Kemelut politik Malaysia 2020–2022

peristiwa di Malaysia

Kemelut politik Malaysia 2020–2022 atau Langkah Sheraton ialah kemelut politik Malaysia yang sudah berlaku. Kemelut ini membawa kepada peletakan jawatan Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri ke-7 dan pelantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri ke-8. Peristiwa ini memperlihatkan penyingkiran kerajaan gabungan Pakatan Harapan selepas berkuasa selama 22 bulan berikutan kemenangan mereka pada pilihan raya umum 2018. Pada tahun 2021, Kemelut politik ini juga membawa kepada peletakan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri yang ke-8 pada tarikh keramat 16 Ogos 2021. Kemelut politik ini telah berjaya diberhentikan selepas Pilihan raya umum Malaysia 2022 dan menyaksikan kemenangan Pakatan Harapan sebagai kerusi terbanyak iaitu 82 kerusi disokong kerusi Gabungan Parti Sarawak dan Gabungan Rakyat Sabah sebagai pemenang kerusi terbanyak di kawasan Borneo dan juga Barisan Nasional. Kemelut politik ini diakhiri dengan istiadat angkat sumpah oleh Dato Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10.

Kemelut politik Malaysia 2020–2022
Tarikh21 Februari 2020  – 24 November 2022
Motif
  • Kebuntuan Kerajaan [1]
Hadirin
HasilTahun 2020 :


Tahun 2021 :


Tahun 2022
(Tahun berakhir kemelut) :

  • Pembubaran semula parlimen Malaysia pada Oktober tahun 2022, dan pengumuman Pilihan raya umum Malaysia 2022.
  • Pakatan Harapan menjadi parti gabungan politik yang mempunyai kerusi terbanyak dengan 82 kerusi dimenangi pada Pilihan raya umum Malaysia 2022. Gabungan tersebut turut disokong oleh GPS dan GRS sebagai kerusi terbanyak di kawasan Borneo.
  • Seluruh rakyat Malaysia menyaksikan istiadat angkat sumpah Dato Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke-10 secara rasmi pada 24 November 2022.
  • YDPA mengisytiharkan kemelut politik Malaysia berakhir pada tahun ini (2022) dengan perlantikan Dato Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke-10.

Kemelut ini bermula apabila beberapa parti politik bergabung dan cuba membentuk kerajaan baru dengan mendakwa majoriti kerusi di Dewan Rakyat, peringkat rendah Parlimen Malaysia, tanpa melalui pilihan raya. Ia dicapai melalui penarikan diri Parti Pribumi Bersatu Malaysia atau BERSATU dari gabungan Pakatan Harapan dan melalui sokongan beberapa ahli parlimen dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang meninggalkan parti itu. Akibatnya, perdana menteri Mahathir Mohamad meletak jawatan.

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah, kemudian bertemu dengan semua Ahli Parlimen dan pemimpin parti politik untuk mendapat sokongan mereka terhadap Perdana Menteri yang baharu. Baginda akhirnya melantik Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin, sebagai Perdana Menteri. Tan Sri Muhyiddin mengumumkan bahawa kerajaan gabungannya akan dikenali sebagai Kerajaan Perikatan Nasional.

Tiga negeri, Johor, Melaka dan Perak juga mengalami perubahan dalam kerajaan negeri kerana Perikatan Nasional memperoleh majoriti dalam masing-masing Dewan Negeri Johor, Dewan Undangan Negeri Melaka dan Dewan Undangan Negeri Perak.

Latar belakang dan pemimpin utama sunting

Pakatan Harapan, sebuah gabungan empat parti politik; Parti Keadilan Rakyat (PKR), Bersatu, Amanah, dan Parti Tindakan Demokratik (DAP), memenangi pilihan raya umum ke-14, mengalahkan penyandang terdahulu, Barisan Nasional, yang telah memegang kuasa di kerajaan persekutuan untuk 60 tahun.[4][5] Mahathir Mohamad, pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dan Pengerusi Pakatan Harapan, telah dipilih sebagai Perdana Menteri Malaysia ketujuh, menjadikan beliau Perdana Menteri tertua di dunia.[6] Beliau sebelum ini pernah menjadi Perdana Menteri keempat dari tahun 1981 sehingga tahun 2003, di bawah nama UMNO, komponen parti Barisan Nasional.[7] Beliau meninggalkan parti tersebut dan mengasaskan PPBM untuk menentang Perdana Menteri keenam, Najib Razak, yang telah disuruh meletak jawatan berulang kali selepas skandal 1MDB.[8]

Mahathir berdamai dengan bekas musuh besar politiknya, Anwar Ibrahim yang merupakan pemimpin PKR, untuk memenangi pilihan raya. Anwar sebelum ini ialah Timbalan Perdana Menteri di bawah kerajaan Mahathir dari tahun 1993 hingga 1998 sebelum beliau dipecat dan dipenjara dari tahun 1998 hingga 2004 atas tuduhan rasuah. Beliau sekali lagi ditahan pada tahun 2014 atas tuduhan liwat sebelum menerima pengampunan diraja pada tahun 2018 dari Yang di-Pertuan Agong ke-15, Sultan Muhammad V.[9][10] Mahathir telah berjanji untuk menyerahkan kuasa kepada Anwar dalam masa 2 tahun.[10]

Azmin Ali ialah timbalan presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), sebelum ini telah berkhidmat sebagai setiausaha peribadi Anwar dari tahun 1993 sehingga tahun 1998,[11] dan merupakan anak angkat Mahathir.[12] Beliau meninggalkan Parti Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) kerana memihak kepada PKR (dipanggil Keadilan) selepas pemenjaraan pertama Anwar.[11] Beliau menjadi Menteri Besar Selangor apabila beliau dipilih oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin kerana memihak kepada isteri Anwar, Wan Azizah Wan Ismail semasa kontroversi gerakan politik yang dipanggil "Langkah Kajang".[13] Beliau berdamai dengan Mahathir selepas pilihan raya umum 2018, melepaskan jawatan beliau sebagai Menteri Besar untuk menyertai kabinet Mahathir sebagai Menteri Hal Ehwal Ekonomi.[14]

Muhyiddin Yassin ialah presiden dan salah seorang pengasas parti PPBM. Beliau pernah menjadi timbalan presiden UMNO dan merupakan bekas Timbalan Perdana Menteri dari tahun 2009 sehingga tahun 2015 di bawah pentadbiran Perdana Menteri ke-6, Najib Razak.[15][16] Beliau telah dibuang dari jawatannya selepas beliau mengkritik Najib berikutan penglibatannya dalam skandal 1MDB dan telah dipecat dari parti pada 2016.[16][17]

Yang di-Pertuan Agong, ketua negara Malaysia ialah raja berperlembagaan Malaysia dan kedudukan baginda berulang antara sembilan penguasa Melayu setiap lima tahun.[18] Baginda mempunyai pregogatif untuk melantik perdana menteri berdasarkan kepada kepercayaan baginda untuk memegang sokongan majoriti rakan-rakannya, anggota parlimen Malaysia, sebagai perdana menteri, mengikut Perkara 43 Perlembagaan Malaysia.[19] Yang di-Pertuan Agong ke-16 dan terkini, ialah Sultan Abdullah yang menaiki takhta pada Januari 2019.[20]

Kronologi sunting

Pemilihan KEADILAN sunting

Semasa pemilihan Parti Keadilan Rakyat telah berlaku bibit-bibit perpecahan dalam parti PKR. Terdapat dakwaan bahawa ada dua kumpulan iaitu kumpulan Geng Kartel Azmin dan kumpulan Rafizi Ramli.

