Kata kerja ialah golongan kata yang menjadi inti dalam frasa kerja, sama ada yang berlaku atau dilakukan. Lazimnya kata kerja menunjukkan sesuatu perbuatan atau keadaan melakukan sesuatu.Contohnya, berjalan, makan, memakan, dimakan dan sebagainya. Kata kerja terbahagi kepada, kata kerja transitif (perbuatan melampau) dan kata kerja tak transitif (perbuatan tidak melampau).

Kata kerja transitif sunting

Kata kerja transitif ialah segala perbuatan yang dilakukan oleh pembuatnya kepada benda lain. Benda yang kena oleh perbuatan itu dipanggil penyambut (objek). Ayat yang menggunakan kata kerja transitif mesti mempunyai penyambut (objek). Kata kerja ini biasanya mempunyai imbuhan ‘me-‘ sama ada sebagai awalan atau sebahagian daripada imbuhan contohnya mengambil, mendermakan, membacakan, menduduki, mempersilakan.

Kata kerja tak transitif sunting

Kata kerja tak transitif ialah segala perbuatan yang dilakukan oleh pembuat itu ke ape?. Sendiri?. sendiri kepada diri pembuat itu sendiri, tidak kepada benda atau orang lain. Kata kerja ini tidak memerlukan penyambut. Kata kerja tak transitif terbahagi kepada dua iaitu kata kerja tak transitif berpelengkap dan kata kerja tak transitif tak berpelengkap.

Aspek pengimbuhan kata kerja sunting

Seperti dengan kata nama, kata kerja juga melalui proses pengimbuhan kerana proses pengimbuhan amat produktif dalam proses pembentukan kata kerja bahasa Melayu.

Imbuhan kata kerja sunting

Terdapat empat imbuhan yang membentuk kata kerja, iaitu:

awalan kata kerja akhiran kata kerja apitan kata kerja sisipan kata kerja
meN-
beR-
teR-
di-
mempeR-
dipeR-
-kan
-i
meN-...-kan
beR-...-kan
beR-...-an
di-...-kan
meN-...-i
di-...-i
mempeR-...-kan
mempeR-...-i
ke-...-an
dipeR-...-kan
dipeR-...-i
tiada

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  • Nik Safiah Karim dan Norliza Jamaluddin. 2002. Bahasa Melayu STPM (Kertas 1 & 2). Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.