Contoh

Kata dasar untuk kata kerja lantik ialah lantik: ia merupakan bahagian yang sepunya kepada semua kelainan fleksi.

  1. lantik (kata kerja tanpa imbuhan)
  2. melantik (kata kerja dengan awalan)
  3. pelantik (kata nama pembuat dengan awalan)
  4. pelantikan (kata nama perbuatan dengan awalan dan akhiran)
  5. lantikan (kata nama hasil perbuatan dengan akhiran)
  6. dilantik (kata kerja pasif)

Kata dasar dalam bidang linguistik ialah sebahagian perkataan. Bagaimanapun, istilah ini telah digunakan dengan makna-makna yang sedikit berbeza. Dalam satu penggunaan, "kata dasar" ialah bentuk yang imbuhan dapat dibubuh.[1] Justera, dalam penggunaan ini, perkataan Inggeris, friendships, mengandungi kata dasar friend yang imbuhan -ship telah dibubuh untuk membentuk kata dasar yang baharu, iaitu friendship. Akhiran fleksi, -s, kemudian boleh dibubuh. Dalam suatu kelainan penggunaan ini, akar kata untuk perkataan ini (misalnya, friend) tidak diambil kira sebagai kata dasar.

Dalam suatu penggunaan yang sedikit berbeza dan yang digunakan dalam bahagian rencana ini yang berikut, sesuatu perkataan mempunyai satu kata dasar tunggal, iaitu satu bahagian perkataan yang sepunya untuk semua kelainan fleksi.[2] Justera, dalam penggunaan in, semua imbuhan merupakan sebahagian kata dasar, misalnya, kata dasar untuk friendships ialah friendship, dengan imbuhan fleksi -s dibubuh.

Kata dasar bukan sahaja boleh merupakan akar kata, misalnya, run dalam bahasa Inggeris, tetapi ia juga dapat bersifat kompleks daripada segi morfologi seperti kata majmuk (misalnya, kata nama majmuk "kereta api" atau "antarabangsa") atau perkataan dengan morfem terbitan (misalnya, kata kerja terbitan, "melembing" dan "memiawaikan"). Oleh itu, kata dasar untuk kata nama Inggeris yang kompleks, photographer, ialah photo·graph·er, dan bukan photo. Akar kata untuk bentuk kata kerja Inggeris, destabilized ialah stabil-, satu bentuk stable yang tidak dapat wujud bersendirian. Kata dasar de·stabil·ize merangkumi imbuhan de- dan -ize, tetapi tidak merangkum akhiran kala lampau fleksi, -(e)d, iaitu kata dasar ialah sebahagian perkataan yang imbuhan dibubuh.

Penggunaan perkataan "kata dasar" yang tepat bergantung kepada morfologi sesuatu bahasa. Misalnya, dalam linguistik Athabaska, kata dasar kerja ialah akar kata yang tidak boleh wujud secara sendirian dan yang menyampaikan nada perkataan itu. Kata kerja Athabaska biasa mempunyai dua kata dasar dalam analisis ini, dengan setiapnya didahului oleh awalan.

Bentuk kutipan dan morfem terikat sunting

Dalam bahasa-bahasa yang mempunyai amat sedikit fleksi seperti dalam bahasa Inggeris dan bahasa Cina, kata dasar biasa tidak berbeza daripada bentuk "biasa" perkataannya (lema, kutipan atau bentuk kamus). Bagaimanapun, bagi bahasa-bahasa yang lain, kata dasar jarang atau tidak pernah wujud secara sendirian. Misalnya, kata dasar kerja Inggeris, run, tidak dapat dibezakan daripada bentuk kala kini (kecuali dalam bentuk mufrad diri ketiga). Bagaimanapun, kata dasar kerja Sepanyol yang sepadan, corr-, tidak pernah wujud sedemikian kerana ia dikutip dengan fleksi infinitif (correr) dan selalu wujud dalam pertuturan sebenar sebagai bentuk berkonjugat atau bukan finitum (infinitif atau partisip). Morfem seperti corr- Sepanyol yang tidak wujud dengan cara tersebut biasanya dirujuk sebagai "morfem terikat".

Kata dasar ialah sebahagian perkataan yang tidak pernah berubah, walau jika dijangkiti secara morfologi, manakala lema ialah bentuk akar kata kerja, misalnya untuk perkataan Inggeris, "produced", lemanya ialah "produce". Bagaimanapun, kata dasarnya ialah "produc" kerana adanya perkataan seperti production. [3]

Paradigma dan suplesi sunting

Senarai untuk semua bentuk fleksi sesuatu kata dasar digelar "paradigma fleksi". Paradigma untuk adjektif Inggeris, tall adalah seperti yang berikut, dengan kata dasar adjektif ini merupakan tall:

  • tall (positif); taller (perbandingan); tallest (superlatif).

Sesetengah paradigma tidak mempergunakan kata dasar yang sama pada keseluruhannya. Fenomena ini digelar suplesi. Contoh paradigma suplesi ialah paradigma untuk adjektif Inggeris, good. Kata dasarnya bertukar daripada good kepada morfem terikat, bet-.

  • good (positif); better (perbandingan); best (superlatif).

Rujukan sunting

  1. ^ Geoffrey Sampson (2005). The 'language instinct' debate. Continuum International Publishing Group. m/s. 124. ISBN 9780826473851. Dicapai pada 2009-07-21. Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)
  2. ^ Paul Kroeger (2005). Analyzing grammar. Cambridge University Press. m/s. 248. ISBN 9780521816229. Dicapai pada 2009-07-21.
  3. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-09-08. Dicapai pada 2009-09-24.
  • What is a stem? - SIL International, Glossary of Linguistics Terms.
  • Bauer, Laurie (2003) Introducing Linguistic Morphology. Georgetown University Press; 2nd edition.
  • Williams, Edwin and Anna-Maria DiScullio (1987) On the definition of a word. Cambridge MA, MIT Press.

Lihat juga sunting

Pautan luar sunting