Kempas

bandar di Johor Bahru, Johor, Malaysia

Koordinat: 1°32′20″N 103°41′55″E / 1.5389566°N 103.6987167°E / 1.5389566; 103.6987167

Kempas merupakan bandar pinggir Johor Bahru, Johor. Ia juga terletak dalam kawasan parlimen persekutuan Pulai. Kempas terbahagi kepada dua bahagian iaitu Kempas Baru dan Kempas Lama. Nama kempas ini ditukar kepada Taman Kempas Baru.[perlu rujukan] Taman ini diasas oleh penduduk taman tersebut.[perlu rujukan] Malahnya, tempat ini juga merupakan suatu tempat yang dijajah oleh tentera Jepun. Kempas berasal daripada nama kayu kempas yang kuat dan jati. Di sini terletaknya Sekolah Kebangsaan Kempas.

Kempas

Kawasan pilihan raya sunting

Wakil rakyat bagi Dewan Undangan Negeri N.47 Kempas disandang oleh Yang Berhormat Tengku Putra Haron Aminurrashid Tengku Hamid Jumat dari (BN) telah dipilih oleh pada pilihan raya umum 2013. Pada tahun 2008, kerusi ini disandang oleh Yang Berhormat Datuk Osman Sapian juga dari (BN kini Parti Pribumi Bersatu Malaysia sejak 2016).

Keputusan Pilihan raya sunting

Pada pilihan raya umum 2013, Tengku Putra Haron Aminurrashid Tengku Hamid Jumat dari (BN) menewaskan calon Yang Berhormat Suhaizan Kaiat dari (PAS kini Amanah sejak 2015) dengan majoriti 3,947 undi.