Kerajaan Kongo

bekas kerajaan yang terletak di tengah barat Afrika

Kerajaan Kongo (Bahasa Kongo: Kongo dia Ntotila[5] atau Wene wa Kongo; [6] Bahasa Portugis: Reino do Congo) adalah sebuah kerajaan yang terletak di tengah Afrika merangkumi utara Angola, bahagian barat Republik Demokratik Congo, [7] Republik Kongo serta juga bahagian selatan Gabon moden.[8] Sejauh ini, ia menjangkau dari Lautan Atlantik di barat ke Sungai Kwango di timur, dan dari Sungai Kongo di utara ke Sungai Kwanza di selatan.

Kerajaan Kongo
Wene wa Kongo atau Kongo dia Ntotila
Reino do Congo
1390[1]–1975 [2]
Bendera Kongo
Coat of Arms (c. 1528–1541) Kongo
Bendera (s. abad ke-17) Coat of Arms (c. 1528–1541)
"Kerajaan Congo" (sekarang biasanya disebut sebagai "Kerajaan Kongo" untuk mempertahankan perbezaan dari negara-negara Kongo sekarang)
"Kerajaan Congo" (sekarang biasanya disebut sebagai "Kerajaan Kongo" untuk mempertahankan perbezaan dari negara-negara Kongo sekarang)
Status(1390–1857)
Kerajaan berdaulat
(1857–1910)
Negeri lindungan Kerajaan Portugal
(1910–1914)
Subjek Republik Pertama Portugal
Ibu negaraMbanza-Kongo (São Salvador), Angola[3]
Bahasa yang umum digunakanKikongo,
Portugis
Agama
Bukongo, Kristian dan sinkretisme
KerajaanBeraja
Raja 
• s. 1390s (pertama)
Lukeni lua Nimi
• 1962–1975 (terakhir)
Isabel Maria da Gama
Badan perundanganNe Mbanda-Mbanda
Sejarah 
• Penaklukan Kabunga
1390[1]
• Afonso I dari Kongo cuba mengakhiri perdagangan hamba dengan mengirim surat kepada Raja Portugal dan juga ke Vatikan (pada 1529 dan 1539). Jawapan itu memberitahunya bahawa mereka tidak mempunyai niat untuk mengubah tindakan pedagang Portugis.
1526
1622
• Pertempuran Mbanda Kasi (atau Mbandi Kasi)
1623
• Perang Saudara Kongo bermula, Pertempuran Mbwila (atau Mbuila)
29 Oktober 1665
1670
• Penyatuan Kongo
Februari, 1709
• Aleixo de Água Rosada (abang kepada raja Henrique III) memerintahkan ketua Dembo Nambwa Ngôngo untuk tidak membayar cukai Portugis yang baru. Penangkapan dan pemenjaraannya oleh Portugis berlaku beberapa saat setelah beliau memerintahkan Nambwa Ngôngo
1841
• Kongo menjadi negerii lindungan Portugal, Konflik antara cawangan Kivuzi dan cawangan Nkunga
1857
• Pince Nicolas membantah penjajahan Kongo dengan menerbitkan surat di akhbar Jornal do Commércio di Lisbon, pada 1 Disember 1859
1859
• Persidangan Berlin memecahbelahkan Afrika
1884–1885
• Setelah pemberontakan (1913-1914), Portugal menghapuskan gelaran raja Kongo. Gelarannya dipulihkan pada 1915 (dari tahun 1915 hingga 1975).
1975 [2]
Keluasan
s. 1650[4]129,400 km2 (50,000 bt2)
Populasi
• s. 1650[4]
angg. 500,000
Mata wangWang cengkerang Nzimbu dan kain Lubongo (Libongo, Mbongo), Mpusu
Didahului oleh
Diganti oleh
Mpemba Kasi
Kerajaan Mbata
Persatuan Kongo Antarabangsa
Afrika Barat Portugis
Kongo Perancis
Sekarang sebahagian dari Angola
 Republik Demokratik Congo
Templat:Country data Republik Kongo
 Gabon

Dari sekitar 1390 hingga 1857, kerajaan ini merupakan negara berdaulat, ia kemudiannya menjadi negeri lindungan Kerajaan Portugis.[9] Kerajaan ini ditumpaskan tahun 1914, berikutan suatu pemberontakan yang gagal.

Sejarah sunting

Penubuhan sunting

Menurut tradisi Kongo, kerajaan ini wujud hasil gabungan kerajaan Bantu Mpemba Kasi di muara Matadi selatan sungai Kongo (Republik Demokratik Kongo moden[10]) dan Kerajaan Mbata membentuk Kerajaan Kongo sekitar tahun 1375 Masihi;[11] suatu dinasti terbentuk memerintah di Nsi Kwilu.

Ketibaan kuasa Portugis sunting

Pergelutan kuasa sunting

Masyarakat sunting

Masyarakat asas dalam kerajaan ini mula terdiri daripada kampung disebut vata atau libata diketuai seorang nkuluntu. Semua penghuni kampung-kampung ini dikehenadki berhijrah setiap sepuluh tahun agar tidak menyebabkan tanah sekitar hilang kesuburannya. Setiap vata ini terkumpul dalam badan serupa negeri iaitu wene diketuai seorang awene; pemimpin bergelar awene pula dipilih dalam kalangan penduduk kampung yang lebih besar atau bandar-bandar kecil di antara 1,000 dan 5,000 orang iaitu mbanza.


Rujukan sunting

  1. ^ Tshilemalema, Mukenge (2001). Culture and Customs of the Congo (dalam bahasa Inggeris). Greenwood Press. m/s. 18. ISBN 0-313-31485-3.
  2. ^ Alisa LaGamma, Kongo: Power and Majesty, Metropolitan Museum of Art, 2015
  3. ^ Mbanza-Kongo, bernama São Salvador pada akhir abad ke-16; kembali ke nama Mbanza-Kongo pada 1975
  4. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan Thornton 1977 526 tidak disediakan
  5. ^ Schemmel, B. (2008). "Traditional Polities" (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 24 Januari 2008.
  6. ^ Thornton, John; Linda M. Heywood (2007). Central Africans, Atlantic Creoles, and the Foundation of the Americas, 1585–1660 (dalam bahasa Inggeris). New York: Cambridge University Press. m/s. 57. ISBN 978-0-521-77065-1.
  7. ^ Fryer, Peter (2000). Rhythms of Resistance: African Musical Heritage in Brazil. m/s. 158.
  8. ^ M'Bokolo, Elikia (1995). Afrique Noire: Histoire et Civilisations, jusqu'au XVIIIème sicècle. vol. I. Paris: Hatier. ISBN 2-218-03881-1. |volume= has extra text (bantuan)
  9. ^ Leander (2016-05-18). "Kingdom of Kongo 1390 – 1914". South African History Online. Dicapai pada 2019-02-23.
  10. ^ Thornton, John; Linda M. Heywood (2007). Central Africans, Atlantic Creoles, and the Foundation of the Americas, 1585–1660. New York: Cambridge University Press. m/s. 57. ISBN 978-0-521-77065-1.
  11. ^ Alisa LaGamma (16 September 2015). Kongo: Power and Majesty (dalam bahasa Inggeris). Metropolitan Museum of Art. m/s. 88. ISBN 978-1-58839-575-7.

Pautan luar sunting