Kelopak (senjata api)

Kelopak atau magazin adalah merupakan alat menyimpan dan menyuap peluru yang digabungkan atau pasang senjata api. Kelopak boleh digabungkan dengan senjata api (tetap) atau dari jenis boleh ditanggalkan. Fungsi kelopak adalah untuk membantu memandu katrij peluru yang tersimpan di dalam kelopak untuk dimasukkan ke dalam alat kerja oleh tindakan yang terhasil dari senjata api.

(kiri ke kanan)
Klip en-bloc 8-butir M1 Garand,
Kelopak 20-butir M14,
20-butir dan 30-butir M16.
Kelopak lut-sinar raifal tempur SIG SG 550.
Sub-komponen kelopak pistol 9x19mm.

Kelopak boleh didapati dalam pelbagai bentuk dan saiz, bermula dengan tindakan bolt pada raifal pantas yang mengandungi beberapa peluru sehingga kepada kelopak mesingan yang boleh menyimpan beberapa ratus butir peluru. Oleh sebab kelopak merupakan bahagian utama dalam kebanyakan senjata api berulang, penggunaan kelopak tertakluk kepada peraturan undang-undang kawalan senjata api yang menghadkan jumlah peluru yang boleh disimpannya.

Rujukan sunting

Pautan luar sunting