Keadilan sosial atau keadilan masyarakat ialah suatu pemikiran mengenai hubungan yang adil dan saksama antara individu dan masyarakat; perkara ini disukat mengikut syarat yang tersirat dan tersurat mengenai pengagihan kekayaan, peluang melakukan kegiatan persendirian serta keistimewaan dalam masyarakat.

Keadilan ini mengenakan hak dan tugasan dalam institusi masyarakat yang membolehkan rakyat menerima kelebihan dan bebanan hasil kerjasama masyarakat. Perkara ini turut melibatkan percukaian, insurans; kesihatan, pendidikan dan perkhidmatan awam; undang-undang buruh serta kawalan pasaran, untuk memastikan agihan kekayaan yang adil dan peluang samarata.[1]

Rujukan sunting

  1. ^ Rawls, John (1971). A Theory of Justice. m/s. 4. the principles of social justice: they provide a way of assigning rights and duties in the basic institutions of society and they define the appropriate distribution of benefits and burdens of social co-operation.