Kejohanan CONCACAF

Kejohanan CONCACAF merupakan sebuah kejohanan bola sepak yang telah diadakan sekitar tahun 1963 sehingga 1989. Kejohanan ini juga dipanggil sebagai CONCACAF Campeonato de Naciones atau Kejohanan NORCECA, singkatan daripada North America, Central America dan Caribean.

Kejohanan CONCACAF
Ditubuhkan18 September 1961[1]
Dibubarkan1971 (format kejohanan), 1989
KawasanAmerika Utara, Amerika Tengah dan Carribean
Juara sebelum Costa Rica
Pasukan paling berjaya Costa Rica
 Mexico
(masing-masing 3 Gelaran)
Laman sesawanghttp://www.concacaf.com

Kejohanan ini kali pertama diadakan pada tahun 1963 dan ia merupakan kejohanan pertama yang telah dianjurkan oleh CONCACAF untuk pasukan kebangsaan. Kejohanan ini umumnya diadanya setiap dua tahun.

Pada tahun 1973, kejohanan ini menjadi pusingan kelayakan ke Piala Dunia FIFA dan disebabkan itu ianya diadakan setiap 4 tahun sekali. Trofi kejohanan ini diberi kepada pasukan yang mendapat mata tertinggi. Pada tahun 1985 dan 1989, kejohanan ini diadakan tanpa tuan rumah.

Kejohanan ini diberhentikan dan diperbaharui dengan Piala Emas CONCACAF yang mula diadakan pada tahun 1991 sehingga sekarang.


Keputusan sunting

Tahun Tuan Rumah Kedudukan Akhir
Juara Naib Juara Tempat Ketiga Tempat Keempat
1963
Butiran
  El Salvador  
Costa Rica
 
El Salvador
 
Antillen Belanda
 
Honduras
1965
Butiran
  Guatemala  
Mexico
 
Guatemala
 
Costa Rica
 
El Salvador
1967
Butiran
  Honduras  
Guatemala
 
Mexico
 
Honduras
 
Trinidad dan Tobago
1969
Butiran
  Costa Rica  
Costa Rica
 
Guatemala
 
Antillen Belanda
 
Mexico
1971
Butiran
  Trinidad dan Tobago  
Mexico
 
Haiti
 
Costa Rica
 
Cuba
Tempoh Kelayakan Piala Dunia
1973
Butiran
  Haiti  
Haiti
 
Trinidad dan Tobago
 
Mexico
 
Honduras
1977
Butiran
  Mexico  
Mexico
 
Haiti
 
El Salvador
 
Kanada
1981
Butiran
  Honduras  
Honduras
 
El Salvador
 
Mexico
 
Kanada
1985
Butiran
CONCACAF (Tiada Tempat Tetap)  
Kanada
 
Honduras
 
Costa Rica
---
1989
Butiran
CONCACAF (Tiada Tempat Tetap)  
Costa Rica
 
Amerika Syarikat
 
Trinidad dan Tobago
 
Guatemala

Pemenang sunting

Pasukan Juara Naib Juara Tempat Ketiga Tempat Keempat
  Mexico 3 (1965, 1971, 1977) 1 (1967) 2 (1973, 1981) 1 (1969)
  Costa Rica 3 (1963, 1969, 1989) 3 (1965, 1971, 1985)
  Guatemala 1 (1967) 2 (1965, 1969) 1 (1989)
  Haiti 1 (1973) 2 (1971, 1977)
  Honduras 1 (1981) 1 (1985) 1 (1967) 2 (1963, 1973)
  Kanada 1 (1985) 2 (1977, 1981)
  El Salvador 2 (1963, 1981) 1 (1977) 1 (1965)
  Trinidad dan Tobago 1 (1973) 1 (1989) 1 (1967)
  Amerika Syarikat 1 (1989)
  Antillen Belanda 2 (1963, 1969)
  Cuba 1 (1971)

Kemunculan sunting

Kemunculan Negara
8   Mexico
8   Guatemala
7   Haiti
6   Costa Rica
6   Honduras
6   Trinidad dan Tobago
6   El Salvador
4   Antillen Belanda
3   Kanada
2   Amerika Syarikat
2   Jamaica
2   Cuba
2   Nicaragua
2   Suriname
1   Panama

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "Costa Rica wins 1963 NORCECA title". CONCACAF.com. 6 April 2012. Dicapai pada 7 April 2012.

Pautan luar sunting