Kemudi (bahasa Inggeris: rudder) ialah sejenis alat untuk mengemudi kapal, bot, kapal selam, hoverkraf, kapal terbang atau apa sahaja mesin yang bergerak di udara dan air. Fungsi utama kemudi pada kapal terbang bukan untuk mengubah haluan kapal terbang, tetapi untuk menahan kesan rewang buruk dan faktor P.

Kemudi kapal.
Kemudi kapal terbang.

Kemudi mengubah arah udara dan air yang melalui badan kapal atau fiuslaj, lalu menghasilkan gerakan belok sesebuah kapal. Bentuk asas kemudi adalah plat rata yang dipasang dengan engsel pada bahagian buritan kapal, atau ekor kapal terbang. Bentuk plat rata bertujuan untuk meminimumkan seretan hidrodinamik dan aerodinamik.

Ukuran kemudi tidak boleh terlalu besar atau terlalu kecil. Jika terlalu besar, ia akan mengakibatkan hambatan tetapi jika terlalu kecil mengakibatkan kapal hilang kawalan khususnya pada kelajuan rendah. Saiz kemudi disesuaikan dengan ukuran kapal, kelajuan kapal, bentuk badan kapal dan kedudukan kemudi.

Dalam bot kecil yang ringkas seperti perahu nelayan, sebatang celaga akan dipasang pada kemudi untuk membolehkannya digerakkan oleh jurumudi. Untuk kapal yang lebih besar, kabel atau sistem hidraulik akan digunakan untuk menghubungkan kemudi dengan roda kemudi. Bagi kapal terbang, kemudi digerakkan dengan pedal melalu sambungan mekanikal atau hidraulik.

Kerana pentingnya peranan kemudi dalam pengemudian kapal, Pertubuhan Maritim Antarabangsa telah menetapkan satu bab khusus (Bab V - Keselamatan pengemudian) dalam bahagian perjanjian untuk Konvensyen Antarabangsa Untuk Keselamatan di Laut.

Lihat juga sunting

Pautan luar sunting