21 Februari sunting

Satu mesyuarat diadakan oleh majlis presiden parti politik gabungan Pakatan Harapan. Mesyuarat tersebut dikatakan untuk membincangkan isu penyerahan kuasa daripada Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia ke-7 dan pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia kepada Anwar Ibrahim, presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dilabelkan sebagai "Perdana Menteri dalam masa menunggu".[21][22] Mahathir pada awalnya menyatakan bahawa beliau akan meletak jawatan sebagai Perdana Menteri selepas APEC Malaysia 2020.[23]

23 Februari sunting

Pada pagi 23 Februari 2020, beberapa parti politik mengadakan mesyuarat luar biasa; PPBM di ibu pejabatnya di Menara Yayasan Selangor di Petaling, PAS dan UMNO di Janda Baik, Pahang, dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) di Kuala Lumpur.[24] Azmin Ali, timbalan presiden PKR dan Menteri Hal Ehwal Ekonomi juga mengadakan mesyuarat dengan beberapa penggubal undang-undang dari parti dan dua puluh yang lain di Hotel Sheraton, Petaling, di tengah-tengah khabar angin pembentukan sebuah kerajaan campuran ​​yang baharu di Parlimen Malaysia.[25] Pertemuan tersebut dikenali sebagai Langkah Sheraton di media sosial secara meluas.[26][27][28]

Azmin dan sekutu PKR beliau pergi ke Istana Negara pada petang untuk meminta menghadap Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah. Pemimpin dari parti politik lain: Muhyiddin Yassin (PPBM) yang juga Menteri Dalam Negeri, Ahmad Zahid Hamidi (UMNO), Abang Johari Tun Openg (GPS), Shafie Apdal (Warisan) dan Hadi Awang (PAS) turut hadir.[29] Terdapat spekulasi bahawa para pemimpin berada di sana untuk memberi penjelasan kepada Yang di-Pertuan Agong mengenai perkembangan politik baru-baru ini; pembentukan kerajaan campuran baharu dan untuk mengisytiharkan sokongan mereka kepada perdana menteri baru, dengan berkesan menghalang presiden PKR Anwar Ibrahim daripada kedudukannya.[30][31] Selepas pertemuan, beberapa pemimpin parti pembangkang, termasuk Ismail Sabri Yaakob dari UMNO dan Hadi Awang (PAS), kemudian menyertai penyokong Azmin di Hotel Sheraton.[32]

Dalam satu siaran langsung di Facebook satu sesi solat di kediaman Anwar, beliau berkata bahawa beliau dimaklumkan bahawa "pengkhianatan" telah dilakukan melibatkan "bekas sahabat dari Bersatu dan sekumpulan kecil dari PKR".[33]

24 Februari sunting

Pada pagi 24 Februari, Anwar Ibrahim, Timbalan Perdana Menteri, Wan Azizah Wan Ismail, yang juga isteri Anwar, presiden Amanah, Mat Sabu dan setiausaha agung Parti Tindakan Demokratik, Lim Guan Eng, pergi ke kediaman Mahathir untuk mengadakan pertemuan bagi mendapatkan penjelasan mengenai kejadian hari sebelumnya.[34] Anwar kemudian menyatakan bahawa beliau berpuas hati dengan hasil mesyuarat itu, seperti yang dijelaskan oleh Mahathir bahawa beliau tidak ada kaitan dengan pakatan itu untuk membuat kerajaan campuran baharu.[35]

PKR membuat sidang media pada tengah hari di mana setiausaha agung parti, Saifuddin Nasution Ismail mengumumkan bahawa Azmin dan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin yang juga naib presiden PKR telah dipecat dari parti.[36] Saifuddin menerangkan bahawa mereka berdua dihalau berikutan tindakan mereka pada hari Ahad, 23 Februari menyalahi prinsip parti berkaitan kedudukan perdana menteri.[37] Azmin kemudian mengumumkan bahawa beliau akan membentuk blok bebas di parlimen bersama dengan Zuraida dan sembilan anggota parlimen lain yang memutuskan untuk keluar parti berikutan pengusirannya.[38]

Pada tengah hari 24 Februari, pejabat Perdana menteri mengesahkan bahawa Mahathir telah menghantar surat perletakan jawatan beliau kepada Yang di-Pertuan Agong. Sejam setengah kemudian, Mahathir mengumumkan perletakab jawatannya sebagai pengerusi PPBM.[39] Berikutan perletakan jawatan beliau, Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah menerima perletakan jawatan Mahathir dan melantik beliau sebagai perdana menteri sementara sehingga seorang perdana menteri baharu dipilih.[40] Kabinet Malaysia telah dibubarkan, berdasarkan Perkara 43(5) Perlembagaan Malaysia bahawa Yang di-Pertuan Agong mempunyai prerogatif untuk membatalkan pelantikan menteri.[41][42] Pakatan Harapan kehilangan majoriti di Parlimen, selepas PPBM dan orang PKR Azmin Ali meninggalkan gabungan tersebut.

