Karbohidrat (Jawi: کربوهيدرت) ialah polimer semula jadi yang merupakan sejenis kelas makanan yang sangat penting bagi manusia kerana karbohidrat adalah sumber utama tenaga untuk menjalankan pelbagai kegiatan. Karbohidrat ialah nutrien kimia yang mengandungi karbon (C),hidrogen (H) dan oksigen (O).

Gandum kaya akan karbohidrat.

Karbohidrat diperlukan untuk membekalkan tenaga bagi kegunaan badan. Kekurangan karbohidrat boleh menyebabkan seseorang itu berasa lemah dan tidak bermaya. Karbohidrat yang diambil secara berlebihan pula boleh menyebabkan penyakit seperti diabetis. Penyakit ini berpunca daripada gangguan fungsi hormon insulin oleh pankreas. Gangguan ini menyebabkan kandungan glukosa dalam badan seseorang meningkat dan boleh menyebabkan penyakit diabetis.

Pentakrifan sunting

Penulisan ilmiah menerangkan "karbohidrat" sering bertindih dengan "gula" (dalam arti luas) terutamanya tetapi juga, "sakarida", "osa",[1] "glusida",[2] "hidrat karbon", atau "sebatian polihidroksi dengan aldehida atau keton".

Sains makanan memahamkan "karbohidrat" secara umum sebagai makanan kaya jenis karbohidrat kompleks berupa kanji (seperti dalam bijirin, roti, dan pasta) atau karbohidrat sederhana, seperti gula (baik yang dimakan langsung atau diproses). Sering kali dalam daftar informasi nutrisi, seperti Pangkalan Data Nutrisi Nasional Jabatan Pertanian Amerika Syarikat, istilah "karbohidrat" digunakan untuk semua hal selain air, protein, lemak, abu, dan etanol.[3] Sebatian kimia seperti asid asetat atau asid laktat yang biasanya tidak dianggap sebagai karbohidrat turut kadangkala terangkum sekali selain juga serat makanan yang asasnya merupakan karbohidrat tidak menyumbang banyak tenaga (kilokalori), meskipun sering dimasukkan dalam penghitungan jumlah tenaga makanan seolah-olah serat ini adalah gula.

Pengelasan sunting

Karbohidrat dapat dikelaskan kepada tiga bahagian:
1- Monosakarida
2- Oligosakarida
3- Polisakarida

Monosakarida sunting

Monosakarida ialah gula ringkas dan merupakan unit yang paling kecil (yang tidak dapat dipecahkan oleh hidrolisis asid kepada unit yang lebih kecil). Monosakarida yang penting dalam fisiologi ialah D-glukosa, D-galaktosa, D-fruktosa, D-ribosa, dan D-deoksiribosa.

Monosakarida dibahagikan kepada kumpulan aldosa (jika mempunyai kumpulan berfungsi aldehid aktif) dan ketosa (jika mempunyai kumpulan berfungsi keto aktif).

Oligosakarida sunting

Oligosakarida ialah kelas karbohidrat yang mengandungi dua hingga lapan unit monosakarida. Setiap unit monosakarida ini dihubungkan oleh ikatan glikosida. Oligosakarida boleh dibahagikan kepada kumpulan disakarida, trisakarida, dan seterusnya menurut bilangan unit monosakarida yang terdapat dalam molekulnya.

Polisakarida sunting

Polisakarida merupakan kelas karbohidrat yang mempunyai lebih daripada lapan unit monosakarida. Polisakarida terbahagi kepada kumpulan homopolisakarida (contohnya kanji, glikogen dan selulusa) dan heteropolisakarida (contohnya heparin).

Nutrisi sunting

Gula biasa yang terdapat dalam badan manusia ialah glukosa. Hati, menukar kebanyakkan gula ringkas kepada glukosa. Karbohidrat juga membekalkan glukosa pada otak untuk memberi tenaga. Pengambilan karbohidarat memberi kesan kepada pengembangan otak, mood dan personaliti atau keperibadian seseorang. Selepas badan menerima karbohidrat, badan mula melakukan pemisahan kepada gula ringkas, kemudian ia akan menyerap ke dalam saluran darah. Sejurus tahap gula yang meningkat didalam badan, pankreas akan mengeluarkan hormon yang dipanggil insulin.

Terdapat 2 jenis karbohidrat utama, iaitu ringkas dan kompleks.

Ringkas sunting

Merujuk kepada gula ringkas yang terdapat di dalam kek, gula-gula, biskut, makanan diproses, atau air bersoda. Gula putih, dijuga dianggap sebagai kabohidrat ringkas. Gula ringkas boleh didapati di dalam susu, buah-buahan dan sayur-sayuran. Gula ringkas mudah menyerap ke dalam darah. Gula ringkas menyebabkan insulin lebih cepat meningkat. Dari masa ke semasa, disebabkan tekanan yang lebih kepada pankreas boleh membawa kepada penyakit kencing manis yang juga membawa masalah seperti kegemukkan, masalah jantung, kekangan tangan dan kaki(boleh membawa kepada pemotongan), dan juga masalah penglihatan yang kabur.

Kompleks sunting

Karbohidrat kompleks mengambil lebih masa untuk menguraikannya dalam badan. Makanan bijian sempurna adalah contoh karbohidrat kompleks seperti oat. Kebanyakkan sayur-sayuran, seperti keledek merupakan sumber baik dari karbohidrat kompleks. Karbohidrat kompleks memberi tenaga lebih lama masa berbanding karbohidrat ringkas. Karbohidrat kompleks lebih sihat[4] daripada karbohidrat ringkas.

Nota sunting

  1. ^ Avenas P (2012). "Etymology of main polysaccharide names" (PDF). Dalam Navard P (penyunting). The European Polysaccharide Network of Excellence (EPNOE). Wien: Springer-Verlag.
  2. ^ Fearon WF (1949). Introduction to Biochemistry (ed. 2nd). London: Heinemann. ISBN 9781483225395.
  3. ^ USDA National Nutrient Database, 2015, p. 13
  4. ^ Kennedy, Robert (2008). Encyclopedia of Bodybuilding The Complete A-Z Book On Muslce Building (ed. 21st). MuscleMag International. m/s. 175.