Kerajaan Pagan (Bahasa Burma: ပုဂံခေတ်, disebut [bəɡàɰ̃ kʰɪʔ], juga dieja sebagai Bagan; juga digelar sebagai Empayar/Dinasti Pagan) disifatkan sebagai kerajaan pertama yang memerintah kawasan yang kini ialah Burma (Myanmar). Kerajaan ini berjaya menubuhkan asas kepada bahasa Burma moden serta bertanggungjawab dalam penyebaran aliran Buddha Theravada di kawasan Burma serta tanah besar Asia Tenggara.[1]

Kerajaan Pagan
ပုဂံခေတ်
849–1297
Empayar Pagan, sekitar 1210 (ketika zaman Sithu II). Kawasan utama dalam warna kuning pekat dengan kawasan sampingan dalam warna kuning cair. Kengtung dan Chiang Mai juga didakwa berada di bawah kerajaan Pagan berdasarkan hikayat-hikayat Burma.
Empayar Pagan, sekitar 1210 (ketika zaman Sithu II). Kawasan utama dalam warna kuning pekat dengan kawasan sampingan dalam warna kuning cair. Kengtung dan Chiang Mai juga didakwa berada di bawah kerajaan Pagan berdasarkan hikayat-hikayat Burma.
StatusKerajaan
Ibu negaraPagan (Bagan) (849–1297)
Bahasa yang umum digunakanBahasa Burma Kuno, Bahasa Mon, Bahasa Pyu
Agama
Buddhisme (aliran Theravada dan Mahayana), Animisme
KerajaanMonarki
• 1044–77
Anawrahta
• 1084–1112
Kyansittha
• 1112–67
Sithu I
• 1174–1211
Sithu II
• 1256–87
Narathihapate
Badan perundanganHluttaw
Era SejarahZaman Pertengahan
23 Mac 640
• Penubuhan
23 Disember 849
984 dan 1035
1050s–60s
• Kemuncak
1174–1250
• Serangan Mongol pertama
1277–87
17 Disember 1297
• Serangan Mongol kedua
1300–01
Populasi
• sekitar 1210
1.5 ke 2 juta
Mata wangKyat perak
Didahului oleh
Diganti oleh
Negara kota Pyu
Negara kota Mon
Dinasti Lemro
Kerajaan Myinsaing
Kerajaan Pegu
Dinasti Lemro
Negeri-Negeri Shan

Kerajaan ini berkembang daripada sebuah petempatan kecil di Bagan oleh masyarakat Burma (Mranma) yang memasuki lembangan sungai Irawati dari Nanzhao. Petempatan itu secara beransur-ansur menyerap kawasan-kawasan kejiranannya hingga penubuhan empayar Pagan oleh raja Anawrahta. Raja-raja seterusnya membesarkan lagi kawasan pengaruh Pagan hingga ke utara Semenanjung Melayu di selatan, kawasan sungai Salween di timur, kawasan sempadan China moden di utara dan kawasan Arakan di barat. Pagan serta Empayar Khmer bertindak sebagai empayar-empayar utama Asia Tenggara pada abad ke-12 dan ke-13.[2]

Dalam kerajaan Pagan, golongan kaya mendermakan tanah secara bebas cukai kepada golongan agama (sangha).[3] Pendermaan berterusan ini menyebabkan kekurangan tanah bagi tujuan pertanian lalu membawa kepada keretakan kesetiaan para penjawat awam kepada raja disebabkan oleh kekurangan sumber bermula dari pertengahan abad ke-13. Hal ini membawa kepada ketidakstabilan tempatan serta luaran oleh bangsa-bangsa Arakan, Mon, Mongol dan Shan. Pertempuran-pertempuran oleh pihak Mongol (1277–1301) membawa kepada keruntuhan kerajaan Pagan secara keseluruhan. Meskipun begitu, keturunan diraja Pagan kekal memerintah kawasan Burma hingga zaman dinasti terakhir Burma, Konbaung.[4]

Ekonomi kerajaan Pagan adalah berdasarkan pertanian secara majoriti, dengan sedikit unsur perdagangan. Perkembangan sektor pertanian kerajaan Pagan berjaya dalam mengembangkan ekonomi serta jumlah penduduk kerajaan. Selain itu, ketiadaan peperengan juga memainkan peranan dalam pengukuhan ekonomi.[3]

Kerajaan sunting

Kerajaan Pagan adalah berasaskan sistem mandala yang mana kawasan utama ditadbir secara terus oleh pihak pentadbiran manakala kawasan sekitarnya ditadbir sebagai kawasan jajahan (naingngan နိုင်ငံ, [nàiɴŋàɴ], "kawasan dijajah"), dan kekuasaan golongan raja berkurang apabila semakin jauh satu kawasan dari kawasan pusat empayar. Kerajaan Bagan memiliki tiga tahap pentadbiran secara umum, taing (တိုင်း, "provinsi"), myo (မြို့, "pekan"), and ywa (ရွာ, "kampung").[5]

Rujukan sunting

  1. ^ Lieberman 2003: 88–123
  2. ^ Lieberman 2003: 24
  3. ^ a b Lieberman 2003: 92-97
  4. ^ Aung-Thwin 1985: 196–197
  5. ^ Aung-Thwin 1985: 104–105
Sumber
  • Aung-Thwin, Michael (1985). Pagan: The Origins of Modern Burma. Honolulu: University of Hawai'i Press. ISBN 0-8248-0960-2.
  • Lieberman, Victor B. (2003). Strange Parallels: Southeast Asia in Global Context, c. 800–1830, volume 1, Integration on the Mainland. Cambridge University Press. ISBN 978-0-521-80496-7.