Seorang wakil istana kemudiannya memberitahu bahawa Yang di-Pertuan Agong akan menemu bual 221 Ahli Parlimen kecuali Mahathir untuk mendapat sokongan mereka terhadap calon Perdana Menteri.[43] Sesi temu bual telah diadakan pada 25 dan 26 Februari, dengan 90 Ahli Parlimen pada hari pertama dan selebihnya 131 Ahli Parlimen pada hari kedua.[44]

Ahli PPBM menolak perletakan jawatan Mahathir sebagai pengerusi parti dan menjanjikan sokongan mereka di belakangnya untuk menjadi perdana menteri Malaysia. Setiausaha agung parti, Marzuki Yahya mengatakan bahawa ahli-ahli majlis tertinggi PPBM telah sebulat suara menyokong Mahathir.[45]

25 Februari sunting

Pada 25 Februari, berikutan sesi temu bual pertama dengan Agong, UMNO dan PAS telah menarik balik sokongan mereka kepada DMahathir untuk terus menjadi perdana menteri. Annuar Musa, Setiausaha Agung UMNO, berkata asas rundingan dengan Mahathir ialah UMNO dan PAS akan memberikan sokongan mereka untuk membentuk gabungan alternatif tanpa DAP. Sebaliknya, kedua-dua UMNO dan PAS mengisytiharkan sokongan untuk pilihan raya.[46] Laporan mencadangkan bahawa Mahathir sedang menubuhkan "kerajaan perpaduan" dengan syarat kedua-dua pihak tidak boleh bersetuju.[47]

26 Februari sunting

Perdana Menteri sementara Mahathir mula bersuara pada tengah hari 26 Februari berikutan situasi politik negara. Beliau memulakan ucapannya dengan memohon maaf kepada rakyat Malaysia atas kebuntuan negara sebelum mengesahkan spekulasi bahawa beliau mahu membentuk kerajaan perpaduan, mengatakan bahawa pentadbiran baru akan memberi tumpuan kepada kepentingan negara dan bukannya parti politik. Mahathir tidak menyebut nama Anwar Ibrahim atau perjanjian untuk melepaskan baton kepimpinan kepada Anwar seperti dijanjikan pada mesyuarat pada 21 Februari. Sebaliknya, Mahathir berkata keputusannya bergantung kepada Dewan Rakyat.[48]

Parti Pakatan Harapan; DAP, PKR dan Amanah, menjemput Mahathir untuk ke satu mesyuarat untuk mengembalikan semula kerajaan terdahulu Harapan pada malam 25 Februari tetapi Mahathir tidak menghadiri mesyuarat berikut. Oleh itu, mesyuarat tersebut akhirnya sebulat suara mencalonkan presiden PKR Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri walaupun sebelum ini memberitahu sokongan mereka terhadap Mahathir, yang telah diumumkan pada 26 Februari berikutan ucapan Perdana Menteri sementara di televisyen.[49][50]

27 Februari sunting

Pada pagi 27 Februari, Mahathir sekali lagi ke istana untuk menghadap Agong. Tujuan pertemuan tidak diketahui walaupun banyak spekulasi mengatakan Mahathir berbincang tentang pembentukan kabinet baharu.[51] Pada tengah hari, Setiausaha Agung PPBM, Marzuki Yahya, mengesahkan bahawa Mahathir telah menarik balik perletakan jawatannya sebagai pengerusi PPBM.[52] Dalam satu sidang media yang tidak berkaitan pada petang 27 Februari, Mahathir mendedahkan bahawa Agong "tidak dapat mencari sesiapa yang mempunyai majoriti berbeza" untuk dipilih sebagai Perdana Menteri dan sidang khas parlimen akan diadakan pada 2 Mac untuk menangani masalah ini. Jika semua gagal, beliau memberi petunjuk bahawa akan ada pilihan raya awal.[53]

28 Februari sunting

Satu mesyuarat Majlis Raja-Raja telah diadakan pada pagi 28 Februari di Istana Negara untuk membincangkan perubahan politik di negara, dengan penguasa negeri atau putera mahkota mereka hadir.[54] Kesemua mereka disertai oleh Jeneral Affendi Buang, Panglima Angkatan Tentera dan Abdul Hamid Bador, Inspektor-Jeneral Polis.

Speaker Dewan Rakyat, Mohamad Ariff Md Yusof menyangkal pengumuman Mahathir berikutan sidang khas parlimen. Ariff berkata bahawa beliau telah menerima surat daripada Mahathir menyatakan kerajaan bersetuju untuk mengadakan sidang khas pada 2 Mac namun pengumuman ini tidak mematuhi Peraturan Mesyuarat 11(3).[55] Pada waktu petang, wakil istana mengeluarkan kenyataan yang mengatakan bahawa Yang di-Pertuan Agong akan memanggil para pemimpin parti politik yang mempunyai anggota parlimen untuk menghadap baginda, untuk membolehkan mereka menamakan calon mereka untuk kedudukan Perdana Menteri untuk menyelesaikan kebuntuan. Selain itu, Agong juga tidak dapat menemui seorang calon yang mempunyai keyakinan majoriti Ahli Parlimen untuk membentuk kerajaan baru.[56] PPBM kemudian mengeluarkan kenyataan mengumumkan sokongan mereka kepada presiden parti itu, Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri ke-8. Beliau disokong oleh 26 ahli PPBM dan 10 yang lain.[57]

PPBM kemudiannya mengeluarkan kenyataan mengumumkan sokongan mereka terhadap presiden parti, Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri ke-8, disokong 26 ahli parlimen PPBM dan 10 orang lain dipimpin Azmin.[58] Lebih 60 ahli parlimen dari UMNO, PAS, Persatuan Cina Malaysia (MCA) dan Kongres India Malaysia (MIC) juga mengumumkan sokongan mereka kepada Muhyiddin.[59] Pembantu Muhyiddin Yassin juga mengesahkan Azmin Ali dan 10 bekas ahli parlimen PKR secara rasmi menyertai PPBM.[60]

Walau bagaimanapun, ahli Majlis Tertinggi Bersatu, Abdul Kadir Jasin mendakwa beliau tidak pernah dijemput untuk perbincangan atau dimaklumkan tentang pencalonan Muhyiddin.[61]

Peguam Negara Tommy Thomas menghantar surat perletakan jawatannya kepada Perdana Menteri Mahathir, namun tiada sebab diberikan.[62] Perkara ini terjadi apabila beliau dikritik hebat mengenai keputusannya tidak meneruskan kes terhadap dua belas individu termasuk dua ahli parlimen negara yang dituduh mempunyai hubungan dengan Harimau Pembebasan Tamil Eelam atau LTTE, yang telah disenaraikan sebagai organisasi pengganas di Malaysia.[63]

29 Februari sunting

Ketua Pemuda PPBM, Syed Saddiq mengisytiharkan bahawa beliau tidak akan bekerjasama dengan mereka yang terlibat dalam rasuah untuk membentuk kerajaan, merujuk kepada UMNO. Angkatan Bersatu Anak Muda PPBM juga menyiarkan satu kenyataan yang mengatakan bahawa parti itu akan terus menyokong keputusan Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU dalam mesyuarat 24 Februari untuk menyokong Mahathir sebagai Perdana Menteri, meramalkan perpecahan dalam PPBM berikutan pencalonan Mahathir dan Muhiyddin.[64]

