbes. 1/3/07. Check date values in: |date= (bantuan)[pautan mati kekal]
  9. ^ "Program kapal pengangkut pesawat – CVN 21". US Navy (Navy Fact File). 8 Oktober 2007. Dicapai pada 2007-11-07. Check date values in: |date= (bantuan)
  10. ^ a b "Costing the CVN-21: A DID Primer". Defense Industry Daily. 19 Disember 2005. Dicapai pada 2007-11-07. Check date values in: |date= (bantuan) Menyembunyikan kos sebenar CVN-21, bagaimana ia dikira, dan bagaimana AS$ 5 bilion penjimatan dari kos operasi akan datang sepanjang 50 tahun jangka hayat kapal.
  11. ^ Jon W. Glass. "Pembinaan ke atas kapal pengangkut pesawat Kelas Ford bermula". The Virginian-Pilot. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-10-14. Dicapai pada 2007-09-11.
  12. ^ Giblin, Paul (2007-12-07). "Mitchell mendesak Tentera Laut untuk menamakan kapal dengan Arizona". Dicapai pada 2008-01-21.[pautan mati kekal]

Pautan luar sunting