Kejatuhan Saigon merujuk kepada peristiwa penaklukan bandaraya Saigon, ibu negara Vietnam Selatan oleh Tentera Rakyat Vietnam dan Barisan Pembebasan Kebangsaan pada 30 April, 1975. Peristiwa ini menjadi tanda berakhirnya Perang Vietnam dan bermulanya tempoh peralihan yang membawa kepada penyatuan semula Vietnam di bawah pemerintahan Komunis.

Kejatuhan Saigon
Sebahagian daripada Perang Vietnam
TarikhApril 30, 1975
Lokasi
Saigon, Vietnam Selatan (Republik Vietnam)
Keputusan

Kemenangan besar Vietnam Utara
Berakhirnya Perang Vietnam

  • Kerajaan Revolusi Sementara (Viet Cong) memperolehi kuasa nominal ke atas Vietnam Selatan
  • Penghijrahan besar-besaran pelarian
  • Penyatuan semula Vietnam di bawah pemerintahan Komunis
Pihak yang terlibat
Republik Demokratik Vietnam
Barisan Pembebasan Kebangsaan
Republik Vietnam
Komandan dan pemimpin
Văn Tiến Dũng
Trần Văn Trà
Hoàng Cầm
Le Duc Anh
Dinh Duc Thien
Vu Lang
Nguyễn Hữu An
Pham Van Dong
Nguyen Van Toan
Nguyen Hop Doan
Kekuatan
450,000[perlu rujukan] 31,000[perlu rujukan]

Angkatan Vietnam Utara di bawah Jeneral Senior Văn Tiến Dũng memulakan serangan penyudah ke atas Saigon, di bawah pimpinan Jeneral Nguyen Van Toan dengan tembakan artileri berat pada 29 April. Menjelang tengah hari berikutnya, tentera Vietnam Utara telah menduduki titik-titik penting dalam bandar tersebut dan menaikkan bendera di Istana presiden Vietnam Selatan. Bandar ini kemudiannya dinamakan semula "Bandaraya Ho Chi Minh", sempena nama pemimpin komunis Ho Chi Minh. Kejatuhan bandar ini didahului dengan pemindahan hampir kesemua rakyat dan anggota tentera Amerika dari Saigon, bersama-sama dengan puluhan ribu rakyat Vietnam Selatan yang mempunyai hubungan dengan rejim selatan. Pemindahan ini mencapai kemuncaknya dalam Operasi Frequent Wind, yang merupakan pemindahan menggunakan helikopter yang terbesar dalam sejarah.[1] Selain penghijrahan pelarian, berakhirnya perang dan penguatkuasaan undang-undang baru oleh parti komunis telah membawa kepada pengurangan populasi penduduk di bandar tersebut. Pada bulan November 1991, misi perniagaan Jepun mula masuk ke Vietnam secara menggalakkan sejak perjanjian damai Kemboja membuka jalan untuk meleraikan sekatan perdagangan yang dipimpin Amerika Syarikat.[2]

Rujukan sunting

  1. ^ Dunham, George R. and Quinlan, David A. U.S. Marines in Vietnam: The Bitter End, 1973-1975.Muka surat 202. History and Museums Division, Headquarters, U.S. Marine Corps, 1990.
  2. ^ Uqbah Iqbal, Sejarah Ringkas Hubungan Ekonomi Vietnam-Jepun, Munich: BookRix GmbH & Co. KG., 2015.

Pautan Luar sunting