Kementerian Reichswehr

Didalam sejarah Jerman, Kementerian Reichswehr atau Kementerian Pertahanan Reich (Jerman: Reichswehrministerium) adalah kementerian pertahanan Republik Weimar dan permulaan Reich Ketiga. Perlembagaan Weimar tahun 1919 mensyaratkan bagi sebuah kementerian pertahanan nasional disatukan untuk menyelaras Reichswehr baru, dan kementerian itu telah ditubuhkan pada Oktober 1919, daripada Kementerian Perang dan Reichsmarineamt Prusia yang sedia ada. Ia beribupejabat di bangunan Bendlerblock. Wehrgesetz (Undang-Undang Pertahanan) bertarikh 21 Mei 1935[1] menamakannya semula Reichskriegsministerium (Kementerian Perang Reich), yang kemudian dibubarkan pada tahun 1938 dan digantikan dengan Oberkommando der Wehrmacht.

Pintu masuk ke Bendlerblock.

Sejarah sunting

Didalam rangka Gesetzes über die Bildung einer vorläufigen Reichswehr ("Undang-undang mengenai pembentukan sementara tentera negara") pada Mac 1919, Reichspräsident adalah Pemerintah Tertinggi angkatan tentera, dengan Reichswehrminister (Menteri Pertahanan Reich) menjalankan urusan pentadbiran. Pengaturan ini meninggalkan angkatan tentera Prusia, yang kekal dibawah pentadbiran Menteri Perang Prusia. Selepas Perlembagaan Weimar berkuatkuasa, kementerian perang Bavaria, Saxony, Württemberg dan Prusia telah dibubarkan dan kuasa pemerintahan tertumpu di tangan Reichswehrminister nasional. Kuasa pemerintahan bagi setiap cabang perkhidmatan telah diberikan kepada Ketua Markas Tentera Darat (Heeresleitung) dan Ketua Markas Tentera Laut (Marineleitung). Ministeramt telah ditubuhkan sebagai jabatan ketiga didalam kementerian pada tahun 1929, dengan ketua Ministeramt′ bertindak sebagai wakil politik Reichswehrminister′. Staf Am mengambil alih peranan Truppenamt.

"Verkündung der Wehrhoheit" (pengisytiharan kedaulatan tentera) tahun 1935 mewujudkan Oberkommando der Luftwaffe yang baru (OKL - diuruskan oleh Kementerian Udara) dan menukar Heeresleitung kepada Oberkommando des Heeres (OKH) dan Marineleitung menjadi Oberkommando der Marine (OKM). Jawatan menteri telah ditukar nama Wehrmachtsamt. Hasil daripada Peristiwa Blomberg-Fritsch, jawatan Reichskriegsminister dan Wehrmachtsamt telah dibubarkan oleh Adolf Hitler dan tugas-tugas mereka dipindahkan ke Oberkommando der Wehrmacht (OKW).

Senarai para pegawai sunting

Para Menteri Pertahanan sunting

Ketua-Ketua Markas Tentera Darat sunting

 
Panji-panji Chefs der Heeresleitung dari tahun 1925-1927.
 
Panji-panji Chefs der Heeresleitung dari tahun 1927-1933.

Jerman: Chefs der Heeresleitung

Oberbefehlshaber des Heeres

  • Generaloberst Werner Freiherr von Fritsch, 1 Jun 1935 hingga 4 Februari 1938

Ketua-Ketua Markas Tentera Laut sunting

Jerman: Chef der Marineleitung

Oberbefehlshaber der Marine

  • Admiral Erich Raeder, 1 Jun 1935 hingga 30 Januari 1943

Ketua-Ketua Ministeramt sunting

Chef des Wehrmachtamtes

  • Generalmajor Walter von Reichenau, 1 Februari 1934 hingga 30 September 1935
  • Generalmajor Wilhelm Keitel, 1 Oktober 1935 hingga 4 Februari 1938

Chef des Oberkommandos der Wehrmacht (OKW)

  • General der Artillerie Wilhelm Keitel, 4 Februari 1938 hingga 8 Mei 1945

Rujukan sunting

  1. ^ (Jerman) RGBl I, S. 609 / Faksimile Wehrgesetz

Pautan luar sunting