Pada pagi 29 Februari, Majlis Presiden Pakatan Harapan telah mengadakan mesyuarat untuk membincangkan situasi politik negara kini. Selepas mesyuarat tamat, mereka kemudiannya mengumumkan sokongan terhadap Mahathir sebagai calon Perdana Menteri ke-8 sekali gus mengetepikan pendirian gabungan yang menyokong presiden PKR, Anwar Ibrahim sebagai calon perdana menteri.[65] Berikutan pengumuman tersebut, Mahathir menyatakan keyakinan bahawa beliau mempunyai sokongan majoriti untuk membentuk kerajaan dan boleh dilantik sebagai perdana menteri untuk kali ketiga setelah menerima perkenan oleh Yang di-Pertuan Agong.[66] Sementara itu, Muhyiddin Yassin dari PPBM dan sekutu-sekutunya telah menghadap Agong.[67] Beliau juga mengumumkan bahawa gabungannya terdiri daripada PPPBM, UMNO, PAS, GPS dan STAR. Gabungan ini akan dipanggil Perikatan Nasional.[68] Gabungan baharu tersebut mendakwa mereka mempunyai majoriti sokongan untuk memilih seorang Perdana Menteri dan untuk membentuk sebuah kerajaan. Mereka juga berkata bahawa gabungan ini merupakan blok politik terbesar negara.[69]

Manakala di Sarawak, pengerusi Parti Tindakan Demokratik (DAP), Chong Chieng Jen berkata bahawa mereka sanggup membuat konsesi dan bekerjasama dengan kerajaan negeri GPS. Tujuan utamanya adalah untuk memelihara kerajaan persekutuan PH.[70] PKR mengumumkan bahawa ahli Parlimen GPS, Richard Riot Jaem telah membantah untuk menyertai parti itu.[71]

Pada sebelah petang, Istana Negara mengeluarkan kenyataan bahawa, Ahli Parlimen Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menerima sokongan tertinggi daripada Ahli Parlimen dan dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-8 oleh Yang di-Pertuan Agong. Beliau akan mengangkat sumpah pada pagi 1 Mac di istana.[72]

Pada lewat malam, Mahathir mengeluarkan senarai 114 Ahli Parlimen yang menyokong beliau dan berharap Agong akan menerimanya. Antara ahli parlimen tersebut ialah Mahathir, anak beliau Mukhriz Mahathir dan 4 ahli parlimen PPBM, ahli Warisan, Jeffrey Kitingan daripada STAR, Maximus Ongkili dari GBS, Baru Bian dan Jonathan Yasin yang sebelum ini dalam blok Azmin. Namun, senarai itu dipertikaikan kerana sesetengah ahli parlimen telah menafikan menyokong Mahathir dan ada yang tidak tentu mengenai kesetiaan mereka.[73] Tambahan pula, Shamrahayu Abd Aziz, seorang akademik dan juga seorang pakar perlembagaan menyatakan mana-mana akuan bersumpah ditandatangani selepas pengumuman Agong tidak akan membuat sebarang perubahan, dan cara perundangan untuk mencabar pelantikan Muhyiddin ialah melalui usulan undi tidak percaya di Dewan Rakyat.[74]

1 Mac sunting

Beberapa minit sebelum upacara angkat sumpah Muhyiddin, Mahathir telah mengadakan sidang media dan mendakwa Istana Negara telah menolak permintaan beliau untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong bagi membuktikan sokongan majoriti Pakatan Harapan di Dewan Rakyat.[75] Beliau meluahkan kekecewaan beliau bahawa Muhyiddin telah mengkhianati beliau kerana memulakan kerajaan tanpa Pakatan Harapan. Mahathir juga mendedahkan kekeliruan mengenai status Pengerusi BERSATU apabila Muhyiddin melantik diri sendiri sebagai pengerusi, di mana Mahathir mendakwa ianya tidak sah.[76]

Muhyiddin Yassin telah mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-8 di hadapan Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara pada pagi 1 Mac 2020.[77]

Naib Presiden PKR Tian Chua telah diganggu dan diserang oleh penyokong PKR ketika meninggalkan ibu pejabat parti pada sebelah petang kerana beliau dikaitkan dengan bekas timbalan presiden parti, Azmin Ali. Manakala, bekas timbalan ketua Pemuda PKR, Dr Afif Bahardin telah diserang oleh penyokong PKR. Kedua-duanya dituduh sebagai "pengkhianat". Polis kemudian mendedahkan bahawa satu tangkapan telah dibuat berhubung dengan insiden yang melibatkan Chua. Sekurang-kurangnya dua laporan telah dibuat.[78]

2 Mac sunting

Pada pagi 2 Mac, Muhyiddin telah ke bangunan Perdana Putra, yang merupakan pejabat perdana menteri, untuk memulakan tugas rasmi beliau sebagai Perdana Menteri kelapan. Muhyiddin mengadakan pertemuan dengan Ketua Setiausaha Negara Mohd Zuki Ali, Jeneral Affendi Buang, Panglima Angkatan Tentera, dan Abdul Hamid Bador, Ketua Polis Negara.[79]

Pada waktu malam, Muhyiddin memberi ucapan kepada negara melalui mesej di televisyen yang merupakan ucapan pertama beliau sebagai perdana menteri. Dalam ucapannya, beliau memberitahu negara bahawa beliau tidak mempunyai niat awal untuk menjadi perdana menteri tetapi kerana kegawatan politik di negara ini, beliau terpaksa mendirikan diri untuk mengelakkan kemelut berpanjangan. Beliau juga yakin bahawa beliau hanya akan memilih individu yang bersih, berbudi luhur dan berkaliber tinggi dalam kabinetnya. Sebelum menamatkan mesejnya, beliau mengucapkan terima kasih kepada bekas perdana menteri Mahathir atas perkhidmatannya kepada negara.[80]

4 Mac sunting

Speaker Dewan Rakyat, Mohamad Ariff Md Yusof mengumumkan bahawa sidang Dewan Rakyat yang dijadualkan pada 9 Mac telah ditangguhkan atas permintaan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.[81] Ahli Parlimen PKR Wong Chen menganggap tindakan perdana menteri sedemikian untuk menangguhkan pembukaan parlimen sebagai tanda kelemahan.[82]

22 September sunting

Pada 22 September 2020, Datuk Seri Anwar Ibrahim merangkap Presiden PKR mengumumkan pada satu sidang media di Le Meridian Hotel, Kuala Lumpur. Dalam pengumuman tersebut, beliau menyatakan bahawa beliau sudah mempunyai cukup sokongan untuk menubuhkan kerajaan persekutuan di dalam misi mengembalikan semula mandat rakyat.[83] Beliau juga menyatakan mendapat sokongan yang kukuh dan menyakinkan daripada Ahli-Ahli Parlimen untuk dipersembahkan kepada Duli Yang Maha Mulia Yang Dipertuan Agong. Sokongan dan majoriti kali ini lebih kepada melayu dan beragama Islam. Namun begitu, pertemuan tersebut terpaksa ditangguhkan kerana Baginda pada ketika itu sedang menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN).[84]

