Kasino ([ka.si.no], pinjaman Itali: casino) merupakan satu tempat yang membenarkan aktiviti perjudian dijalankan. Kasino yang popular menguntungkan dari segi ekonomi sesebuah negara.Terdapat sebanyak 4750 buah kasino yang beroperasi di seluruh dunia.

Jalur Las Vegas terkenal kerana mempunyai banyak hotel resort kasino

Biasanya pusat kasino dibina di tempat yang strategik bersama kemudahan-kemudahan percutian lain termasuk hotel, restoran, taman tema atau kompleks beli-belah; ada juga kasino yang terbina dalam platform bergerak seperti kapal pesiaran. Beberapa pusat kasino juga menganjurkan acara sukan dan acara kebudayaan penting. Setiap bangunan kasino mempunyai larangan kemasukan untuk sesiapa di bawah lingkungan usia yang dbenarkan untuk berjudi iaiti sekitar 18 hingga 21 tahun.[1]

Sejarah sunting

Ungkapan Bahasa Itali casino yang asal merupakan bermaksud "rumah kecil" terbitan kata casa ([ˈka.za terdekat ka.za]) yang bermaksud "rumah", ia sering diertikan lanjut sebagai suatu vila kecil atau rumah kelab di mana kegiatan berhibur termasuk perjudian (casino da gioco) juga diadakan.[2][3] Bahasa Itali moden mengeja perkataan ini sebagai casinò sebagai pembeza dengan perkataan casino yang bermaksud "rumah pelacuran".[4][2][5]

Makna perkataan sedemikian beralih merangkumi sebarang bangunan di mana kegiatan lapang termasuk tari-menari, berjudi dan bersukan dapat dijalankan masyarakat sejak abad ke-19; bangunan untuk tujuan sedemikian piasanya didirikan bersampingan sebuah bangunan palazzo lebih besar.

Keberadaan sunting

Malaysia sunting

 
Genting Highlands

Di Malaysia, Genting Highlands telah dibina pusat kasino yang pertama pada zaman Tunku Abdul Rahman.

Singapura sunting

Menurut bekas Perdana Menteri Lee Kuan Yew, Singapura dirasakan berasa dalam kerugian kerana ketiadaan tidak ada pusat perjudian besar sedemikian di negaranya. Banyak warga negara pulau itu mencuba nasib dalam kapal-kapal persiaran yangmengendalikan kasino berlayar luar perairan antarabangsa mengelak laksanaan undang-undang Singapura menghalang perjudian luar taruhan lumba kuda dan pembelian nombor yang dibenarkan pihak Pemerintah.[6]

Kabinet pimpinan Lee Hsien Loong membentangkan usulan membangunkan dua buah perniagaan kasino serta hotel dan pusat beli-belah sepadu di Marina South dan Sentosa pada 18 April 2005.[7] Marina Bay Sands dimiliki syarikat Las Vegas Sands di pesisiran Pusat Bandar Singapura dengan nilai hartanah sebanyak USD8 billion, dan Resorts World Sentosa milik Kumpulan Genting di Pulau Sentosa.

Indonesia sunting

Sebelum tahun 1980-an, kasino pernah diperbolehkan di Indonesia. Pernah ada kasino di wilayah Jakarta saat di bawah kepemimpinan Ali Sadikin, misalnya lantai bawah Gedung Sarinah, Jakarta Pusat, di Petak Sembilan (PIX), Jakarta Barat, dan di Hai Lai, Ancol.[8] Namun, Undang-Undang Dasar 1945 yang dimaktubkan semasa merdekanya Indonesia daripada penjajahan Belanda melarang perjudian dalam antara peruntukkannya[9].

Pada tahun 1990-an, di Indonesia banyak kasino yang diam-diam beroperasi secara ilegal. Seiring dengan perkembangan media yang maju pesat di abad 21, banyak kegiatan tersebut diberitakan di media yang diikuti pemerintah Indonesia mengarahkan badan Kepolisiannya bertindak cepat menutup semua perusahaan sedemikian

Kasino bentuk elektronik (juga disebut kasino dalam jaring / "kasino daring") mula masuk ke Indonesia tahun 2005. Ia banyak mendapat perhatian dan langganan besar kerana boleh diakses melalui peranti mudah alih seperti telefon bimbit.

Rujukan sunting

  1. ^ Howard J. Shaffer; dll., penyunting (2003). Futures at Stake: Youth, Gambling, and Society. University of Nevada Press. m/s. 147–151.[pautan mati kekal]
  2. ^ a b Thompson, William N. (2015). Gambling in America: An Encyclopedia of History, Issues, and Society. m/s. 43. ISBN 9781610699808. Dicapai pada August 17, 2015.
  3. ^ "casino". Vocabolario on line (dalam bahasa Itali). Istituto della Enciclopedia Italiana. 2023. Dicapai pada 4 Apr 2023. 2. Sinon., oggi disusato, di circolo, in alcune denominazioni come c. dei nobili, c. da gioco. In senso analogo a quest’ultimo, il termine è usato (ma più spesso con pronuncia francese: v. casinò) per indicare le pubbliche case da gioco.
  4. ^ "Casino". Oxford English Dictionary (ed. 3rd). Oxford University Press. September 2005. (Langganan atau keahlian perpustakaan awam UK diperlukan.)
  5. ^ Preble, Rossi, Keith, Francesco (2014). Il vero italiano: Your Guide To Speaking "Real" Italian. m/s. 66. Dicapai pada August 17, 2015.
  6. ^ Tan, Theresa (15 March 2015). "Floating casino draws Singaporeans who loath to pay $100 levy at home". The Straits Times (dalam bahasa Inggeris). ISSN 0585-3923. Dicapai pada 13 October 2021.
  7. ^ Lee Hsien Loong (18 April 2005). "Proposal to develop Integrated Resorts" (PDF). Developing Industries > Integrated Resorts > Ministerial Speeches & Comments. Kementerian Perdagangan dan Perusahaan Singapura. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 27 November 2007. Dicapai pada 17 January 2008. The first question was whether to have IRs at all. The answer was yes. Having settled that, the next question was whether to have one or two IRs. We decided on two IRs, because the Bayfront and Sentosa projects complement each other, because having two provides competition and critical mass, and because we believe that two projects will bring more economic benefits, without increasing the social cost commensurately; After weighing the matter carefully, the Cabinet has collectively concluded that we had no choice but to proceed with the IRs. As Prime Minister, I carry the ultimate responsibility for the decision.
  8. ^ "Kisah Bang Ali dan Judi". detikx. Dicapai pada 2018-05-26.
  9. ^ "Permainan pertaruhan". keomoi. Dicapai pada 2018-05-26.