Kereta kebal ringan T-60 merupakan kereta kebal ringan yang dihasilkan oleh Soviet Union dari 1941 hingga 1942. Pada ketika itu sejumlah 6,292 telah dibina. Kereta kebal ini telah direka bagi menggantikan kereta kebal peninjau afimbia T-38.

Kereta kebal peninjau T-60
T-60 di Muzium Kereta Kebal Kubinka
JenisKereta kebal ringan
Tempat asalSoviet Union
Sejarah perkhidmatan
Dalam perkhidmatan1941–45
Digunakan olehSoviet Union
Nazi Germany (ditawan)
PerangPerang Dunia Kedua
Sejarah pengeluaran
PerekaNicholas Astrov
Direka1938–41
PengeluarFactory 37, Moscow, GAZ, Gorkiy, Factory 38, Kirov
Dihasilkan1941–42
Jumlah dibina6,292
Spesifikasi ([1])
Berat5.8 tonnes
Panjang4.10 m
Lebar2.30 m
Tinggi1.75 m
Krew2

Armor7–20 mm
Senjata
pertama
meriam 20 mm TNSh (750 rds.)
Senjata
kedua
mesingan DT 7.62 mm coax
EnjinGAZ-202 6-silinder
70 hp (52 kW)
Kuasa/berat12 hp/tonne
Sistem ampaianbatang kilasan
Kapasiti minyak320 l
Jarak
operasi
450 km
Kelajuan44 km/h

Reka bentuk sunting

 
Sebuah T-60 yang ditawan digunakan oleh pihak Jerman di Poket Kholm.

Pasukan pereka Nicholas Astrov di Kilang Moscow No. 37 telah ditugaskan bagi mereka kereta kebal peninjau afimbia dan bukan afimbia pada tahun 1938. Mereka menghasilkan prototaip T-30A dan T-30B. Yang sebelumnya telah dikilangkan sebagai kereta kebal afimbia T-40 bermula pada tahun 1940. Ia turut membawa pada T-40S (sukhoputniy, versi "daratan"), prototaip kereta kebal yang lebih berat yang dianggap terlalu rumit untuk dikilangkan. Prototaip T-30B, berkongsi chasis T-40 tetapi lebih mudah dibina dengan perisai lebih berat, telah diterima sebagai kereta kebal peninjau T-60, dan pengeluaran bermula pada Julai 1941, sejurus selepas serangan Jerman.

Sungguhpun pada mulanya bertujuan bagi membawa satu mesingan 12.7 mm seperti T-40, persenjataannya ditingkatkan kemudiannya pada meriam TNSh 20 mm, versi kereta kebal bagi ShVAK, di atas nasihat Komisioner Rakyat bagi Industri Kereta Kebal ("People's Commissar for Tank Industry") Vyacheslav Malyshev. Senjata ini mampu menembusi perisai 15 mm serenjang pada 500 m yang terbukti tidak memandai terhadap reka bentuk kereta Jerman dipertingkatkan perisai yang baru, dengan itu usaha dibuat pada tahun 1942 bagi menggantikan persenjataan T-60 dengan meriam ZIS-19 37 mm, tetapi ditinggalkan disebabkan Soviet Union kekurangan amunisi 37 mm. Disebabkan ini projek baru dimulakan bagi memasang meriam kereta kebal 45mm piwaian pada turet diubahsuai. Ia terbukti mustahil dan turet baru telah direka dan diuji dengan jayanya pada musim panas 1942. Turet baru dipasang dengan meriam yang diletakkan disebelah kanan bagi memberi ruang bagi seorang lagi krew dan satu mesingan co-axial telah ditambah. Projek ini ditamatkan apabila Stavka memilih kereta kebal ringan T-70 yang baru dihasilkan sebagai kereta kebal ringan piwaian.

Sejumlah kereta kebal T-60 telah ditawan dan digunakan bagi kegunaan Jerman sebagai Panzerkampfwagen T-60 743(r).

Kereta kebal T-60 turut digunakan bagi merekabentuk kereta kebal anti-pesawat T-90 ujian.

Kereta kebal peluncur sunting

Sebuah kereta kebal T-60 telah diubah suai menjadi peluncur pada tahun 1942 dan direka bagi ditunda oleh sebuah kapal terbang pengebom Petlyakov Pe-8 atau Tupolev TB-3 dan akan digunakan bagi membekalkan pasukan penentang partisan dengan kenderaan perisai ringan. Kereta kebal tersebut telah diringankan bagi penerbangan dengan membuang persenjataan, amunisi, lampu hadapan dan meninggalkan jumlah bahan api yang amat terhad. Sungguhpun dengan pengubahsuaiian tersebutpesawat pengebom TB-3 terpaksa melepaskan peluncur akibat aerodinamik buruk T-60 semasa penerbangan tunggalnya bagi mengelakkan daripada terhempas. Kereta kebal T-60 tersebut mendarat di padang berhampiran aerodrom selepas membuang sayap peluncur dan ekor dan kembali ke pangkalannya. Akibat kekurangan pesawat yang memiliki kuasa yang mencukupi bagi menundanya projek tersebut dibatalkan dan tidak pernah disambung semula.

TACAM Romania dan pembinasa kereta kebal Mareșal sunting

Pihak Romania mengubah suai 34 T-60 yang ditawan sebagai pembinasa kereta kebal TACAM T-60 pada tahun 1943. Mereka dilengkapi dengan M1936 (F-22) meriam division 76 mm Soviet yang ditawan yang dipasang pada superstruktur berperisai ringan terbuka di atas dan belakangnya, tatarajah biasa bagi pembinasa kereta kebal pada masa tersebut. Kesemua kenderaan yang terselamat telah dirampas oleh Soviet selepas Romania berpaling tadah kepada Pihak Berikat pada Ogos 1944.

Pihak tentera Romania memulakan pembangunan bagi kenderaan tempur berperisai pada penghujung 1942, menghasilkan pembinasa kereta kebal Mareșal. Rekabentuknya diilhamkan dari pembangunan pembinasa kereta kebal ringan Jagdpanzer 38 Jerman. Prototaip berikutnya memasang meriam anti kereta kebal 75 mm Reșița Model 1943 Romania dan dikuasai oleh enjin Hotchkiss buatan Perancis. Kesemua prototaip kemudiannya dirampas oleh Soviet dan tiada lagi pembangunan selanjutnya dibenarkan selepas Romania bertukar pihak.[2]


Rujukan sunting

  1. ^ Zaloga 1984, p 116.
  2. ^ "Maresal". WorldWar2.ro - Romanian Armed Forces in the Second World War. Dragos Pusca; Victor Nitu. Dicapai pada 2015-09-29.

Sumber sunting

  • Miller, Steven (2000). Tanks of the World: From World War I to the Present Day. Osceola, WI: MBI Publishing. ISBN 0-7603-0892-6.
  • Zaloga, Steven J.; James Grandsen (1984). Soviet Tanks and Combat Vehicles of World War Two. London: Arms and Armour Press. ISBN 0-85368-606-8.


Pautan luar sunting

Templat:WWIISovietAFVs