Katie Liu Leung (Cina Ringkas: 梁佩诗; Cina Tradisional: 梁佩詩; pinyin: Liáng Pèishī) (lahir 8 Ogos 1987) ialah seorang pelakon dari Scotland yang terkenal kerana memegang watak Cho Chang, kekasih Harry Potter dalam versi filem bagi novel J. K. Rowling Harry Potter and the Goblet of Fire dan Harry Potter and the Order of the Phoenix.

Katie Leung
Katie Leung sebagai Cho Chang.
Kelahiran
Katie Leung

8 Ogos 1987
Tahun aktif2005–kini
Ketinggian5ft 4½in (1.64 m)

Biografi sunting

Awal kehidupan sunting

Leung dilahirkan di Scotland kepada Kar Wai Li dan Peter Leung, kedua-duanya berketurunan Cina. Ibu bapanya sekarang telah bercerai dan dia sekarang tinggal bersama-sama dengan bapanya (yang berasal dari Hong Kong), dua abang (seorang bernama Jonathan) dan seorang adik. Bapanya menguruskan sebuah restoran di Glasgow, selain perniagaan makanan Cina. Selain daripada fasih bertutur Bahasa Inggeris, Leung juga mahir bertutur dalam Bahasa Kantonis dan Mandarin. [1] Leung bersekolah di Kolej Hamilton, sebuah sekolah persendirian Scotland yang terletak di Hamilton, South Lanarkshire.

Kerjaya sunting

Bapa Leung ternampak sebuah iklan mencari pelakon untuk filem Harry Potter and the Goblet of Fire dan mencadangkan supaya Leung mencubanya. Dia menunggu hampir empat jam dalam barisan sebelum dibenarkan diuji bakat. Uji bakatnya cuma mengambil masa lima minit dan hanya mendapat panggilan dua minggu kemudian yang menyatakan yang dia berjaya mendapat peranan sebagai watak Cho Chang.

Daniel Radcliffe, pelakon yang memegang watak Harry Potter, berkata dia mendapati Leung "sangat hebat" dan merupakan "seorang pelakon yang unik."

Filemografi sunting

Tahun Tajuk Peranan Nota
2007 Harry Potter and the Order of the Phoenix Cho Chang Pasca-penerbitan; akan ditayangkan pada 13 Julai 2007
2005 Harry Potter and the Goblet of Fire Cho Chang

Pautan luar sunting