Kelulus atau kalulus ialah salah satu jenis perahu dayung yang digunakan di Nusantara Biasanya berukuran kecil dan digerakkan menggunakan dayung. Walau bagaimanapun, untuk pelayaran jauh, perahu ini boleh dilengkapi dengan layar.[1]:261 Perahu ini tidak sama dengan perahu kalulis dari bahagian timur Nusantara.

Sebuah kelulus sebagaimana digambarkan pada La Marina de Oriente (1740).

Etimologi sunting

Nama "lulus" nampaknya berasal dari perkataan Jawa "lulus", yang bermaksud "melalui apa saja". Menurut Hobson-Jobson, terjemahan literalnya adalah "si penyusup".[2]

Deskripsi sunting

Laporan awal mengenai kelulus ialah dari Hikayat Raja-Raja Pasai dari abad ke-14, dimana kelulus dikatakan sebagai salah satu jenis perahu yang digunakan Majapahit. Walaupun tidak dijelaskan dengan baik, kelulus ialah salah satu jenis perahu utama Majapahit setelah jong dan malangbang.[3]

 
Kelulus di Batavia (sekarang Jakarta), 1733.

Dari catatan Portugis, mereka ditulis sebagai calaluz (calaluzes untuk bentuk jamaknya). Portugis melaporkannya sebagai "Suatu jenis perahu dayung cepat yang digunakan di Kepulauan Hindia".[4]:681[5]:557

Pada kira-kira 1500 M, Kesultanan Melaka menentang Siam dengan 200 buah perahu, terdiri daripada lancaran dan kelulus. Selepas Sultan Mahmud Shah dari Melaka digulingkan dari Melaka pada tahun 1511, beliau mengambil alih Bintan. Pada tahun 1519 dan 1520 beliau mempunyai armada yang masing-masing terdiri daripada 60 dan 100 perahu, kedua-duanya terdiri daripada lancaran dan kelulus.[6]:212

Tome Pires pada tahun 1513 melaporkan bahawa pati (duke) dari Jawa mempunyai banyak calaluz untuk menjarah, dan dijelaskan bahawa:

...tetapi mereka tidak sesuai untuk pergi jauh dari daratan. Kelulus ialah perahu khas Jawa. Mereka diukir dalam seribu satu cara, dengan gambaran ular/naga, dan emas; mereka berhiasan. Setiap daripada mereka (para pati) mempunyai banyak dari mereka, dan mereka dicat dengan indah, dan mereka pasti kelihatan baik dan dibuat dalam cara yang sangat elegan, dan mereka ialah untuk raja-raja untuk menghibur diri mereka sendiri, jauh dari orang-orang biasa. Mereka didayung dengan dayung pendek.

... Mereka pergi dengan kereta kuda, dan bila mereka pergi melalui laut mereka pergi dengan calaluz yang dicat, sangat bersih dan berhiasan, dengan banyak sekali kanopi sampai-sampai pendayungnya tidak bisa dilihat oleh tuannya;[7]:200

 
Perahu diraja di Sungai Bengawan Solo, berhampiran Gresik, sekitar 1811–1813.

Pada tahun 1537, kelulus Jawa yang ditemui di Pattani digambarkan mempunyai dua baris dayung: Salah satunya ialah dari dayung pendek, yang lain ialah "seperti galai" (dayung panjang); mereka membawa 100 prajurit, dengan banyak artileri dan senjata api. Gonçalo de Souza, di Coriosidades menulis bahawa mereka mempunyai 27 dayung (54 pendayung?) dan 20 tentera dan bersenjata dengan meriam pusing (falconselhos) pada haluan dan buritan.[8][9]:158

Kamus Sepanyol menulis mereka sebagai "perahu kecil yang digunakan di Hindia Timur".

Ahli sejarah Portugis António Galvão pada 1544 menghasilkan risalah mengenai Maluku, yang menyenaraikan jenis-jenis perahu dari kawasan tersebut, termasuk kalulus. Dia menggambarkan lambungnya seperti berbentuk telur di tengah tetapi melengkung ke atas di kedua-dua hujungnya. Di busur mereka berbentuk seperti leher ular yang tinggi dengan kepala naga dan tanduk rusa.[10]:156-157, 162-163

Kegunaan sunting

Kelulus digunakan sebagai perahu angkut atau perahu perang. Ekspedisi laut Majapahit biasanya melibatkan kelulus, dengan jumlah yang tak terkira banyaknya.[11][3] Para adipati Jawa mempunyai banyak kelulus perang untuk menyerang desa-desa pesisir. Semasa serangan Kesultanan Demak ke portugis di Melaka di tahun 1512–1513, kelulus itu digunakan sebagai pengangkutan angkatan bersenjata untuk mendarat di pantai bersama penjajap dan lancaran, kerana jong Jawa terlalu besar untuk mendekati pantai.[12]

