Kawasan Pasifik Barat Daya (markas)

Kawasan Pasifik Barat Daya[note 1] (SWPA) adalah nama yang diberi kepada markas pemerintahan tentera tertinggi Pihak Bersekutu di Kancah Pasifik Barat Daya (Perang Dunia II). Ia merupakan salah satu dari empat markas utama Bersekutu dalam Perang Pasifik. SWPA merangkumi Filipina, Borneo, Hindia Timur Belanda (tidak termasuk Sumatera), Timor Timur, Australia, Wilayah Papua dan New Guinea, dan bahagian barat Kepulauan Solomon. Ia terdiri daripada pasukan tentera Amerika Syarikat, Australia, Belanda, Filipina, British dan pasukan Sekutu lain juga berkhidmat dalam SWPA.

Kawasan Pasifik Barat Daya
A waving blue flag with a yellow border, and the letters "GHQ" in yellow.
Insignia bahu lengan Kawasan Pasifik Barat Daya
Aktif1942–45
Dibubarkan2 September 1945
Negara Amerika Syarikat
 Australia
 Belanda
 United Kingdom
 New Zealand
Peringatan30 Mac 1942
PertempuranPerang Dunia II
Komander
Komander
terkenal
Douglas MacArthur

Jeneral Douglas MacArthur telah dilantik sebagai Pemerintah Tertinggi, Kawasan Pasifik Barat Daya, di penubuhannya pada 18 April 1942. Beliau mewujudkan lima markas bawahan: Angkatan Tentera Darat Bersekutu, Angkatan Tentera Udara Bersekutu, Angkatan Tentera Laut Bersekutu, Angkatan Tentera Darat Amerika Syarikat di Australia (USAFIA), dan Angkatan Tentera Darat Amerika Syarikat di Filipina. Markas pemerintahan terakhir lenyap apabila Corregidor menyerahkalah pada 6 Mei 1942, manakala USAFIA menjadi Perkhidmatan Bekalan Tentera Darat Amerika Syarikat, Kawasan Pasifik Barat Daya (USASOS SWPA). Pada tahun 1943, Angkatan Tentera Darat Amerika Syarikat di Timur Jauh telah dibentuk dan mengambil alih tanggungjawab pentadbiran, meninggalkan USASOS sebagai agensi logistik sepenuhnya. Kedua-duanya dibubarkan dalam penyusunan semula pada tahun 1945. Tiga markas yang lain, Angkatan Tentera Darat Bersekutu, Angkatan Tentera Udara Bersekutu dan Angkatan Tentera Laut Bersekutu, kekal sehingga SWPA dibubarkan pada 2 September 1945.

Legasi sunting

Struktur pemerintahan Bersekutu di Kawasan Pasifik Barat Daya menghadapi cabaran peperangan campuran dalam beberapa cara, dengan berbagai peringkat kejayaan. Manfaat perikatan masa perang terbukti menjadi cukup penting, tetapi memerlukan usaha berterusan untuk dikekalkan. Bagi Australia dan New Zealand, peperangan campuran menjadi norma, dan pengalaman dalam SWPA terbukti menjadi formatif dan berinformasi, dengan banyak pengajaran politik dan ketenteraan. Berdekad kemudian, tentera Australia, New Zealand dan Amerika akan berjuang bersama sekali lagi, dalam Perang Korea, Perang Vietnam dan Perang Terhadap Keganasan.[1]

Nota kaki sunting

  1. ^ "Southwest Pacific Area in American English became "South West Pacific Area" in Australian English. Due to the activities of Australian typists, the latter became more widely used.

Nota sunting

  1. ^ Horner 2005, m/s. 123–124.