Karaoke (Jepun: カラオケ, dari bahasa Jepun kara, "kosong", dan ōkesutora, "orkestra") (sebutan: sebutan bahasa Inggeris: /kɛɹiˈoʊki/, /kæɹiˈoʊki/, atau /kəˈroʊki/; dalam bahasa Jepun /karaoke/; Mengenai audio inilisten ) ialah sejenis hiburan yang membolehkan seorang individu atau kumpulan menyanyikan lagu terpilih, di khalayak tertentu, dengan iringan muzik yang sedia terakam dalam alat audio visual. Lagunya biasanya sebuah lagu pop terkenal, di mana suara penyanyi asalnya dapat dipadamkan atau dikecilkan. Lirik-liriknya biasanya dipamerkan di skrin video, diikuti sebuah simbol atau sejenis warna yang akan berubah, untuk memandu penyanyinya.

Mesin karaoke
Karaoke di Johor, Malaysia.

Karaoke berasal dari bahasa jepun yaitu Kara artinya kosong dan Oke (Okesutora) yang artinya orchestra, jadi Karaoke dapat dimengertikan sebagai “Musik tanpa Vokal.

Perkakasan Karaoke dicipta beberapa kali secara berasingan: mula-mula oleh Shigeichi Negishi pada tahun 1967 yang tidak dipatenkan,[1] kemudiannya oleh seorang ahli muzik Jepun yang bernama Daiusuke Inoue di Kobe, pada tahun 1971. Dari situ popularitinya mendadak di Asia Tenggara sekitar tahun 1980 dan seterusnya menular ke serata dunia.Syarikat pertama yang menghasilkan peralatan Karaoke secara komesil adalah syarikat Clarion yang amat terkenal dengan system audio dan visual kereta

Kisah Karaoke ini bermula apabila Daisuke Inoue seorang drummer dikelab Utagoe Kissa, di minta berulang kali memainkan lagu tertentu agar penoton dapat menyanyi bersama dalam persembahanya. Lagu –lagu kemudian berulang kali diminta agar dirakamkan bagi tujuan yang sama.Melihatkan potensi ini, Daisuke menghasil sebuah mesin seakan tape recorder dimana sesiapa yang berminat boleh mengulangi lagu tersebut pada harga 100-yen sebuah lagu.

Menyanyi secara solo dalam berkaraoke disebut sebagai HITOKARA. Hito bermaksud seorang dan Kara bermaksud Karaoke.Karaoke kini teramat popular di negeri India dan juga China, hinggakan di China mereka mengujudkan “ Mahjong Karaoke” kerana warga muda cina sering tidak mahu menemani warga tua kerana mereka bosan dengan permaina Mahjong dan Karaoke digunakkan bagi menyelamatkan situasi yang meruncing tersebut.

Pada satu ketika negara rantau serperti Malaysia,Thailand dan Filipina amat tidak menyanangi Karaoke dan berlakukan pergaduh tragis anatara masyarakat setempat kerana tidak tahan suara sumbang yang sering menjerit dan terpekek –pekek semasa menyanyi yang menambah beban emosi ketika ekonmi merundum.

Di Filipina contohnya,terdapat hampir setengan dozen masyarakat terbunuh kerana lagu “My Way” nyanyian Frank Sinatra kerana lagu itu tidak dinyanyikan secara baik oleh penyanyi-penyanyi Karaoke, hinggakan suratkhabar disana menamakan fenomina ini sebagai “ My Way killing”. Hingga kini banyak pusat-pusat hiburan tidak membenarkan lagu itu dimainkan dan ramai penyanyi Karaoke takut menyanyikan lagu tersebut lantaran dibunuh.

Penyanyi Inggeris pula,Robbie William merupakan pemegang rekod orang yang teramai menyanyikan lagu Karaoke pada lagunya yang bernama “Strong” meliputi 120,000 orang di Livre Knebwoth 2003.

Negara Hungary merupa pemnegang rekod Karaoke Marathon yang terpanjang menjangkau 1011 jam dan 1 minit yang diadakan di Restoran Honey Grill dari 20 July 2011 hingga 31 Ogos 2011.Setiap lagu adalah 3 minit. Antara setiap lagu cuma dibenarkan kurang dari 30 saat untuk memulakan persembahan.

External links sunting


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.

  1. ^ Effi Saharuddin (Mar 15, 2024). "Pencipta Karaoke, Shigeichi Negishi Meninggal Dunia". Amanz.