Kapur barus atau kamfor[3] ialah sejenis pepejal lutsinar atau keputihan berlilin dan mudah terbakar yang beraroma kuat.[4] Ia merupakan terpenoid dengan formula kimia C10H16O.

Kapur barus
Bentuk struktur (R) dan (S)-kamfor
(+)- dan (−)-kamfor
Model bola dan batang molekul kapur barus.
Nama
Nama IUPAC
1,7,7-Trimetilbisiklo[2.2.1]heptan-2-ona
Nama lain
2-Bornanona
Pengecam
Imej model 3D Jmol
3DMet
1907611
ChEBI
ChEMBL
ChemSpider
DrugBank
ECHA InfoCard 100.000.860
Nombor EC
  • 200-945-0
83275
KEGG
MeSH Camphor
Nombor RTECS
  • EX1225000
UNII
Nombor PBB 2717
  • InChI=1S/C10H16O/c1-9(2)7-4-5-10(9,3)8(11)6-7/h7H,4-6H2,1-3H3 ☑Y
    Key: DSSYKIVIOFKYAU-UHFFFAOYSA-N ☑Y
  • InChI=1/C10H16O/c1-9(2)7-4-5-10(9,3)8(11)6-7/h7H,4-6H2,1-3H3
    Key: DSSYKIVIOFKYAU-UHFFFAOYAK
  • CC1(C)C2CCC1(C)C(=O)C2
  • O=C1CC2CCC1(C)C2(C)C
Sifat
C10H16O
Jisim molar 152.24 g·mol−1
Rupa bentuk Hablur putih, lut cahaya
Bau Wangi dan menusuk
Ketumpatan 0.992 g·cm−3
Takat lebur 175–177 °C (347–351 °F; 448–450 K)
Takat didih 209 °C (408 °F; 482 K)
1.2 g·dm−3
Keterlarutan dalam aseton ~2500 g·dm−3
Keterlarutan dalam asid asetik ~2000 g·dm−3
Keterlarutan dalam dietil eter ~2000 g·dm−3
Keterlarutan dalam kloroform ~1000 g·dm−3
Keterlarutan dalam etanol ~1000 g·dm−3
log P 2.089
Tekanan wap 4 mmHg (70 °C)
+44.1°
−103×10−6 cm3/mol
Farmakologi
Kod ATC C01EB02
Bahaya
Piktogram GHS GHS02: FlammableGHS07: HarmfulGHS08: Health hazard
Perkataan isyarat GHS Warning
H228, H302, H332, H371
P210, P240, P241, P260, P261, P264, P270, P271, P280, P301+312, P304+312, P304+340, P309+311, P312, P330, P370+378, P405, P501
NFPA 704 (berlian api)
NFPA 704 berlian 4 warnaKemudahbakaran kod 2: Mesti sederhana dipanaskan atau terdedah kepada suhu ambien yang agak tinggi sebelum pencucuhan boleh berlaku. takat kilat di antara 38 dan 93 ° C (100 dan 200 ° F). Cth, bahan api dieselKesihatan kod 2: Kuat atau berterusan tetapi bukan pendedahan kronik mungkin menyebabkan hilang upaya sementara atau kemungkinan kecederaan sisa. Cth, kloroformKereaktifan kod 0: Biasanya stabil, walaupun di bawah keadaan pendedahan api, dan tidak reaktif dengan air. Cth, nitrogen cecairBahaya khas (putih): tiada kod
2
2
0
Takat kilat 54 °C (129 °F; 327 K)
466 °C (871 °F; 739 K)
Had letupan 0.6–3.5%[1]
Dos maut (LD) atau kepekatan dos maut (LC)
LD50 (median dos)
1310 mg/kg (oral, tikus)[2]
800 mg/kg (anjing, oral)
2000 mg/kg (tikus, oral)[2]
400 mg/m3 (tikus, 3 jam)[2]
NIOSH (Had pendedahan kesihatan AS):
TWA 2 mg/m3[1]
REL (Disyorkan)
TWA 2 mg/m3[1]
200 mg/m3[1]
Sebatian berkaitan
Keton berkaitan
Fenkona, Tujona
Sebatian berkaitan
Kamfena, Pinena, Borneol, Isoborneol, Asid kamforsulfonik
Kecuali jika dinyatakan sebaliknya, data diberikan untuk bahan-bahan dalam keadaan piawainya (pada 25 °C [77 °F], 100 kPa).
 ☑Y pengesahan (apa yang perlu☑Y/N?)
Rujukan kotak info
Kiub kapur barus

