Keita Mandjou (lahir 28 November 1979) ialah bekas pemain bola sepak kebangsaan Guinea dan beliau beragama Islam. Beliau bermain sebagai pemain tengah dan juga sebagai penyerang.

Keita Mandjou
Maklumat peribadi
Tarikh lahir (1979-11-28) 28 November 1979 (umur 44)
Tempat lahir Nzérékoré  Guinea
Ketinggian 1.86 m (6 ka ​1 316 in)
Posisi permainan Pemain tengah serangan, Penyerang
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2004–2007 Perak 75 (50)
2007–2008 Brunei DPMM 21 (11)
2009–2010 Portland Timbers 39 (12)
2009–2010Salgaocar (pinjaman) 9 (8)
2010-2012 Pune FC 17 (16)
2013 Kelantan 10 (4)
Pasukan kebangsaan
1998-2001 Guinea B23 16 (10)
2001-2011 Guinea 36 (16)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 16 Januari, 2013

Kerjaya sunting

Kelab sunting

Keita memulakan kerjaya profesional sebagai pemain bola sepak di Perak, dengan penampilan pertama beliau pada 12 September 2004 menentang PKNS FC. Beliau telah menjadi keterujaan peminat Perak FA sehingga selepas perlawanan tersebut, beliau telah diarak keluar oleh para peminat.[1] Beliau juga memainkan peranan utama atas kejayaan Perak FA dalam Piala FA yang telah menyebabkan lanjutan kontrak beliau dengan pasukan Perak FA dalam liga MSL 2005.

Keita telah memenangi Anugerah Kasut Emas dalam musim Liga Super Malaysia 2005–06, dengan menyumbat 17 gol. Beliau juga ialah 3 orang calon untuk Anugerah Pemain Import Popular dalam anugerah yang julung kalinya diadakan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia, tetapi beliau tidak memenanginya.[2]

Beliau telah dikaitkan dengan perpindahan ke sebuah kelab Indonesia, iaitu Persija Jakarta pada tahun 2007,[3] tetapi beliau tidak membiarkan khabar angin tersebut menjejaskan prestasinya di padang, dan sekali lagi menjadi penjaring gol terbanyak bagi Liga Super Malaysia 2006-07.

Keita telah dilepaskan daripada kontraknya pada penghujung musim 2007 kerana "isu keluarga", dan selepas beberapa kali mencuba nasib untuk menjadi pemain dalam pasukan kelab Perancis, FC Lorient.[4] beliau telah menandatangani kontrak dengan pasukan Brunei, Brunei DPMM FC, dan bermain satu musim dengan pasukan tersebut dalam Liga Singapura.

Pada Januari 2009, Keita telah menandatangani kontrak dengan Portland Timbers dalam Liga Bahagian I USL.[5] Keita telah memilih untuk bermain sebagai penyerang, tetapi sekali sekala akan bermain di bahagian tengah dan membantu 2 orang penyerang.

Pada musim USL-1-2009, Portland telah meminjamkan Keita kepada kelab Salgaocar S.C. yang bermain dalam I-League.[6] Keita telah kembali kepada Portland pada April 2010.[7]

Selepas kembali kepada pasukan Timbers daripada pinjamannya, Keita gagal mendapatkan rentaknya dalam musim 2010. Keita muncul dalam 10 perlawanan liga dan hanya menjaringkan 1 gol. Pada 1 September 2010, Keita telah dipindahkan ke sebuah kelab dari India, Pune FC.[8]

Pune FC sunting

Pada 3 Disember 2010, Keita memulakan perlawanan pertama Pune FC dalam musim tersebut, dengan keputusan seri, 1-1 menentang Mohun Bagan. Pada 30 Januari 2011, Keita telah menyumbat hatrik pertama untuk pasukan tersebut ketika menentang JCT Mills dalam I-League.

Kelantan FA sunting

Selepas dua musim bersama Pune FC, Keita telah kembali ke Malaysia dan telah menyertai Kelantan FA sebagai pemain import keempat untuk pertandingan Piala AFC 2012[9] Bagaimanapun, beliau tidak dapat bermain untuk Kelantan FA dalam Piala AFC 2012 kerana mempunyai masalah dengan Sijil Perpindahan Antarabangsa (ITC).

Kerjaya antarabangsa sunting

Keita ialah bekas ketua pasukan bola sepak kebangsaan Guinea bawah 23 tahun.

Anugerah sunting

Perak sunting

Portland Timbers sunting

  • Piala Pesuruhjaya Divisyen Satu USL 2009

Individu sunting

Rujukan sunting

  1. ^ [https://web.archive.org/web/20160303231218/http://www.yob4ever.com/forum/index.php?showtopic=1458&st=15 Diarkibkan 2016-03-03 di Wayback Machine [yob4ever forum] -> Keita Mandjou - AMP]
  2. ^ [https://web.archive.org/web/20170106173649/http://www.yob4ever.com/v2/modules.php?name=News&file=print&sid=218 Diarkibkan 2017-01-06 di Wayback Machine :: yob4ever.com [ Perak Football e-Fans Homepage ] :: - Keen Contest To Be Favourite]
  3. ^ "Persija Buru Legiun Liga Hong Kong". Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-09-28. Dicapai pada 2017-01-06.
  4. ^ Lorient : Mandjou à l’essai - La Une - Mercato 365 - Tous sur le mercato
  5. ^ "TIMBERS: Soccer team signs seven players". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-06-08. Dicapai pada 2017-01-06.
  6. ^ Timbers Loan Keita To Top Flight Club In India
  7. ^ "Forward Mandjou Keita returns to Portland". Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-05-03. Dicapai pada 2017-01-06.
  8. ^ "Breaking News: PFC sign Keita" (Siaran akhbar). Pune FC. September 1, 2010. Dicapai pada September 1, 2010.
  9. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-06-03. Dicapai pada 2017-01-06.

Pautan luar sunting