Kata laluan (Jawi: كات لالوان; bahasa Inggeris: password) merupakan sejenis data gabungan sebilangan aksara digunakan pengguna untuk tujuan pengenalan dan pengesahan diri ketika mengakses sesebuah rangkaian komputer[1] atau sumber untuk memperoleh atau membaca maklumat diingini. Data yang ingin dimasukkan ini bersifat rahsia dan dikawal ketat di mana setiap orang yang ingin memasuki sistem akan diuji sehingga hanya orang yang mengetahui kata laluan yang betul sahaja dibenarkan masuk.

Contoh ruang memasukkan kata laluan untuk mengakses sesuatu laman.

Kata laluan telah digunakan sejak zaman dahulu lagi di mana pengawal pintu sesebuah kawasan terlarang umum akan menanya kata laluan untuk mengelakkan musuh dari menyelinap masuk. Kaedah ini pertama kali diterapkan dalam bidang pengkomputan melalui suatu sistem pengendalian dikembangkan di Institut Teknologi Massachusetts iaitu Compatible Time-Sharing System ("Sistem Pengongsian Masa Serasi") pada tahun 1961.[2][3]

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ G. S. Rao, A. K. Rao, Ng Chee Aun & Cheng Yok San (1991). "kata laluan". Kamus Komputer Sekolah Menengah. Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd. m/s. 26. ISBN 967-65-1306-7.CS1 maint: uses authors parameter (link)
  2. ^ McMillan, Robert (27 January 2012). "The World's First Computer Password? It Was Useless Too". Wired. Dicapai pada 22 Mac 2019.
  3. ^ Hunt, Troy (26 July 2017). "Passwords Evolved: Authentication Guidance for the Modern Era". Dicapai pada 22 March 2019.

Pautan luar sunting