Kemurungan adalah reaksi normal kepada tekanan atau bahaya, tetapi perasaan cemas dan kekhuatiran yang berturut-turut mungkin disebabkan Kecelaruan keresahan. Gangguan kerisauan boleh membuat hidup sengsara. Kebanyakan kemurungan kebimbangan dapat dirawat, biasanya melalui bantuan kaunseling dan ubat-ubatan.

Gangguan perasaan berterusan melebihi tempoh dua minggu, di mana seseorang itu merasa sedih yang berpanjangan, keletihan dan ketiadaan tenaga, cepat marah serta hilang minat dalam menjalankan aktiviti harian.[1]

Punca Kemurungan[1] sunting

  • Berlaku ketidakseimbangan kimia dalam otak (Neurotransmitter Serotonin dan Neropinephine)
  • Baka keturunan, mempunyai ahli keluarga yang pernah menghidapnya
  • Persekitaran, peristiwa hidup dan kekurangan sokongan sosial dari keluarga
  • Ubat-ubatan, sesetengah jenis ubat darah tinggi boleh mencetuskan penyakit ini, namun akan hilang apabila ubat tersebut dihentikan
  • Penyakit lain seperti gangguan fungsi thyroid hypothyroidsm
  • Corak pemikiran tertentu yang menjadi pencetus. Ini dari aspek pemikiran terhadap diri sendiri, kehidupan dan dunia keseluruhannya.
  • Stressor, punca stress yang tidak terkawal juga berupaya mencetuskan kemurungan
  • Peristiwa lain termasuk penyalahgunaan dadah atau ketagihan arak, menghidapi penyakit serius / tinggal dengan orang yang menghidap penyakit tersebut
  • Kehilangan orang yang disayangi
  • Baru melahirkan anak

Gejala[1] sunting

Tanda dan gejala kemurungan adalah seperti berikut:

  • Gangguan tidur, bangun terlalu awal atau tidur berlebihan
  • Kesedihan atau "kekosongan" perasaan yang berpanjangan
  • HIlang minat atau keseronokan terhadap hobi dan aktiviti-aktiviti lain
  • Cepat rasa letih dan tidak bertenaga
  • Perasaan pesimistik dan mudah berputus asa
  • Perasaan bersalah
  • Rasa diri tidak berguna
  • Hilang selera makan dan penurunan berat badan
  • "Rasa lebih baik mati", kadangkala disertai cubaan membunuh diri
  • Rasa tidak tenteram dan mudah marah
  • Kurang daya tumpuan dan ingatan
  • Sukar membuat keputusan
  • Simptom fisiologi seperti sakit kepala, sakit badan dan gangguan penghadaman
  • Kurang nafsu seksual
  • Pergerakan menjadi terhad / kaku atau mejadi gelisah
  • Mudah cemas atau fobia

Golongan yang berisiko[1] sunting

  • Pernah mengalami kemurungan sebelum ini
  • Mempunyai ahli keluarga yang memhidapnya
  • Mempunyai penyakit kronik (Kanser, Diabetes, Hipertensi, Sakit Buah Pinggang, Strok, Sakit Jantung atau kesakitan berpanjangan)
  • Hilang anggota tubuh badan secara tiba-tiba
  • Kematian orang yang disayangi secara tiba-tiba
  • Penceraian
  • Masalah rumahtangga
  • Masalah keluarga
  • Penyalahgunaan dadah dan arak
  • Pengambilan ubatan tertentu
  • Mangsa penderaan
  • Tekanan di tempat kerja
  • Pernah mengalami penderaan semasa kanak-kanak
  • Kecenderungan mudah risau atau bimbang
  • Perasaan sedih semasa dalam pantang (selepas bersalin)
  • Krisis ekonomi

Kesan Sampingan[1] sunting

Terdapat beberapa kesan sampingan selain daripada gejala yang disebutkan di atas.

  • Mulut kering, disarankan minum air yang banyak, kunyah gula-gula getah yang kurang manis dan bersihkan gigi setiap hari
  • Sembelit, disarankan mengambil biijirin, buah prune, buah-buahan dan sayur-sayuran
  • Masalah pundi kencing
  • Masalah seksual
  • Penglihatan yang kabur
  • Pening

Pencegahan[1] sunting

  • Ketahui penyakit anda
  • Patuh kepada ubat-ubatan dan rawatan susulan
  • Bertenang dan sentiasa bersikap positif
  • Rancang kewangan anda
  • Amalkan gaya hidup sihat
  • Menyertai aktiviti yang membuat kita rasa gembira
  • Pecahkan tugasan besar kepada bentuk kecil dan tetapkan keutamaan

Rawatan[1] sunting

Penyakit kemurungan ini boleh dirawat, dengan rawatan yang teratur dan intensif lebih 80% daripada pesakit dapat sembuh sepenuhnya.

  • Penggunaan ubat "anti-depressant"
  • Terapi elektrokonvulsif (ECT)
  • Psikoterapi
  • Kaunseling

Tindakan yang perlu diambil sekiranya mengalami kemurungan[1] sunting

  • Berjumpa dengan doktor di Klinik Kesihatan/Hospital yang terdekat
  • Berjumpa dengan kaunselor
  • Buat sesuatu yang membuatkan anda ketawa
  • Rehatkan diri dari perkara rutin
  • Elakkan membuat keputusan yang besar dan berisiko
  • Pecahkan tugasan besar kepada bentuk kecil dan tetapkan keutamaan
  • Dekatkan diri kepada tuhan

Rujukan sunting

  • (Inggeris) Anxiety, Mental Health 0114 – 2005, Pharmacy Self Care Health Care Information

Pautan luar sunting

Templat:Tunas-psikologi

Emosi
Belas kasihan • Cinta • Ekstasi • Enui • Epifani • Fanatisisme • Harga diri • Iri hati • Kasihan pada diri sendiri • Keambivalenan • Keangkuhan • Kebahagiaan • Kebanggaan • Kebencian • Kebosanan • Keghairahan • Kekecewaan • Kekeliruan • Kekosongan • Kemarahan • Kemarahan salih • Kemurungan • Kepahitan  • Keprihatinan • Kesangsian • Kesedihan • Kesepian • Ketakutan • Ketenangan • Kompersi • Limerens • Melankolia • Nafsu • Panik • Pemuasan • Penderitaan • Penerimaan • Pengharapan • Penghinaan • Perasaan cemburu •

Perasaan disingkirkan • Perasaan gerun • Perasaan terkejut • Rasa bersalah • Rasa malu • Rasa menyampah • Rasa segan • Rasa sesal • Rasa terhutang budi • Rindu kampung halaman • Sikap apati • Taubat