Impak sunting

Peringkat negeri sunting

Selangor sunting

Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin pada pagi 25 Februari 2020. Beliau disertai pengerusi Amanah Selangor, Izham Hashim dan pengerusi DAP Selangor, Gobind Singh Deo.[85] Amirudin ialah seorang ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan terkenal kerana dipilih Azmin Ali untuk dicalonkan Menteri Besar untuk menggantikan beliau apabila beliau disenaraikan sebagai menteri di dalam kabinet perdana menteri, dan secara umumnya dianggap sebagai leftenan utama orang Azmin dalam parti itu.[86][87][88] Baginda berpuas hati dengan penjelasan mereka bahawa pembangunan politik di peringkat persekutuan tidak akan menjejaskan gabungan Pakatan Harapan di kerajaan Negeri Selangor dan bersetuju untuk beroperasi seperti biasa.[85]

Johor sunting

Sultan Johor, Sultan Ibrahim mengarahkan semua 56 ahli Dewan Negeri Johor untuk bertemu baginda pada 26 Februari dan menyatakan keutamaan mereka sama ada untuk membentuk kerajaan gabungan baharu atau untuk membenarkan Pakatan Harapan terus mentadbir negeri.[89] Sidang dewan undangan negeri yang dijadualkan diadakan pada 5 Mac akhirnya ditangguhkan.[90]

Pada 27 Februari, setiausaha peribadi Sultan, Jaba Mohd Noah, mengumumkan bahawa gabungan baharu akan memerintah negeri itu setelah mendapat majoriti mudah 28 ADUN berbanding 26 yang menyokong Pakaran Harapan.[91] Dua ahli dewan negeri, Mazlan Bujang dari PPBM dan Salahuddin Ayub dari Amanah gagal untuk menyatakan pilihan mereka kerana tidak menghadap baginda seperti yang diarahkan.[92] Gabungan baharu tersebut akan dianggotai Ahli Parlimen dari PPBM, UMNO, MIC, PAS dan beberapa perikatan lain yang tidak disebut.[93] Menteri Besar Johor yang baharu, Hasni Mohammad dari UMNO telah mengangkat sumpah pada petang 28 Februari di hadapan Sultan di Istana Bukit Serene, Johor Bahru.[94]

Melaka sunting

Dewan Undangan Negeri Melaka menjadi buntu apabila kedua-dua Pakatan Harapan dan pembangkang Barisan Nasional memegang 13 kerusi masing-masing selepas penarikan diri PPBM dari parti gabungan itu.[95] Ketua Menteri, Adly Zahari menghadap Yang di-Pertua Negeri Melaka, Mohd Khalil Yaakob pada 26 Februari untuk memberi taklimat kepada beliau mengenai perubahan politik terkini.[96] Pada 27 Februari, kerajaan negeri mengumumkan dalam satu sidang media bahawa mereka akan kekalkan status quo dan akan beroperasi seperti biasa.[97]

Pada 2 Mac, pengerusi Barisan Nasional negeri Melaka, Abdul Raouf Yusof pergi menghadap Yang di-Pertua Negeri.[98] Dalam satu sidang media pada waktu petang, beliau mengesahkan bahawa Pakatan Harapan hilang majoriti di dewan undangan negeri dan Perikatan Nasional akan membentuk kerajaan negeri baharu. Gabungan kerajaan negeri baharu mempunyai sokongan 17 ahli dewan negeri.[99]

Pada 3 Mac, Adly mengadakan sidang akhbar, di mana beliau menyatakan bahawa beliau tidak akan meletakkan jawatannya. Walau bagaimanapun, beliau dimaklumkan bahawa beliau bukan lagi ketua menteri dan telah diberhentikan pada petang sebelumnya.[100]

Kedah sunting

Menteri Besar Kedah, Mukhriz Mahathir menghadap Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin pada 27 Februari.[101] Mukhriz juga merupakan anak ke-5 Mahathir dan ahli PPBM yang telah keluar gabungan Pakatan Harapan pada 24 Februari.[102] Sultan bersetuju untuk membenarkan Mukhriz untuk terus menjadi Menteri Besar selepas 19 ahli Pakatan Harapan mengumumkan sokongan mereka terhadapnya biarpun situasi kemelut politik di peringkat persekutuan.[103]

Perak sunting

Pada 27 Februari, seorang wakil UMNO dari pembangkang telah menghadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah. Beliau kemudiannya mendedahkan bahawa Sultan menyatakan bahawa mana-mana gabungan yang boleh membuktikan kepada baginda bahawa mereka mempunyai sekurang-kurangnya 30 kerusi dalam dewan negeri akan membentuk kerajaan.[104] Menteri Besar Perak, Ahmad Faizal Azumu (PPBM) kemudiannya meramalkan akan ada kerajaan negeri baharu, dan meluahkan harapan beliau bahawa akan terus menjadi Menteri Besar.[105]

Pada 3 Mac, beliau memberitahu media bahawa beliau telah diperintahkan untuk menghadap Sultan di Istana Iskandariah pada waktu petang. Kemudian, pada tanggal 10 Mac 2020, beliau meletakkan jawatan sebagai menteri besar Perak.Baginda Sultan meminta ketua parti untuk menamakan calon. Dan berdasarkan budi bicara Sultan, maka beliau sekali lagi dilantik menjadi menteri besar Perak.[106]

Pulau Pinang sunting

Pada 4 Mac, Dr. Afif Bahardin dari PKR meletak jawatan dari jawatannya di Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang.[107] Beliau menyatakan bahawa beliau ditekan oleh pucuk pimpinan negeri dan pusat untuk meletakkan jawatannya.[108] Afif adalah penyokong terkenal Azmin Ali ketika Azmin masih menjadi timbalan presiden parti.[109] Norlela Ariffin dari PKR dilantik sebagai ahli majlis negeri yang baru dan beliau mengangkat sumpah pada 12 Mac di hadapan Yang Dipertua Negeri, Abdul Rahman Abbas.[110][111]

