Kepala peledak secara umumnya merujuk kepada bahan letupan dan peledak yang dibawa oleh peluru berpandu, roket atau torpedo.

Bom nuklear B61 dalam pelbagai tahap himpunan; kepala peledak nuklear merupakan sebuah bekas perak berbentuk-peluru yang terletak di tengah-kiri gambar.

Etimologi sunting

Semasa pembangunan awal torpedo untuk kegunaan tentera laut, torpedo ini boleh dipasang dengan beban muatan lengai yang bertujuan untuk digunakan semasa latihan dan ujian tembakan. Keadaan ini dirujuk sebagai peacehead. Bahan letupan yang dibawa oleh senjata yang bertujuan untuk digunakan dalam peperangan pula dikenali sebagai warhead. Istilah peacehead kemudian secara beransur-ansur mula tidak digunakan.

Penggelasan sunting

Jenis-jenis kepala peledak termasuk:

  • Letupan: Bahan letupan digunakan bagi menghancurkan sasaran, dan merosakkan kawasan sekitar dengan gelombang kejutan.
    • Konvensional: Bahan-bahan kmia seperti serbuk letupan dan bahan letupan kuat menyimpan tenaga yang banyak di dalam ikatan molekul-molekulnya. Tenaga ini boleh dilepaskan dengan pantas oleh pencetus, seperti sebuah cucuhan elektrik. Senjata thermobarik merupakan salah satu contoh khas.
      • Bagas: Gelombang kejutan kuat yang dihasilkan oleh cetusan bahan letupan.
      • Serpihan: Serpihan logam dihasilkan dengan kelajuan tinggi untuk menyebabkan kecederaan atau kerosakkan.
      • Rod bersambung: Bar-bar logam dipaterikan di hujungnya bagi membentuk silinder rod bersambung yang mampat, yang mana akan dikembangkan dengan ganas menjadi bentuk cincin "zig-zag" yang bersambung-sambung semasa peledakan bahan letupan. Cincin yang mengembang dengan pantas ini akan menghasilkan kesan satah "gilotin" yang unik yang berbahaya terutama bagi pesawat tentera, yang mana telah direka bagi bertahan kepada serpihan peluru konvensional.
      • Cas bentuk: Kesan daripada cas letupan idtumpukan ke arah pelapik logam berbentuk bagi melancarkan jet logam berkelajuan-hiper, bagi menembusi perisai tebal.
        • Penembus yang dibentuk dengan bahan letupan: Sebagi ganti bagi menukarkan pelapik logam nipis menjadi jet plasma logam tertumpu, cas berbentuk diarahkan melawan plat logam cembung yang terletak di hadapan kepala peledak, mendorongnya bagi menghasilkan kelajuan yang sangat tinggi sementara pada masa yang sama mencacatkannya bagi menjadi luncuran ogif tebal.
    • Nuklear: Tindak balas luar kawalan pembelahan nuklear atau pelakuran nuklear menyebabkan penghasilan tenaga nuklear yang sangat besar.
  • Kimia: Bahan kimia berbahaya seperti gas beracun atau gas saraf direka dan dibebaskan untuk mencederakan atau membunuh manusia.
  • Biologi: Sejenis agen berjangkit seperti spora antraks disebarkan bagi mendatangkan kesakitan atau membunuh manusia.
  • Kinetik: Melanggar sasaran dengan kelajuan tinggi. Peledak tidak digunakan.

Sering kali, kepala peledak biologi atau kimia akan digunakan sebagai cas letupan untuk mempercepatkan proses penyebaran.

Peletup sunting

Jenis-jenis peletup adalah:

  • Sentuhan: Apabila kepala peledak membuat sentuhan fizikal dengan sasaran, bahan letupkan akan diledakkan. Ia kadang kala digabungkan dengan pelambat, bagi diletupkan selepas sejumlah masa tertentu selepas sentuhan.
  • Berdekatan: Menggunakan radar, gelombang bunyi, penderia bermagnet atau laser, kepala peledak akan diletupkan apabila sasaran berada dalam lingkungan jarak tertentu. Ia seringkali dipasangkan dengan sistem kawalan letupan berarah bagi memastikan letupan akan mengarahkan serpihan peluru bergerak ke arah sasaran yang mencetuskannya.
  • Kawalan jauh: Diletupkan secara kawalan jauh melalui isyarat daripada pengendali (tidak biasa digunakan pada kepala peledak kecuali untuk pemusnahan sendiri)
  • Bermasa: Kepala peledak diletupkan apabila mencapai masa tertentu.
  • Altitud: Kepala peledak diletupkan apabila ia jatuh ke ketinggian tertentu.
  • Gabungan: Sebarang gabungan jenis di atas.

Lihat juga sunting