Kemanusiaan[1] merupakan ilmu akademik yang mengkaji unsur-unsur manusiawi menggunakan kaedah analisis, kritis dan spekulasi dan bukan empirik sains semula jadi. Bidang kemanusiaan termasuklah kajian bahasa, kesusasteraan, sejarah, falsafah, agama, seni visual, seni pentas (termasuk muzik). Bidang antropologi, kajian kawasan, komunikasi, kajian budaya dikatakan bidang sains sosial yang bertindih dengan ilmu kemanusiaan.

Bidang lain termasuklah teologi, undang-undang, psikologi, filologi, retorik dan sebagainya.

Bidang sunting

 
Homer, seorang ahli klasik Yunani

Klasik sunting

Dalam tradisi akademik Barat, kajian klasik merujuk kepada kajian budaya tamadun Yunani purba dan Rom purba. Klasik pernah merupakan bidang utama dalam kemanusiaan, tetapi tidak lagi dianggap begitu penting menjelang abad ke-20. Pengaruh falsafah dan kesusasteraan dalam kemanusiaan masih mendalam.

Dari segi pandangan dunia, kajian klasik merujuk kepada karya asas budaya tamadun utama di dunia. Contohnya, kajian Kitab Veda, Upanishad dari Tamadun India, karya Laozi dan Zhuangzi dari Tamadun China, Kod Hammurabi dan Epik Gilgamesh dari Tamadun Mesopotamia, serta Buku Mati Mesir.

 
Gambaran perpustakaan Iskandariah.

Sejarah sunting

Rencana utama: Sejarah

Sejarah merupakan maklumat peristiwa masa silam yang dikumpulkan secara sistematik. Kajian sejarah pula merujuk kepada catatan manusia, keluarga dan masyarakat. Pengetahuan sejarah merangkumi pengetahuan tentang peristiwa masa silam, dan kemahiran berfikir sejarah.

Kebelakangan ini, sejarah sering dikelaskan sebagai sains sosial, asing daripada kemanusiaan.

 
Buku lama di perpustakaan Merton College, England

Bahasa dan kesusasteraan sunting

Rencana utama: Bahasa dan kesusasteraan

Bahasa dan kesusasteraan merupakan tulang belakang kajian kemanusiaan moden. (Linguistik dikelaskan sebagai sains sosial) Kesusasteraan merupakan kegunaan bahasa dalam pelbagai bentuk, termasuk prosa (seperti novel), puisi dan drama. Kajian sesuatu bahasa dalam peringkat pengajian tinggi biasanya meliputi kajian karya kesusasteraan yang penting dalam bahsa itu, di samping aspek bahasa itu (seperti tatabahasa, perbendaharaan kata).

 
Gambaran seorang dewa Mesopotamia menyampaikan kod undang-undang kepada Hammurabi

Undang-undang sunting

Rencana utama: Undang-undang

Undang-undang merupakan sesuatu peraturan yang dikuatkuasakan melalui insitusi tertentu. Kajian undang-undang merupakan petembungan antara sains sosial dan kemanusiaan, mengikut penyelidikan terhadap objektif dan kesan kajian itu. Undang-undang tidak semestinya dikuatkuasakan, terutamanya dalam konteks hubungan antarabangsa.

Takrifannya berbeza-beza, "sistem peraturan", "konsep tafsiran" untuk mencapai keadilan, "kuasa" untuk menjaga kepentingan orang ramai, ataupun "kekuasaan daulat, disokong oleh ancaman atau ugutan hukuman".[2] Sebenarnya, undang-undang merangkumi pelbagai perkara: politik, kerana ia digubal oleh ahli politik; falsafah, kerana dibentuk daripada pengaruh moral dan etika; sejarah, kerana statut, undang-undang kes dan pengekodan direkod mengikut masa; ilmu ekonomi; kerana peraturan kontrak, tort, undang-undang harta, undang-undang buruh dan undang-undang syarikat mempengaruhi pengagihan kekayaan.

 
Konsert di Mozartuem, Salzburg.

Seni pentas sunting

Seni pentas atau seni lakon adalah berbeza daripada seni visual, kerana seni pentas melibatkan seniman yang menggunakan mukanya, tubuh badannya atau kehadirannya sebagai medium persembahan. Contoh seni pentas termasuk akrobatik, komedi, tarian, silap mata, muzik, opera, filem atau wayang, seni kawad dan teater.

Ahli seni, atau artis yang terlibat dalam seni ini termasuk pelakon, ahli komedi, penari, pemuzik dan penyanyi. Seni pentas juga memerlukan bidang lain yang berkenaan, seperti penggubahan lagu dan kraf pentas. Artis juga mengubah rupa mereka melalui kostum, persolekan pentas dan lain-lain.

 
Ibn Rushd, seorang ahli falsafah Andalusia-Arab yang dianggap sebagai bapa sekularisme di Eropah Barat.

Falsafah sunting

Rencana utama: Falsafah

Falsafah berasal daripada minat para cendekiawan Yunani purba terhadap kebijaksanaan. Falsafah mempersoalkan hidup, kewujudan dan penaakulan. Ia merupakan antara kajian terlama di dunia, dan bercabang kepada kajian lain, iaitu fizik dan abad ke-16, dan psikologi pada abad ke-19.

Agama sunting

Rencana utama: Agama dan teologi

Agama dan kepercayaan dipercayai wujud sejak Zaman Neolitik. Pada masa itu, penduduk memuja dewa-dewi serta benda-benda alngit seperti matahari dan bulan. Pada abad ke-6 SM, agama baru telah wujud di Timur dan Barat, iaitu agama Hindu dan Buddha di India, agama Majusi di Parsi, Taoisme dan Confucianisme di China, serta tradisi falsafah Yunani purba yang berasal daripada karya PLato dan Aristotle.

Tiga agama monoteistik utama, agama Yahudi, Kristian dan Islam berasal daripada Abraham (1900 SM). Hidup Abraham diceritakan dalam kitab Torah/Perjanjian Lama dalam Bible serta kitab al-Quran.

 
Catan ternama, Mona Lisa.

Seni visual sunting

Rencana utama: Seni visual

Lukisan merupakan penghasilan sesuatu imej, dengan menggunakan pelbagai alat dan teknik. Alat termasuklah pensel, dakwat dan pen, berus, pensel warna, krayon, arang, pastel dan pen penanda, manakala teknik merangkumi lukisan garisan, lorekan cakaran, adunan dan lain-lain.

Catan pula merujuk kepada penggunaan pigmen untuk menghasilkan imej di atas satu permukaan, iaitu kertas, kanvas atau dinding. Catan memerlukan warna.

Sejarah kemanusiaan sunting

Kemanusiaan bermula di Yunani purba, sebagai pendidikan asas bagi warganegara. Pada zaman Empayar Rom pula, munculnya konsep tujuh sastera liberal, iaitu tatabahasa, retorik, logik, aritmetik, geometri, astronomia (astronomi dan astrologi) dan muzik.

Pada Zaman Pembaharuan, bidang kemanusiaan mula dikenali sebagai bidang yang dikaji, dan bukan dipraktikkan, dan fokus masyarakat berubah dari bidang tradisional ke bidang baru seperti sejarah dan kesusasteraan. Pada abad ke-20, ilmu kemanusiaan dcabar oleh gerakan postmodenisme, yang cuba mengubah prinsip-prinsip kemanusiaan supaya menjamin persamaan taraf antara manusia yang sesuai untuk masyarakat demokratik.

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Terjemahan Karyanet daripada "Humanities"
  2. ^ http://en.wikipedia.org/wiki/Humanities#Law

Pautan luar sunting