Kekunci tebuk ialah peranti untuk memasukkan data ke dalam kad tebuk. Ia dilakukan dengan menebuk lubang tepat pada lokasi yang ditetapkan oleh kekunci. Sesetengah model kekunci tebuk berupaya mencetak aksara di atas lajur, dengan lubang ditebuk pada lajur di bawah aksara itu. Kekunci tebukseringnya kelihatan seolah-olah meja kecil. Ia mempunyai papan kekunci yang rupanya seolah-olah mesin taip, serta juga dua corong tuang, masing-masing untuk kad kosong dan kad tertebuk. Cebisan yang dihasilkan jatuh pada dirinya ke dalam sebuah kotak chad yang dipanggil kotak cip atau baldi bit oleh IBM.

Kekunci tebukIBM 029
Operator Kekunci tebukyang sedang bekerja di Pentadbiran Keselamatan Sosial Amerika Syarikat pada 1940-an.
Kekunci tebukkendalian tangan yang dikilangkan oleh ICT British (1960-an)

Dalam banyak kemudahan pemprosesan data, kad tebuk dihantar ke mesin kedua, iaitu pentahkik kad, yang rupanya lebih kurang sama dengan kekunci tebuk. Operator pentahkik kad akan memasukkan data yang tepat sama dengan operator kekunci tebuk, dengan kad-kad itu disemak oleh pentahkik agar memastikan bahawa data yang ditebuk oleh kedua-dua operator itu adalah tepat sama. Kad yang ditentusahkan sebagai betul memiliki takuk yang ditebuk pada tepi kanannya. Para operator biasanya merupakan wanita [1] yang bekerja sepenuh masa pada mesin kekunci tebuk dan mesin pentahkik kad.

Sejarah sunting

Peranti pertama yang digunakan oleh Herman Hollerith pada dekad 1890-an untuk menebuk kad mempergunakan pantograf bagi mengaitkan mekanisme tebuk dengan penuding pandu. Operatornya akan menempatkan penuding tersebut pada tanda yang sesuai di dalam matriks 12 x 20 untuk menjajarkan kekunci tebuk insani dengan lubang yang betul pada salah satu daripada 20 lajur. Pada tahun 1901, Hollerith mempatenkan suatu mekanisme yang operatornya menekan salah satu daripada 12 kekunci untuk menebuk lubang, dengan kadnya berpindah ke lajur yang berikut secara automatik.[2] Kekunci tebukJenis 001 generasi pertama ini menggunakan 45 lajur dan lubang bulat.

Pada tahun 1923, CTR (dinamai semula sebagai IBM pada tahun 1924) memperkenalkan kekunci tebuk elektrik yang pertama,[3] sebuah peranti yang rupanya agak sama dengan kekunci tebuk insani. Kekuncinya menutup sentuhan elektrik yang menghidupkan solenoid untuk menebuk lubang. Kemudian pada tahun 1971, IBM memperkenalkan Sistem/370, perakam data kad bertransistor yang memiliki penimbal 80-lajur elektronik untuk menyimpan imej kad. Bagi mata-kekunci tebuk yang lebih awal, kesilapan ketukan kekunci memerlukan langkah-langkah yang berikut:

  • kad dilentingkan dengan menekan kekunci Pelepas dan kekunci Daftar;
  • kesilapan dibetulkan dengan menekan kekunci Duplikasi sehingga lajur yang salah dicapai;
  • menaip data yang betul untuk kad itu; dan
  • menekan kekunci Pelepas lalu memindahkan kad yang rosak secara insani dari penindan kad output ke dalam laci kad.

Dengan menggunakan Model 129, kesilapan ketukan kekunci dapat dihapuskan dengan menekan kekunci undur ruang lalu ditaip semula. Seluruh kad 80-lajur dapat ditebuk secara automatik pada kadar mekanisme apabila kekunci Pelepas ditekan.

Syarikat UNIVAC kemudian mengeluarkan kekunci tebuk tersendiri untuk kad 90-lajurnya serta juga mesin-mesin yang serupa untuk kad 80-lajur IBM. Kekunci tebuk90-lajurnya mempergunakan sistem mekanik yang dibangunkan oleh Remington Rand untuk menyimpan seluruh imej kad serta menebuk semua lubang untuk setiap kad dengan serentak. IBM memperkenalkan keluarga Sistem/3 untuk komputer perniagaan bawahan yang menampilkan format kad tebuk baharu yang lebih kecil, dengan 96 lajur pada dekad 1970-an.

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

Pautan luar sunting