Sabah sunting

Pada 29 Julai 2020, beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah mengambil keputusan untuk menyokong mantan Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman. Di dalam hal ini, mereka bergabung dengan Musa Aman dan berkomplot untuk menggulingkan kerajaan negeri pimpinan Parti Warisan Plus. Sebelum itu, media melaporkan Musa Aman mendakwa sudah memperoleh 33 kerusi untuk mencapai majoriti mudah dengan membentuk kerajaan negeri yang baharu. Mereka yang melompat parti antaranya ADUN Paginatan, Datuk Abidin Madingkir dari UPKO, ADUN Inanam, Kenny Chua yang turut dipecat dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) serta seorang ADUN dilantik dari DAP, Loh Ee Eng Ronnie. Manakala dari Parti Warisan Sabah (WARISAN) yang turut menyokong Musa Aman antaranya Datuk Hamisah Samad (ADUN Tanjung Batu), Datuk Osman Jamal (ADUN Balung), Datuk Bolkiah Ismail (ADUN Pitas), Datuk Masiung Banah (ADUN Kuamut) dan Datuk Muis Picho (ADUN Sebatik). Susulan daripada itu, pada 30 Julai 2020, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengambil keputusan membuat permohonan pembubaran itu dan sudah diperakukan Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin berkuat serta merta. Perakuan ini bagi membolehkan pilihan raya negeri dikendalikan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam tempoh 60 hari. Krisis politik Sabah mencapai kemuncak, apabila bekas Ketua Menteri, Tan Sri Musa Aman, mendakwa mempunyai 33 kerusi sokongan majoriti mudah untuk membentuk kerajaan negeri yang baharu. Beliau menyatakan "Kita serahkan balik mandat kepada rakyat untuk menentukan siapa yang layak membentuk kerajaan negeri yang baharu. Saya yakin rakyat akan membuat keputusan yang bijak".[112]