Bahan ini banyak ditemukan dalam kayu spesies Cinnamomum camphora iaitu sejenis pokok malar hijau yang didapati di Timur Jauh, dan spesies balak Dryobalanops daripada keluarga yang berlainan di sekitar Asia Tenggara, terutama D. aromatica. Ia turut didapati dalam pokok lain dalam keluarga Lauraceae terutamanya Ocotea usambarensis. Minyak daun rosmari (Rosmarinus officinalis) pula mengandungi 10 hingga 20% kamfor[5] berbanding dengan tumbuhan Heterotheca yang hanya mengandungi sekitar 5% kamfor.[6] Ia juga boleh diperolehi secara sintetik daripada minyak turpentin.

Sejarah sunting

Penamaan sunting

Nama "kapur barus" terdiri daripada dua komponen iaitu "kapur" dan "barus". Perkataan kapur berakar daripada Proto Melayu-Polinesia *kapuR yang bermaksud kapur kalsium karbonat.[7] Istilah camphor dalam Inggeris pula datang daripada Latin camfora, daripada Arab كافور (kafur), yang diserap sendiri daripada bahasa Melayu kapur, melalui Sanskrit कर्पूरम् (karpūram).[8] Perkataan camphor tersebut diserapkan kembali ke dalam bahasa Melayu menjadi "kamfor" dan "kampor".

"Barus" pula merupakan nama sebuah pelabuhan lama yang kini terletak di kota moden Sibolga di pantai barat pulau Sumatera.[9] Pelabuhan tersebut terkenal dengan perdagangan bahan ini yang diekstrakkan daripada pokok Dryobalanops aromatica yang begitu banyak di rantau ini. Kapur barus yang diperoleh dari pelabuhan tersebut dipakai dalam pembuatan setanggi, minyak wangi dan bahan pengharum.

Kegunaan sunting

Fizikal sunting

Sifatnya yang mudah merewap membolehkan ia digunakan dalam pelbagai cara; antaranya sebagai bahan pemplastikan untuk nitroselulosa yang merupakan bahan mentah dalam pembuatan bunga api dan senjata api. Ia dipercayai dapat meracun serangga maka ia digunakan sebagai bahan penghalau,[10] malah ia digunakan sebagai pilihan kepada ubat gegat. Wasap yang terhasil daripada pepejal kapur barus turut menghasilkan suatu salutan anti-karat lalu ia digunakan dalam peti alatan untuk memelihara logam alatan.[11]

Perubatan tradisional sunting

Kapur barus telah digunakan secara turun-temurun dalam perubatan tradisional di mana tempat asalnya, seperti di Sumatera pada masa silam bagi merawat kekejangan, bengkak dan keradangan.[12] Ia juga digunakan dalam perubatan Cina secara berkurun-kurun untuk pelbagai tujuan dan kegunaan.[13] Kapur barus juga digunakan melalui aerosol, biasanya melalui penyedutan stim, kadangkala dalam bentuk batang penyedut hidung berjenama untuk menghalang batuk dan melegakan kesesakan saluran pernafasan atas akibat selsema biasa.[14] Walau bagaimanapun, keberkesanan klinikal rawatan-rawatan ini kini dicabar.[15]

