Kasut roda ialah sejenis sepatu meluncur beroda yang digunakan untuk meluncur di atas jalan. Kasut roda secara umumnya mempunyai dua pecahan iaitu kasut beroda yang rodanya disusun dalam satu barisan (selalunya mempunyai 2, 3, 4 atau 5 roda dan satu brek di belakang untuk memperlahankan kelajuan semasa meluncur (bahasa Inggeris: inline skate)) dan kasut beroda kuad yang 2 rodanya di letak di depan dan 2 rodanya di belakang (bahasa Inggeris: quad skate).

Sepasang kasut roda

Fesyen kasut roda terkini dimajukan bagi menggantikan kasut meluncur ais, untuk kegunaan latihan atlet Rusia di atas jalan biasa untuk acara meluncur jarak jauh Sukan Olimpik. Pada penghujung tahun 1980-an dan awal tahun 1990-an, Rollerblade, Inc., sebuah syarikat yang ditubuhkan oleh Scott dan Brennen Olson di Minneapolis, Minnesota, mempromosikan kasut roda secara meluas. Usaha mereka sangat berjaya sehinggakan perkataan ‘Rollerblade’ menjadi sinonim dengan sukan kasut roda.

Bahagian sunting

Kasut roda terdiri daripada kasut yang diikat dalam bingkai yang memegang roda. Galas membenarkan rodanya untuk berpusing. Terdapat beberapa kaedah meluncur seperti peluncuran aggresif (aggressive skating) dan peluncuran laju (speed skating). Kaedah-kaedah ini berbeza berdasarkan kasut, bingkai dan roda yang digunakan.

Roda sunting

Biasanya, kasut tinggi digunakan untuk meluncur, yang mana memberi sokongan yang lebih baik terhadap buku lali dan menjadikan seseorang lebih mudah untuk meluncur. Untuk kegunaan rekreasi, kasut yang lembut selalunya digunakan bagi memberi lebih keselesaan, tetapi dalam kebanyakan disiplin lain, kasut yang lebih keras digunapakai untuk memelihara kaki dari impak hentaman dan mendapat pengawalan yang lebih baik. Kasut yang keras atau separa keras biasanya diguna dalam peluncuran aggresif, manakal kasut karbon fiber pula dipakai dalam peluncuran laju.

Bingkai sunting

Kasut roda untuk rekreasi selalunya mempunyai binkai yang diperbuat daripada poliuretana berkualiti tinggi (plastik). Bingkai kasut roda untuk peluncuran laju pula biasanya diperbuat daripada fiber karbon (mahal tetapi lebih fleksibel, secara umumnya mempunyai berat antara 160-180 gram) atau bahan dari aluminium (mempunyai berat antara 170-220 gram) atau magnesium.

Untuk kasut beroda empat berbingkai pendek, panjang bingkainya adalah dalam lingkungan 230mm, dan mencecah sehingga kira-kira 325mm untuk bingkai kasut beroda lima.

Galas sunting

(sila sunting bahagian ini)

Roda sunting

Saiz roda berbeza berdasarkan gaya meluncur:

  • 44-59 mm untuk peluncuran aggresif.
  • 68-72 mm untuk artistic inline skating.
  • 47-80 mm untuk peluncuran sukan hoki.
  • 72-80 mm untuk peluncuran slalom gaya bebas.
  • 72-90 mm untuk aktiviti riadah.
  • 84-110 mm untuk peluncuran laju.

Roda yang digunakan sekarang ini biasanya diperbuat daripada poliuretana. Kebanyakan plastik dan getah lain cepat haus dan juga menyebabkan rintangan yang tinggi. Secara umumnya, semakin besar rodanya, semakin laju peluncuran seseorang. Walau bagaimanapun, roda yang besar memerlukan lebih banyak tenaga untuk memulakan peluncuran. Roda yang lebih kecil membolehkan pecutan yang lebih tinggi, pengawalan yang baik, dan pusat graviti yang lebih rendah. Kekuatan roda diukur berdasarkan skala A (lihat Durometer) dan biasanya berada dalam lingkungan 78A-93A (lebih besar lebih keras). Roda yang keras adalah lebih laju dan lebih tahan, tetapi roda yang lembut mempunyai cengkaman yang lebih baik. Bentuk roda sekali lagi bergantung kepada cara penggunaan. Bentuk bujur mengurangkan geseran untuk peluncuran yang lebih laju, manakala bentuk yang lebih bulat memiliki cengkaman yang lebih baik dan lebih stabil.

Brek sunting

 
Brek

Brek getah yang keras biasanya dilekatkan sekali dengan bingkai. Penggunaan brek harus dipelajari dengan teliti kerana boleh mengancam keselamatan jika tidak digunakan secara betul. Terdapat juga teknik lain yang menggunakan brek belakang dalam peluncuran yang dipanggil crossover turn.

Helah dalam sukan kasut roda sunting

Berikut adalah beberapa helah yang biasa dilakukan oleh pakar peluncur kasut roda

  • Toe rolling
  • The fishtail
  • Swizzles
  • The knee slide
  • Power sliding
  • Parallel turn
  • 360 turn
  • Crossover turn
  • The A-frame turn
  • T-stopping
  • Lunge stop
  • Grass stop
  • Spin stop
  • Sidesurf (Sideways Monoline)
  • Wave
  • Skating on one foot

Galeri sunting

Lihat juga sunting

Pautan luar sunting