Sejarah merupakan koleksi maklumat ataupun fakta masa lalu. Apabila digunakan sebagai nama bidang pengajian, sejarah merujuk kepada penyelidikan dan tafsiran rekod-rekod masyarakat manusia. Istilah "sejarah" berasal daripada bahasa Greek, "ιστορία" ("pemerian penyelidikan"), dan mempunyai etimologi yang sama dengan perkataan bahasa Inggeris, "cerita" (story).

Ensiklopedia Britannica 1911 mengatakan bahawa "dari segi am, sejarah adalah kesemua yang terjadi, bukan sahaja mengenai fenomena terhadap hidup manusia, bahkan juga dengan alam semula jadi. Ia merangkumi segala yang mengalami perubahan, dan sebagaimana yang telah ditunjukkan oleh sains moden, kesemua alam semesta dan setiap bahagiannya mempunyai sejarah masing-masing kerana tiada sesuatu yang benar-benar tidak berubah-ubah."

Subkategori

Yang berikut ialah 30 daripada 30 buah subkategori dalam kategori ini.

A

B

D

E

F

G

H

L

P

T

Z