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Syed Nizamuddin Sayed Khassim (1 March 2020). "Malaysia's political crisis is not unique". New Straits Times. Dicapai pada 2 March 2020.
  2. ^ Utusan Digital, Zareen Humairah Sejahan (2021-08-16). "Seluruh kabinet telah letak jawatan". Utusan Digital. Dicapai pada 2021-08-16.
  3. ^ Utusan Digital, Zareen Humairah Sejahan (2021-08-16). "Tan Sri Muhyiddin Yassin sah letak jawatan perdana menteri". Utusan Digital. Dicapai pada 2021-08-16.
  4. ^ Melissa Goh (22 September 2015). "Malaysia's opposition band together under new Pakatan Harapan alliance". Channel NewsAsia. Dicapai pada 3 October 2015.
  5. ^ "Malaysia's opposition pulls off shocking election win". Al Jazeera. 10 May 2018. Dicapai pada 11 August 2018.
  6. ^ "Malaysia's Mahathir Mohamad sworn in after shock comeback victory". BBC News. 10 May 2018. Dicapai pada 12 June 2018.
  7. ^ Spillius, Alex (31 October 2003). "Mahathir bows out with parting shot at the Jews". The Daily Telegraph. UK. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 November 2011. Dicapai pada 5 February 2011.
  8. ^ "Malaysia's PM in danger as Mahathir quits party". Reuters. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 Mei 2018. Dicapai pada 11 Mei 2018.
  9. ^ "Kronologi hubungan Mahathir - Anwar". Harian Metro. 24 February 2020. Dicapai pada 27 February 2020.
  10. ^ a b "Anwar walks free after royal pardon, meets Dr Mahathir". The Edge. 16 May 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 August 2018. Dicapai pada 11 August 2018.
  11. ^ a b "From critic to Selangor MB, Azmin Ali's climb to the topf". Bernama. Dicapai pada 24 September 2014.
  12. ^ "Who is Azmin Ali? The story of Mahathir's adopted son, turned Anwar loyalist, and now Minister". CiliSos. 11 February 2018. Dicapai pada 27 February 2020.
  13. ^ "PKR's Azmin Ali is new Selangor MB: Sultan's secretary". Channel NewsAsia. 22 September 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 September 2014. Dicapai pada 25 September 2014.
  14. ^ "PM umum senarai menteri Kabinet". Sinar Harian (dalam bahasa Malay). 18 May 2018. Dicapai pada 21 May 2018.CS1 maint: unrecognized language (link)
  15. ^ "Najib names 28-member Cabinet (Update-6)". The Star (Malaysia). 9 April 2009. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 April 2009. Dicapai pada 28 February 2020.
  16. ^ a b "1MDB scandal: Malaysia PM Najib Razak sacks deputy, attorney-general as corruption allegations mount". ABC News (Australia). 29 July 2015. Dicapai pada 31 July 2015.
  17. ^ "UMNO sacks former Malaysian DPM Muhyiddin Yassin and Mukhriz Mahathir". Channel NewsAsia. 24 June 2016. Dicapai pada 27 June 2016.
  18. ^ "New Malaysian king crowned amid reports of predecessor's divorce from Russian beauty queen". The Telegraph. 31 July 2019. Dicapai pada 28 February 2020.
  19. ^ "What is Agong's role in choosing a PM?". MalaysiaKini. 26 February 2020. Dicapai pada 27 February 2020.
  20. ^ "Sultan Pahang sah YDP Agong baharu". Astro Awani. 24 January 2019. Dicapai pada 27 February 2020.
  21. ^ "Isu peralihan kuasa dimuktamad dalam mesyuarat Majlis Presiden PH 21 Februari ini". Berita Harian. 13 February 2020. Dicapai pada 26 February 2020.
  22. ^ "Malaysia's ruling coalition in danger as Anwar Ibrahim says 'former friends and traitors' want to oust government". South China Morning Post. 24 February 2020. Dicapai pada 26 February 2020.
  23. ^ "Dr M insists he will step down after Apec Summit". The Star (Malaysia). 19 February 2020. Dicapai pada 26 February 2020.
  24. ^ "Apa maksud 5 mesyuarat politik diadakan serentak hari ini?". Astro Awani. 23 Februari 2020. Dicapai pada 26 Februari 2020.
  25. ^ Kasthuri Jeevendran (23 February 2020). "Azmin mesyuarat di hotel, Hamzah Zainuddin dan Baru Bian turut hadir". Malaysia Gazette. Dicapai pada 24 February 2020.
  26. ^ "Selepas Langkah Sheraton, kerajaan di 4 negeri rapuh". Malaysian Insight (dalam bahasa Inggeris). 26 Februari 2020. Dicapai pada 27 Februari 2020.
  27. ^ "Mandat akhir milik rakyat". Berita Harian. 27 Februari 2020. Dicapai pada 27 Februari 2020.
  28. ^ "Mahathir breaks silence on 'Sheraton Move', and 9 news from yesterday". MalaysiaKini (dalam bahasa Inggeris). 27 Februari 2020. Dicapai pada 27 Februari 2020.
  29. ^ See update at 7:11pm - Istana Negara "New coalition: Anwar in emergency meeting, Azmin vows to continue reform agenda". Malaysia Kini (dalam bahasa Inggeris). 23 Februari 2020. Dicapai pada 24 Februari 2020.
  30. ^ Sadho Ram (23 Februari 2020). "PAS, UMNO, Bersatu, Amanah And 10 PKR MPs Said To Be Forming A New Coalition Govt". SAYS (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 24 Februari 2020.
  31. ^ Ratcliffe, Rebecca (24 Februari 2020). "Malaysia's PM Mahathir Mohamad resigns amid political turmoil". The Guardian (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 24 Februari 2020.
  32. ^ Yiswaree Palansamy (23 Februari 2020). "Azmin arrives at Sheraton Hotel, first sighting since rumoured new coalition". Malay Mail (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 24 Februari 2020.
  33. ^ "Anwar Ibrahim says he has been betrayed by Pakatan Harapan partners amid talk of new ruling coalition". Channel NewsAsia (dalam bahasa Inggeris). 23 Februari 2020. Dicapai pada 26 Februari 2020.
  34. ^ "Pemimpin PH jumpa Dr Mahathir". Berita Harian. 24 February 2020. Dicapai pada 26 February 2020.
  35. ^ "Anwar Hails 'Good Meeting' With Mahathir Amid Malaysia Rumors". Bloomberg. 24 February 2020. Dicapai pada 26 February 2020.
  36. ^ "Azmin, Zuraida sacked from PKR". MSN. 24 February 2020. Dicapai pada 24 February 2020.
  37. ^ "Azmin, Zuraida sacked from party of Malaysia's Anwar Ibrahim". The Jakarta Post. 24 February 2020. Dicapai pada 24 February 2020.
  38. ^ "Azmin and Zuraida seen entering Dr M's Seri Kembangan house after his resignation as PM". Malay Mail. 24 February 2020. Dicapai pada 24 February 2020.
  39. ^ "Tun Mahathir letak jawatan Perdana Menteri, Pengerusi Bersatu". Astro Awani. 24 February 2020. Dicapai pada 26 February 2020.
  40. ^ "Malaysian king appoints Mahathir as interim PM after accepting his resignation". Channel Newsasia. 24 February 2020. Dicapai pada 27 February 2020.
  41. ^ "Semua jawatan menteri Kabinet, timbalan menteri dan setiausaha politik dihentikan". Astro Awani. 24 February 2020. Dicapai pada 24 February 2020.
  42. ^ Constitution of Malaysia - Article 43: Cabinet  – melalui Wikisource.
  43. ^ "Agong to personally interview each MP on PM candidate". The Edge Market. 25 February 2020. Dicapai pada 26 February 2020.
  44. ^ "90 MPs meet YDP Agong today". New Straits Times. 25 February 2020. Dicapai pada 26 February 2020.
  45. ^ "Bersatu rejects Mahathir's resignation as party chairman". Channel Newsasia. 25 February 2020. Dicapai pada 27 February 2020.
  46. ^ "Umno and PAS withdraw support for Dr M". malaysiakini.com. 25 February 2020. Dicapai pada 27 February 2020.
  47. ^ "Dr Mahathir proposes to lead 'unity government' — sources". The Edge Markets. 25 February 2020. Dicapai pada 27 February 2020.[pautan mati kekal]
  48. ^ "Dr M apologises for political imbroglio and reveals plan for new gov't". malaysiakini.com. 26 February 2020. Dicapai pada 26 February 2020.
  49. ^ "Romance of the three factions: 'Sheraton Move' drives Malaysia into impasse". malaysiakini.com. 26 February 2020. Dicapai pada 27 February 2020.
  50. ^ "Yeo Bee Yin gives the reasons for PH's support for Anwar as PM". The Edge Markets. 26 February 2020. Dicapai pada 27 February 2020.
  51. ^ "Tun M tiba di Istana Negara untuk menghadap Agong". Astro Awani. 27 February 2020. Dicapai pada 27 February 2020.
