Kereta kebal utama

(Dilencongkan dari Kereta Kebal Utama)

Kereta kebal utama (Bahasa Inggeris: main battle tank, singkatan MBT), juga dikenali sebagai kereta kebal tempur atau kereta kebal universal,[1] ialah sejenis kereta kebal yang dipenuhi dengan pelindung perisai dari tembakan langsung dan fungsi maneuver dalam kebanyakan tentera moden. Pembangunan enjin yang lebih berkuasa pada era Perang Dingin, sistem suspensi yang lebih baik dan perisai komposit yang lebih ringan menjadikan reka bentuk kereta kebal dengan daya tembakan sebuah kereta kebal super, pelindung perisai kereta kebal berat, dan ketangkasan kereta kebal ringan, bersekali pakej dengan berat kereta kebal medium. Sepanjang tahun 1960an, MBT menggantikan hampir semua jenis kereta kebal lain, membiarkan hanya beberapa fungsi spesialis untuk diisi oleh rekaan yang lebih ringan atau jenis lain kenderaan tempur berperisai.

Hari ini, kereta kebal utama dianggap sebagai komponen penting dalam tentera moden.[2] MBT moden jarang beroperasi sendirian, kerana ia disusun dalam unit perisai yang melibatkan sokongan infantri, yang mengiringi MBT melalui kenderaan tempur infantri. Ia juga sering disokong oleh pesawat pengawasan atau pesawat serangan darat.[3] Purata berat MBT berbeza mengikut negara. Purata berat MBT Negara Barat biasanya lebih tinggi daripada MBT Rusia atau China.

Ringkasan sunting

1. Periskop
2. Mantel meriam
3. Senapang sepaksi
4. Pengosong bor
5. Meriam utama
6. Optik pemandu
7. Hac pemandu
8. Plat glasis
9. Trek berantai
10. Amunisi mesingan
11. Mesingan komander

12. Hac atau kupola
13. Turet meriam
14. Gegelang turet
15. Badan
16. Saluran udara enjin
17. Bahagian enjin
18. Skirt tepi (hanya skirt depan berperisai pada kereta kebal Abrams.)
19. Pemacu sproket
20. Rangkai
21. Roda

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Ogorkiewicz, Richard (2018). Tanks: 100 Years of Evolution. Oxford: Osprey Publishing. m/s. 222. ISBN 9781472829818. OCLC 991643043.
  2. ^ House (1984), Toward Combined Arms Warfare: A Survey of 20th-Century Tactics, Doctrine, and Organization
  3. ^ Tranquiler, Roger, Modern Warfare. A French View of Counterinsurgency, trans. Daniel Lee, Pitting a traditional combined armed force trained and equipped to defeat similar military organisations against insurgents reminds one of a pile driver attempting to crush a fly, indefatigably persisting in repeating its efforts.

Templat:WWI tanks Templat:Interwar tanks Templat:WWII tanks