Kapal tempur Jerman Gneisenau

Gneisenau ialah sebuah kapal utama Jerman, yang digambarkan secara alternatif sebagai kapal tempur dan kruiser tempur, Kriegsmarine Jerman Nazi. Ia merupakan kapal kedua dari kelasnya, termasuk kapal yang lagi satu, Scharnhorst. Kapal ini telah dibina di limbungan Deutsche Werke di Kiel; ia mula dibina pada 6 Mei 1935 dan dilancarkan pada 8 Disember 1936. Selesai pada Mei 1938, kapal ini dilengkapi dengan sembilan laras meriam utama berukuran 28 cm (11 in) C/34 dalam tiga turet triple , walaupun terdapat rancangan untuk menggantikan senjata ini dengan enam meriam 38 cm (15 in) SK C/34 dan turet berkembar.

Gneisenau
Sejarah
Jerman Nazi
Nama: Gneisenau
Bersempena dengan: August Neidhardt von Gneisenau[1]
Pembina: Deutsche Werke
Dibaringkan: 6 Mei 1935
Dilancarkan: 8 Disember 1936
Ditauliah: 21 Mei 1938
Dibersarakan: 1 Julai 1942
Takdir: Ditenggelamkan sebagai kapal blok pada 23 Mac 1945 dan disekerap selepas perang.
Ciri-ciri umum
Kelas dan jenis: kapal tempur kelas-Scharnhorst
Sesaran:
  • Standard: 32,100 long ton (32,600 t)
  • Muatan penuh: 38,100 long ton (38,700 t)
Panjang: 234.9 m (771 ka)
Lunas: 30 m (98 ka)
Draft: 9.9 m (32 ka)
Installed power: 165,930 PS (163,660 shp; 122,040 kW)
Jana kuasa: 3 turbin stim bergear Germania
Halaju: 31 knot (57 km/j; 36 mph)
Jarak: 6,200 nmi (11,500 km; 7,100 bt) pada 19 knot (35 km/j; 22 mph)
Anak kapal:
  • 56 pegawai
  • 1,613 anak kapal
Persenjataan:
Perisai:
Pesawat yang dibawa: 3 Arado Ar 196A
Kemudahan penerbangan: 1 katapel

Gneisenau dan Scharnhorst beroperasi bersama-sama untuk sebahagian besar awal Perang Dunia II, termasuk ditugaskan ke Atlantik untuk menyerang kapal-kapal dagang British. Semasa operasi pertama mereka, kedua-dua kapal menenggelamkan kruiser bantuan British HMS Rawalpindi dalam satu pertempuran singkat. Gneisenau dan Scharnhorst terlibat dalam Operasi Weserübung, iaitu pencerobohan Jerman ke atas Norway. Semasa operasi diluar Norway, kedua-dua kapal bertarung dengan kruiser tempur HMS Renown dan menenggelamkan kapal pengangkut pesawat HMS Glorious. Gneisenau telah mengalami kerosakkan dalam pertembungan dengan Renown dan kemudian ditorpedo oleh sebuah kapal selam British, HMS Clyde, luar Norway. Selepas kejayaan serangan di Atlantik pada tahun 1941, Gneisenau dan kapal kembarnya berlabuh di Brest, Perancis. Kedua-dua kapal tempur ini menjadi sasaran pengeboman berulang-kali oleh RAF; Gneisenau telah dibom beberapa kali semasa serangan itu, namun ia akhirnya diperbaiki.

Pada awal tahun 1942, kedua-dua kapal membuat gerakan lintas pada waktu siang merentasi Selat Inggeris dari taklukan Perancis ke Jerman. Selepas tiba ke Kiel pada awal Februari, kapal ini dimasukkan ke limbungan kering. Pada malam 26 Februari, pihak British melancarkan serangan udara terhadapnya; sebiji bom menembusi perisai geladaknya dan meletop di magazin amunisi bahagian haluannya, menyebabkan kerosakkan serius dan angka korban yang tinggi. Pembaikian akibat kerosakkan itu telah memakan masa dan pihak OKM berhasrat untuk membina semula kapal itu dengan memasang meriam utama 38 sm seperti yang dirancang pada mula lagi. Meriam 28 sm telah dipindahkan dan digunakan sebagai meriam pantai. Pada tahun 1943, Hitler mengarahkan pemberhentian kerja-kerja pengubahan, dan pada 27 Mac 1945, ia telah ditenggelamkan sebagai kapal blok di Gotenhafen (Gdynia) di Poland taklukan Jerman. Bangkai kapal Gneisenau akhirnya dipecah-pecahkan untuk menjadi sekerap pada tahun 1951.

Gneisenau ketika dilihat pada Februari 1942

Nota sunting

  1. ^ Schmalenbach, m/s. 221.
  2. ^ Gröner, m/s. 31.

Rujukan sunting

  • Chris, Ashworth (1992). RAF Coastal Command: 1936-1969. London: Patrick Stephens Ltd. ISBN 1-85260-345-3.
  • Breyer, Siegfried (1990). The German Battleship Gneisenau. West Chester, PA: Schiffer Publishing. ISBN 978-0-88740-290-6.
  • Campbell, John (1987). "Germany 1906–1922". Dalam Sturton, Ian (penyunting). Conway's All the World's Battleships: 1906 to the Present. London: Conway Maritime Press. m/s. 28–49. ISBN 978-0-85177-448-0.
  • Garzke, William H.; Dulin, Robert O. (1985). Battleships: Axis and Neutral Battleships in World War II. Annapolis: Naval Institute Press. ISBN 978-0-87021-101-0.
  • Garrett, Richard (1978). Scharnhorst and Gneisenau: The Elusive Sisters. London: Hippocrene Books. ISBN 0-7153-7628-4.
  • Gröner, Erich (1990). German Warships: 1815–1945. Annapolis: Naval Institute Press. ISBN 978-0-87021-790-6. OCLC 22101769.
  • Hooton, E. R. (1997). Eagle in Flames: The Fall of the Luftwaffe. London: Brockhampton. ISBN 978-1-86019-995-0.
  • Howland, Vernon W., Captain, RCN (1994). "The Loss of HMS Glorious: An Analysis of the Action". Warship International. Toledo, OH: International Naval Research Organization. XXXI (1): 47–62. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 November 2007. Dicapai pada 25 January 2011. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  • Konstam, Angus (2003). British Battlecruisers: 1939–1945. Oxford: Osprey Books. ISBN 978-1-84176-633-1.
  • Rohwer, Jürgen (2005). Chronology of the War at Sea, 1939–1945: The Naval History of World War Two. Annapolis: US Naval Institute Press. ISBN 978-1-59114-119-8.
  • Schmalenbach, Paul (1973). "German Battlecruisers Scharnhorst and Gneisenau". Warship Profile 33. Windsor, Berks, UK: Profile Pubs. m/s. 201–224. OCLC 20229353.
  • Weal, John (1996). Focke-Wulf Fw 190 Aces of the Western Front. Oxford: Osprey Books. ISBN 978-1-85532-595-1.
  • Williamson, Gordon (2003). German Battleships 1939–45. Oxford: Osprey Publishing. ISBN 978-1-84176-498-6.