  52. ^ "Dr Mahathir terima semula jawatan Pengerusi BERSATU - Marzuki". Astro Awani. 27 February 2020. Dicapai pada 27 February 2020.
  53. ^ "No clear majority, wait for special Dewan vote, says Dr M". Free Malaysia Today. 27 February 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-02-27. Dicapai pada 27 February 2020.
  54. ^ "Malay Rulers special meeting to discuss the country's political turmoil". Astro Awani. 28 February 2020. Dicapai pada 28 February 2020.
  55. ^ "'No Parliament meeting on Monday as request does not follow house rules'". New Straits Times. 28 February 2020. Dicapai pada 28 February 2020.
  56. ^ "YDP Agong akan adakan pertemuan dengan ketua-ketua pimpinan parti politik - Istana Negara". Astro Awani. 28 February 2020. Dicapai pada 28 February 2020.
  57. ^ "YDP Agong akan adakan pertemuan dengan ketua-ketua pimpinan parti politik - Istana Negara". Astro Awani. 28 February 2020. Dicapai pada 28 February 2020.
  58. ^ "Bersatu calonkan Muhyiddin Yassin sebagai PM Ke-8". Astro Awani. Dicapai pada 28 February 2020.
  59. ^ "Muafakat Nasional, MCA, MIC sokong Muhyiddin sebagai PM-8". Astro Awani. 28 February 2020. Dicapai pada 28 February 2020.
  60. ^ "Azmin's gang now in Bersatu? President's aide says yes, but supreme council member says 'no clue'". Malay Mail. 28 February 2020. Dicapai pada 28 February 2020.
  61. ^ "Muhyiddin didn't get party's blessing to be 8th PM, says Kadir Jasin". Free Malaysia Today. 28 February 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-02-28. Dicapai pada 28 February 2020.
  62. ^ "Malaysia's Attorney-General Tommy Thomas quits". The Straits Times. 28 February 2020. Dicapai pada 28 February 2020.
  63. ^ "Tommy Thomas letak jawatan". Sinar Harian. 28 February 2020. Dicapai pada 1 March 2020.
  64. ^ "Bersatu's Syed Saddiq: I will never work with the corrupt to form a government". Malay Mail. 29 February 2020. Dicapai pada 29 February 2020.
  65. ^ "PH sokong Tun M sebagai calon PM". Berita Harian. 29 February 2020. Dicapai pada 29 February 2020.
  66. ^ "Tun M calon PM Pakatan Harapan". Berita Harian. 29 February 2020. Dicapai pada 29 February 2020.
  67. ^ "Wakil pemimpin parti tiba di Istana Negara pagi ini". 29 February 2020. Dicapai pada 29 February 2020.
  68. ^ "Muhyiddin wakili Perikatan Nasional: GPS, STAR juga bersama?". Astro Awani. 29 February 2020. Dicapai pada 29 February 2020.
  69. ^ "Gabungan 'Perikatan Nasional' dakwa miliki blok terbesar". Berita Harian. 29 February 2020. Dicapai pada 29 February 2020.
  70. ^ "DAP Sarawak willing to set aside differences to work with GPS to preserve PH govt, says Chong". The Borneo Post. 29 February 2020. Dicapai pada 29 February 2020.
  71. ^ "PKR says Serian MP has defected to its side". malaysiakini. 29 February 2020. Dicapai pada 29 February 2020.
  72. ^ "Muhyiddin dilantik PM ke-8, angkat sumpah esok". Berita Harian. 29 February 2020. Dicapai pada 29 February 2020.
  73. ^ "Dr M publishes list of 114 MPs, hopes Agong will accept". malaysiakini.com. 29 February 2020. Dicapai pada 29 February 2020.
  74. ^ "'New SDs made after Agong's decree do not hold water'". New Straits Times. 29 February 2020. Dicapai pada 1 March 2020.
  75. ^ "Dr M claims palace refuses to grant him audience to prove majority support". Malay Mail. 1 March 2020. Dicapai pada 1 March 2020.
  76. ^ "Dr M says feel betrayed by Muhyiddin and his extensive scheming for power". Malay Mail. 1 March 2020. Dicapai pada 1 March 2020.
  77. ^ "Muhyiddin selesai angkat sumpah PM8". Harian Metro. 1 March 2020. Dicapai pada 1 March 2020.
  78. ^ "Tian Chua, Dr Afif heckled and labelled 'traitors' by PKR supporters". Malay Mail. 1 March 2020. Dicapai pada 1 March 2020.
  79. ^ "Muhyiddin clocks in as PM". Berita Harian. 2 March 2020. Dicapai pada 2 March 2020.
  80. ^ Joseph Loh (2 March 2020). "PM: I'm not a traitor, I only wanted to save the country". The Star. Dicapai pada 2 March 2020.
  81. ^ "Speaker: March 9 Dewan Rakyat sitting moved to May 18". Malaysiakini. 4 March 2020. Dicapai pada 4 March 2020.
  82. ^ "Postponing Dewan Rakyat sitting a sign of weakness, PKR MP tells PM". Malaysiakini. 4 March 2020. Dicapai pada 4 March 2020.
  83. ^ Rakyat sedang risau...cukup-cukup lah tu ! Harian Metro, Rafidah Mat Ruzki, Dicapai pada 1 Oktober 2020
  84. ^ Kenyataan penuh Anwar Ibrahim pada sidang media khas, Astro Awani, Dicapai pada 23 September 2020.
  85. ^ a b "'Selangor still a PH government'". New Straits Times. 25 February 2020. Dicapai pada 26 February 2020.
  86. ^ "Amirudin MB baharu Selangor?". Berita Harian. 18 June 2018. Dicapai pada 26 February 2020.
  87. ^ "Malaysia's Anwar-Azmin rivalry expected to end in 'uneasy truce', for now, as PM Mahathir Mohamad enters fray". South China Morning Post. 20 July 2019. Dicapai pada 26 February 2020.
  88. ^ "Kedudukan MB Selangor bergantung kepada Azmin - Penganalisis politik". Astro Awani. 10 August 2019. Dicapai pada 26 February 2020.
  89. ^ "Sultan Johor minta ADUN buat pilihan". Harian Metro. 26 February 2020. Dicapai pada 26 February 2020.
  90. ^ "Sidang DUN Johor yang dijadual 5 Mac ditangguh - Speaker". Astro Awani. 27 February 2020. Dicapai pada 27 February 2020.
  91. ^ "Kerajaan gabungan baharu di Johor". Sinar Harian. 27 February 2020. Dicapai pada 27 February 2020.
  92. ^ "PH Johor kaji tindakan selepas isu PM selesai". Berita Harian. 29 February 2020. Dicapai pada 2 March 2020.
  93. ^ "UMNO, Bersatu bentuk kerajaan negeri Johor". Astro Awani. 27 February 2020. Dicapai pada 27 February 2020.
  94. ^ "Hasni Mohammad angkat sumpah MB Johor". Astro Awani. 28 February 2020. Dicapai pada 28 February 2020.
  95. ^ "PH 13, BN 13, parti mana tadbir Melaka?". Astro Awani. 26 February 2020. Dicapai pada 27 February 2020.
  96. ^ "Dua EXCO Melaka tidak hadir mesyuarat". Harian Metro. 26 February 2020. Dicapai pada 27 February 2020.
  97. ^ "#Malaysia2020: Kerajaan Negeri Melaka kekal". Astro Awani. 27 February 2020. Dicapai pada 27 February 2020.
  98. ^ "UMNO Melaka jumpa TYT hari ini". Astro Awani. 2 March 2020. Dicapai pada 2 March 2020.
  99. ^ "Pakatan Harapan tumbang di Melaka, Perikatan Nasional tubuh kerajaan". Astro Awani. 2 March 2020. Dicapai pada 2 March 2020.
  100. ^ "Adly sacked as CM, to embark on 'Save Malacca' roadshow". Malaysiakini. 3 March 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-05-05. Dicapai pada 3 March 2020.
  101. ^ "Mukhriz menghadap Sultan Kedah". Sinar Harian. 27 February 2020. Dicapai pada 27 February 2020.
  102. ^ "Muhyiddin registers Mahathir's new party". The Straits Times. 10 August 2016. Dicapai pada 27 September 2016.
  103. ^ "Pentadbiran kerajaan negeri Kedah kekal - Mukhriz". Astro Awani. 27 February 2020. Dicapai pada 27 February 2020.
  104. ^ "Sultan mahu bukti ada sekurang-kurangnya 30 kerusi, bentuk kerajaan - UMNO Perak". 29 February 2020. Dicapai pada 3 March 2020.
  105. ^ "Kerajaan baharu Perak ikut acuan Putrajaya - Ahmad Faizal". Astro Awani. 1 March 2020. Dicapai pada 3 March 2020.
  106. ^ "Ahmad Faizal dititah menghadap Sultan Perak". Berita Harian. 3 March 2020. Dicapai pada 3 March 2020.[pautan mati kekal]
  107. ^ "Azmin ally Afif quits as Penang exco". MSN. 4 March 2020. Dicapai pada 4 March 2020.
  108. ^ "I was pressured to resign as exco, claims Dr Afif". The Star (Malaysia). 4 March 2020. Dicapai pada 13 March 2020.
  109. ^ "Afif Bahardin forced to resign from state govt". The Star (Malaysia). 4 March 2020. Dicapai pada 13 March 2020.
  110. ^ "PKR's Norlela Ariffin replaces Penang exco Afif Bahardin". New Straits Times. 9 March 2020. Dicapai pada 13 March 2020.
  111. ^ "Dr Norlela angkat sumpah". Harian Metro. 12 March 2020. Dicapai pada 13 March 2020.
  112. ^ DUN Sabah bubar, Berita Harian, Dicapai pada 30 Julai 2020