Kemalangan lombong Copiapó 2010

Pada 5 Ogos 2010, satu kejadian kemalangan lombong berlaku di Copiapó apabila lombong tembaga dan emas San José dekat Copiapó, Chile, runtuh sehingga menyebabkan 33 orang pekerja terkandas di bawah tanah.[1][2]

Kemalangan lombong Copiapó 2010
Usaha penyelamatan di San José de Copiapó pada
5 Ogos 2010
Tarikh 05 Ogos 2010 (2010-08-05) – 13 Oktober 2010 (2010-10-13) (69 days)
Waktu 14:05 CLT (UTC -3)
Lokasi Copiapó, Chile
Kemalangan lombong Copiapó 2010 is located in Bumi
Kemalangan lombong Copiapó 2010
Kemalangan lombong Copiapó 2010 (Bumi)
Satellite image of the San José mine and its surroundings

Para pelombong yang keruntuhan itu bertahan di bawah tanah selama 69 hari.[3] Kesemuanya 33 orang diselamatkan dan dibawa ke atas permukaan pada 13 Oktober 2010, iaitu orang pertama keluar pada jam 00:10 CLDT 13 Oktober 2010, hingga yang terakhir pada jam 21:55 CLDT.

Lombong San José Mine terletak 45 kilometer (28 bt) di utara Copiapó, di Chile utara. Para pelombong keruntuhan kira-kira 700 meter (2,300 ka) dari permukaan tanah dan berada pada jarak 5 kilometer (3 bt) dari pintu masuk, termasuk celah-celah syaf pintu masuk. Lombong ini digeruni kerana sejarah kegoyahannya yang pernah mengakibatkan kemalangan, termasuk seorang yang maut.[4]

Pengambilan pelombong pertama, Florencio Ávalos, bermula pada hari Selasa, 12 Oktober 2010 pada jam 23:55 CLDT, dengan menggukana kapsul penyelamat Fénix yang mencapai permukaan 16 minit kemudian.[5][6] Pada 21:55 CLDT 13 Oktober 2010, kesemua 33 pelombong berjaya diselamatkan dalam keadaan sihat, kecuali seorang yang menghidap pneumonia, dan lain-lain yang mengalami jangkitan gigi dan masalah kornea.[7]

Gambar sunting

Koordinat: 27°9′36.73″S 70°29′48.4″W / 27.1602028°S 70.496778°W / -27.1602028; -70.496778

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Navarrete, Camila (6 Ogos 2010). "Se confirman las identidades de mineros atrapados en mina San José en Región de Atacama" (dalam bahasa Sepanyol). Radio Bío Bío. Dicapai pada 12 Oktober 2010.
  2. ^ "Onemi confirma a 33 mineros atrapados en yacimiento en Atacama" (dalam bahasa Sepanyol). La Tercera. 6 Ogos 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-01-02. Dicapai pada 12 Oktober 2010.
  3. ^ Illiano, Cesar (9 Oktober 2010). "Rescue near for Chile miners trapped for 2 months". Reuters AlertNet. Dicapai pada 11 Oktober 2010.
  4. ^ Haroon Siddique (23 Ogos 2010). "Chilean miners found alive – but rescue will take four months". The Guardian. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-03-02. Dicapai pada 23 Ogos 2010.
  5. ^ "First of 33 trapped miners reaches surface". CNN. 12 Oktober 2010. Dicapai pada 12 Oktober 2010.
  6. ^ "Chile Miners Rescue: Live". Telegraph. 12 October 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-10-13. Dicapai pada 12 October 2010.
  7. ^ Chile Mine Rescue Live BBC News, 13 Oktober 2010

Pautan luar sunting


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.