Kawasan Tadahan Air Tengah

Kawasan Tadahan Air Tengah adalah sebuah kawasan perancangan yang ditetapkan dan salah satu daripada dua kawasan tadahan air di Singapura. Takungan air utama negara seperti MacRitchie, Upper Seletar, Upper Peirce dan Lower Peirce terletak di kawasan ini.[1]

Kawasan Tadahan Air Tengah
  • Central Water Catchment
  • 中央集水区
  • மத்திய நீர் நீர்ப்பிடிப்பு
Kawasan berwarna hijau menunjukkan lokasi Hutan Simpanan Kawasan Tadahan Air Tengah di Singapura
Lokasi hutan simpanan berada di dalam Kawasan Tadahan Air Tengah
Kawasan Tadahan Air Tengah is located in Bumi
Kawasan Tadahan Air Tengah
Kawasan Tadahan Air Tengah (Bumi)
Lokasi Singapura
Koordinat01°22′N 103°48′E / 1.367°N 103.800°E / 1.367; 103.800Koordinat: 01°22′N 103°48′E / 1.367°N 103.800°E / 1.367; 103.800
JenisKawasan tadahan air
Nama asliكاوسن تادهن أير تڠه
Luas permukaan37.1 kilometer persegi (14.3 bt2)

Kawasan tadahan air ini terletak tengah-tengah negara pulau Singapura, dan kawasan ini sebahagian besarnya menempatkan Hutan Simpanan Kawasan Tadahan Air Tengah, yang turut juga menempatkan beberapa tempat riadah seperti Taman Haiwan Singapura, Safari Malam dan Safari Sungai.

Hidupan liar sunting

Takungan MacRitchie mempunyai beberapa haiwan yang bermastautin di situ seperti burung, monyet dan biawak. Malahan pula, HSCB Treetop Walk, sebuah jambatan gantung yang berada di kawasan itu menjadi tempat tumpuan bagi para pemerhati burung dan pelancong.

Burung-burung seperti lang siput (Haliaeetus leucogaster) boleh ditemui di Takungan Upper Seletar.

Rujukan sunting

  1. ^ "Bukit Timah Nature Reserve" (dalam bahasa Inggeris). Lembaga Taman Negara. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 Ogos 2012. Dicapai pada 4 Jun 2009.