Kerajaan Sunda Galuh

Kerajaan Sunda dan Kerajaan Galuh adalah dua kerajaan Sunda yang berpecah daripada Kerajaan Tarumanagara. Menurut Tome Pires, ibu kota Sunda iaitu Dayo atau Dayueh terletak dua hari perjalanan dari muara Sungai Ciliwung di Pelabuhan Kalapa atau Jakarta. Prasasti yang dijumpai di Bogor menceritakan tentang Kerajaan Sunda sebagai pecahan kerajaan Taruma manakala prasasti Sukabumi menerangkan mengenai keadaan Kerajaan Sunda hingga ke zaman pemerintahan Sri Jayabupati. Kerajaan Galuh pula berpusat di Ciamis di sekitar pekan Kawali.

Sungai Citarum menjadi sempadan antara Sunda dan Galuh.

Sejarah sunting

Apabil raja ke 13 kerajaan Taruma, Raja Tarusbawa berniat untuk mengembalikan kegemilangan kerajaannya yang kian menurun disebabkan serangan kerajaan Srivijaya, beliau menukar nama negerinya menjadi Kerajaan Sunda. Beliau berharap dapat mengembalikan kegemilngan Sunda ketika zaman Raja Purnawarman yang memerintah Purasaba, Sundapura pada sekitar tahun 670 M. Pertukaran nama kerajaan Taruma ini membuah kesempatan kepada raja negeri Galuh iaitu Wretikandayun untuk mengisyhtiharkan kemerdekaan kerajaannya dan memutuskan pertuanan dengan kerajaan Taruma dan penggantinya.

Kerajaan Galuh ketika ini mendapat sokongan daripada Kerajaan Kalingga dari Jawa Tengah kerana putera mahkota Galuh berkahwin dengan Parwati puteri Maharani Shima dari Kalingga. Wretikandayun kemudiannya memerintahkan agar wilayah Taruma Nagara dibahagikan kepada dua begeri dengan Sungai Citarum menjadi sempadannya. Kerana kelemahan tentera Sunda, Raja Tarusbawa terpaksa menurut permintaan ini dan akhirnya pada 670 M, Taruma Nagara berpecah menjadi Kerajaan Sunda dan Kerajaan Galuh.

Lihat Juga sunting