Selain manusia, kapur barus mempunyai penggunaan terhad dalam perubatan veterinar sebagai perangsang pernafasan untuk kuda.[16]

Keracunan sunting

Penggunaan kapur barus di kulit boleh menyebabkan alahan dalam sesetengah orang; sekiranya ditelan, krim atau ubat kapur barus adalah beracun.[17] Dalam dos ditelan yang tinggi, kapur barus menyebabkan simptom seperti ketidakselesaan, disorientasi, kelesuan, muntah, kejang abdomen dan sawan.[18] Dos maut bagi dewasa (ditelan) ialah berjulat 50–500 mg/kg. Secara amnya, dua gram kapur barus ditelan menyebabkan keracunan teruk dan mungkin membawa maut.[19]

Rujukan sunting

  1. ^ a b c d NIOSH Pocket Guide to Chemical Hazards. "#0096" (dalam bahasa Inggeris). National Institute for Occupational Safety and Health (NIOSH).
  2. ^ a b c "Camphor (synthetic)". National Institute for Occupational Safety and Health (NIOSH). 4 December 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 March 2015. Dicapai pada 19 February 2015.
  3. ^ "kamfor - Kamus Bahasa Melayu". Pusat Rujukan Persuratan Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai pada 15 Mac 2018.
  4. ^ Mann JC, Hobbs JB, Banthorpe DV, Harborne JB (1994). Natural products: their chemistry and biological significance. Harlow, Essex, England: Longman Scientific & Technical. m/s. 309–11. ISBN 0-582-06009-5.
  5. ^ "Rosemary". Drugs.com. Dicapai pada 23 Julai 2016.
  6. ^ Lincoln, D.E.; Lawrence, B.M. (1984). "The volatile constituents of camphorweed, Heterotheca subaxillaris". Phytochemistry. 23 (4): 933-934.
  7. ^ Robert Blust; Stephen Trussel. "*kapuR: lime, calcium carbonate". Ausrtonesia Comparative Dictionary. Dicapai pada 2022-04-17.
  8. ^ "Camphor (n.)". Online Etymology Dictionary.
  9. ^ Drakard, Jane (1989). "An Indian Ocean Port: Sources for the Earlier History of Barus". Archipel. 37: 53–82. doi:10.3406/arch.1989.2562. Dicapai pada 9 October 2015.
  10. ^ "The Housekeeper's Almanac, or, the Young Wife's Oracle! for 1840!". No. 134. New York: Elton. 1840. Cite magazine requires |magazine= (bantuan)
  11. ^ Tips for Cabinet Making Shops
  12. ^ Miller, Charles. History of Sumatra : An account of Sumatra. m/s. 121.
  13. ^ Goodman; Gilman (1965). Pharmacological basis of therapeutics. Macmillan. m/s. 982-983.
  14. ^ "Camphor Inhalation Liquid: Indications, Side Effects, Warnings". Drugs.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2022-10-28.
  15. ^ Burrow, A.; Eccles, R; Jones, AS (July 1983). "The effects of camphor, eucalyptus and menthol vapour on nasal resistance to airflow and nasal sensation". Acta Oto-Laryngologica. 96 (1–2): 157–161. doi:10.3109/00016488309132886. ISSN 0001-6489. PMID 6613544.
  16. ^ "Camphor injection (Canada)". Drugs.com. February 6, 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 July 2020. Dicapai pada 19 February 2020.
  17. ^ "Camphor cream and ointment". Drugs.com. 25 Ogos 2019. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 Mei 2021. Dicapai pada 19 February 2020.
  18. ^ "Camphor overdose". MedlinePlus, National Library of Medicine, US National Institutes of Health. 12 Januari 2019. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 Julai 2016. Dicapai pada 19 Februari 2020.
  19. ^ "Poisons Information Monograph: Camphor". International Programme on Chemical Safety. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-02-11. Dicapai pada 2008-12-12.

Pautan luar sunting