Ratu Kalinyamat dari Jepara menyerang Melaka Portugis pada 1574 dengan 300 kapal, 220 daripadanya adalah kelulus dan selebihnya adalah jong sampai seberat 400 tan burthen. Serangan ini berakhir dengan kegagalan.[13][6]:212

Pada tahun 1600, raja Chiay Masiuro (atau Chiaymasiouro) dari Demak menggunakan calelus dari Blambangan yang telah dilengkapi dengan dayung dan layar, untuk berlayar ke selatan. Selepas 12 hari, beliau tiba di Luca Antara atau Jawa Major, yang dipercayai sebagai Australia. Di sana dia diterima oleh seorang syahbandar, dan tinggal selama beberapa hari. Chiaymasiuro mendapati penduduknya adalah Jawa, tetapi dengan campuran budaya Jawa, Sunda dan Bali. Selepas kembali ke Blambangan, berita tentang pelayaran itu membuat kejutan besar dan ketenaran awam di Jawa.[1]:63

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ a b Mills, J. V. (1930). "Eredia's Description of Malaca, Meridional India, and Cathay". Journal Of The Malayan Branch Of The Royal Asiatic Society. 8.
  2. ^ Yule, Sir Henry (1886). Hobson-Jobson: The Anglo-Indian Dictionary. Wordsworth Editions Ltd. m/s. 143.
  3. ^ a b Nugroho (2011). m/s. 270 dan 286, mengutip Hikayat Raja-Raja Pasai", 3: 98: "Sa-telah itu, maka di-suroh baginda musta'idkan segala kelengkapan dan segala alat senjata peperangan akan mendatangi negeri Pasai itu, sa-kira-kira empat ratus jong yang besar-besar dan lain daripada itu banyak lagi daripada malangbang dan kelulus.". Juga lihat Hill (Juni 1960), m/s. 98 dan 157: Then he directed them to make ready all the equipment and munitions of war needed for an attack on the land of Pasai - about four hundred of the largest junks, and also many barges (malangbang) and galleys.
  4. ^ Pinto, Fernão Mendes (2014). The Travels of Mendes Pinto. Chicago: University of Chicago Press. ISBN 978-0-226-92323-9.
  5. ^ Catz, Rebecca D. (1989). The travels of Mendes Pinto. Chicago: University of Chicago Press.
  6. ^ a b Manguin, Pierre-Yves (1993). 'The Vanishing Jong: Insular Southeast Asian Fleets in Trade and War (Fifteenth to Seventeenth Centuries)', dalam Anthony Reid (ed.), Southeast Asia in the Early Modern Era (Ithaca: Cornell University Press), m/s. 197–213.
  7. ^ Cortesão, Armando (1944). The Suma oriental of Tomé Pires : an account of the East, from the Red Sea to Japan, written in Malacca and India in 1512-1515 ; and, the book of Francisco Rodrigues, rutter of a voyage in the Red Sea, nautical rules, almanack and maps, written and drawn in the East before 1515 volume I. London: The Hakluyt Society. ISBN 9784000085052.   Rencana ini mengandungi teks dari sumber yang berada dalam domain awam.
  8. ^ Coriosidades de Gonçalo de Souza, manuscript in the Biblioteca da Universidade de Coimbra, Ms. 3074, fol. 38vo.
  9. ^ Wade, Geoff (2012). Anthony Reid and the Study of the Southeast Asian Past. Singapore: Institute of Southeast Asian Studies. ISBN 978-981-4311-96-0.
  10. ^ Galvão, António (1971). Jacobs, Hubert Theodorus Thomas Marie (penyunting). A Treatise on the Moluccas (c. 1544), probably the preliminary version of António Galvão's lost Historia das Moluccas. Rome: Jesuit Historical Institute.
  11. ^ Adam (2019). m/s. 128: "Setelah itu maka disuruh baginda musta'ibkan segala kelengkapan dan segala alat senjata peperangan akan mendatangi negeri Pasai itu; sekira-kira empat ratus jong yang besar-besar; dan lain daripada itu banyak lagi daripada melangbang [melambang] dan kelulus."
  12. ^ Winstedt, Sir Richard (1962). A History of Malaya. Marican.
  13. ^ Marsden, William (1783). The History of Sumatra: Containing an Account of the Government, Laws, Customs, and Manners of the Native Inhabitants. London: W. Marsden. m/s. 350–351.

Bacaan lanjut sunting