Kereta kebal BT (Bahasa Rusia: Быстроходный танк (БТ), Bystrokhodny tank, harafian. "kereta kebal pantas" atau "kereta kebal berkelajuan tinggi"[1]) merupakan siri kereta kebal kalavari Soviet yang dihasilkan dalam bilangan yang besar antara 1932 dan 1941. Ia berperisai ringan, tetapi bersenjata agak baik bagi masa itu, dan memiliki pergerakan terbaik dikalangan semua kereta kebal di dunia masa itu. Kereta kebal BT tanks dikenali dengan nama Betka dari akronim, atau ringkasannya Betushka.[2]

BT-2, BT-5, BT-7, BT-7M
BT-5
JenisKereta kebal ringan kereta kebal kalavari
Tempat asal Kesatuan Soviet
Sejarah perkhidmatan
Dalam perkhidmatan1932–45
PerangPerang Saudara Sepanyol, Pertempuran Khalkhin Gol, Perang Musim Sejuk. Perang Dunia Kedua
Sejarah pengeluaran
PerekaJ. Walter Christie, Morozov
Direka1930–31
PengeluarKhPZ
Dihasilkan1932–41
Jumlah dibinaover 8,000
AnekaBT-2, BT-5, BT-7, BT-7M
Spesifikasi (BT-5)
Berat11.5 tonne (12.676 tan)
Panjang5.58 m (18 ka 4 in)
Lebar2.23 m (7 ka 4 in)
Tinggi2.25 m (7 ka 5 in)
Krew3

Armor6–13 mm
Senjata
pertama
45-mm Model 32 meriam kereta kebal
Senjata
kedua
7.62-mm mesingan DT
EnjinModel M-5
400 hp (298 kW)
Kuasa/berat35 hp/tonne
Sistem ampaianChristie
Kapasiti minyak360 liter (95 US gal)
Jarak
operasi
200 km (120 bt)
Kelajuan72 km/h (44.7 mph)

Pengganti langsung kereta kebal BT adalah kereta kebal serdahana terkenal kereta kebal T-34, diperkenal pada tahun 1940, yang akan menggantikan keseluruhan kereta kebal pantas, kereta kebal infantri, dan kereta kebal serdahana Soviet yang lain dalam perkhidmatan.

Reka bentuk sunting

Variasi sunting

  • BT-1: prototaip Christie tanpa turet.
  • BT-2 Model 1932: enjin M-5-400 (salinan enjin Liberty L-12 Amerika Syarikat), tiga turet modifikasi dihasilkan: dengan meriam 37 mm tunggal; meriam 37 mm dan satu dengan mesingan DT ; tenggekan mesingan DP berkembar dan mesingan tunggal. Pada akhir 1932 diubah suai pada BT-3 tetapi dihasilkan dengan nama sama.
  • BT-3: sama seperti BT-2, dihasilkan menurut sistem metrik (mengganti sistem Imperial yang digunakan bagi kereta kebal BT-2). Dalam dokumen rasmi dirujuk sebagai BT-2.
  • BT-4: reka bentuk dengan badan dipetri dan perubahan kecil pada sistem gantungan. 3 prototaip dihasilkan (dengan badan separa kimpal)
  • BT-5: turet bilat lebih besar, meriam 45 mm, mesingan DT koakial.
    • BT-5 Model 1933: turet baru dengan dua pintu dan bustle lebih besar.
    • BT-5PKh: variasi snokel (prototaip sahaja).
    • BT-5A: versi sokongan artileri dengan howitzer 76.2 mm (beberapa dihasilkan).
    • BT-5 kereta kebal penyembur api: (prototaip sahaja).
    • PT-1A: variasi afimbia dengan badan baru (beberapa dihasilkan).


Nota sunting

  1. ^ Coox p. 641 notation #23
  2. ^ Zaloga 1984, p 74.

Rujukan sunting

  • Chamberlain, Peter, and Chris Ellis (1972). Tanks of The World. London: Cassell & Co. ISBN 0-304-36141-0.
  • Coox, Alvin D. Nomonhan; Japan Against Russia, 1939. 1985; 2 volumes. Stanford University Press. ISBN 0-8047-1160-7.
  • Zaloga, Steven J. (1984). Soviet Tanks and Combat Vehicles of World War Two. London: Arms and Armour Press. ISBN 0-85368-606-8. Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)

Pautan luar sunting