Kereta kebal dalam Perang Dunia Pertama

rencana senarai Wikimedia

Pembangunan kereta kebal semasa Perang Dunia Kedua bermula sebagai penyelesaian kepada keadaan terkandas akibat perperangan parit yang berlaku di Perbatasan barat]]. Prototaip pertama bagi kereta kebal Mark I diuji bagi Tentera British pada 8 September 1915. Sungguhpun pada awalnya dinamakan "kapal darat" oleh Tentera British, kenderaan awal diruk sebagai "pengangkut air" (kemudian dipendekkan kepada tangki/("tank") bagi merahsiakannya.

Kereta kebal British Mark V (Jantan)
Keretak kebal British "Mark V— di atas atap kereta kebal terdapat alang keluar parit pada rel, yang boleh disangkut pada trek dan digunakan bagi keluar dari perparitan berlumpur dan lubang bedilan meriam
1917: kereta kebal British yang dimusnahkan oleh Jerman di Perbatasan Barat semasa Perang Dunia Kedua

Ketika pihak British mendahului dalam pembangunan kereta kebal, pihak Perancis tidak berada jauh di belakang dan melancarkan kereta kebal pertama mereka pada tahun 1917. Empayar Jerman sebaliknya lambat membangunkan kereta kebal, sebaliknya memberi tumpuan kepada senjata anti-kereta kebal.

Keputusan awal bercampur-campur dengan kelemahan dari segi boleh diharapkan. masalah ini menyebabkan kadar kemerosotan semasa pertempuran dan gerakan. Muka bumi yang dibom hebat hampir tidak mampu dilalui oleh kenderaan biasa, dan hanya kereta kebal gerak tinggi seperti Mark dan FT boleh digunakan dengan baik. Bentuk rhomboid Mark I bererti ia mampu merentasi halangan besar, lebih baik berbanding kebanyakan kenderaan tempur berperisai.

Bersama kereta kebal, meriam gerak sendiri pertama dan pengangkut tentera berperisai pertama juga diperkenalkan semasa Perang Dunia Kedua. (* Kereta kebal Mark V dibina dengan ruang di dalam untuk satu skuad kecil tentera pejalan kaki).

Konsep asal kereta kebal sunting

 
Mark 3II; kereta kebal no. 799 ditawan berhampiran Arras pada 11 April 1917.
 
Kereta kebal British yang ditawan pihak Jerman pada 1917
 
1917: Kereta kebal British yang ditawan Jerman sedang diangkut melalui jalan kereta api.
 
Pasukan Jerman menggunakan kereta kebal British Mark IV yang ditawan semasa Pertempuran Kedua Marne.

Konsep asal kereta kebal boleh dikatakan bermula sejak zaman silam lagi, dengan mesin pengepongan pelik dan sepertinya. Reka bentuk 'kereta kebal' terkenal oleh Leonardo da Vinci menandakan cubaan pertama bagi menghasilkan konsep pratikal tetapi tidak pernah melepasi lakaran di atas kertas. Samaada ia mempengaruhi apa-apa selepasnya tidak diketahui. Dengan kedatangan Rovolusi Industri dan penghasilan enjin wap, ia tidak lama sebelum James Cowan membentangkan cadangannya bagi Penyondol Darat Berkuasa Wap ("Steam Powered Land Ram" pada tahun 1855, pada penghujung Perang Crimean. Kelihatan seperti topi pada roda Boydell 'berkaki', contoh awal roda Pedrail dan trek katerpilar, ia pada asasnya merupakan traktor wap berperisai dilengkapi dengan meriam dan (bayangan sabit berputar Boudica) pada sisinya. Lord Palmerston dikatakan mengenepikannya sebagai 'gasar', tetapi sebenarnya, ia tidak pratikal secara mekanikal.

 
Traktor wap bertrek David Roberts
 
Traktor Hornsby
 
Traktor artileri (di sini traktor Holt) sedang digunakan oleh Tentera Perancis pada 1914-1915. Di sini, di Vosges, Musim Bunga 1915.

Dari 1904 hingga 1909, David Roberts, jurutera dan pengurus besar Hornsby & Sons dari Grantham, membina siri traktor menggunakan 'trek-berantai' yang dipatennya yang diuji gerakannya oleh Tentera British, seksyen kecil yang ingin membuat penilaian sebagai traktor artileri. Pada satu peringkat, pada 1908, pegawai yang berpandangan jauh mengulas kepada Robert bahawa dia patut mereka mesin baru dengan perisai yang mampu mengangkut meriamnya sendiri. Tetapi, kecewa selepas bertahun mengubah suai kenderaan tersebut untuk Tentera, Robert gagal meneruskan idea tersebut.

Seorang jurutera Austria, Gunther Burstyn, mendapat inspirasi dari traktor Holt, mereka kenderaan bertrek, berperisai pada 1911 membawa meriam ringan pada turet berputar; turut dilengkapi dengan 'lengan' bersendi, dua dihadapan dan dua dibelakang, membawa roda pada hujungnya bagi membantu merentasi halangan dan perparitan, ia memiliki reka bentuk amat maju sungguhpun kecil sedikit. Kerajaan Austria-Hungary berkata ia berminat sekiranya Burstyn mampu mendapatkan sokongan dagangan bagi membina prototaip. Ketiadaan jaringan hubungan sosial yang diperlukan, dia terpaksa melupakannya. Pendekatan dengan kerajaan Jerman turut mengecewakan.

Pada tahun 1912, Lancelot De Mole dari Australia Selatan, menghantar cadangan kepada Pejabat Perang British bagi kenderaan "rel berantai yang mampu dipandu dan membawa muatan berat merentasi tanah tidak rata dan perparitan". De Mole membuat beberapa cadangan lagi kepada Pejabat Perang selepas 1912, pada 1914 dan 1916, dengan puncak cadangan pada akhir 1917, dilengkapi dengan model berskala besar satu perlapan, malangnya ia gagal. Cadangan De Mole sudahpun memiliki muka memanjat, yang biasa bagi kereta kebal British akhir Prang Dunia Pertama, tetapi ia tidak diketahui samaada terdapat sebarang kaitan. Pertanyaan oleh kerajaan Australia, selepas perang, menghasilkan jawapan sopan bahawa idea Mr. De Mole malangnya terlalu maju bagi waktunya untuk diterima pada nilai sebenarnya. Jawatan kuasa Penghargaan bagi Pencipta ("The Commission on Awards to Inventors") pada 1919, yang menghakimi kesemua saingan tuntutan bagi pembangunan kereta kebal, mengakui kebijaksanaan reka bentuk De Mole, malah menganggap ia lebih baik berbanding mesin sebenarnya yang dibangunkan, tetapi kerana belanjawan sempitnya, hanya mampu membuat bayaran sebanyak £987 kepada De Mole bagi menampung perbelanjaannya. Sebagai sisipan, De Mole mengulas bahawa pada tahun 1919 dia digesa oleh rakannya sebelum perang untuk berjumpa pihak Jerman dengan reka bentuknya, tetapi enggan disebabkan sifat patriotiknya.

 
Kereta berperisai Perancis: Charron-Girardot-Voigt 1902.

Sebelum Perang Dunia Pertama, kenderaan bermotor tidak begitu biasa, dan kegunaan mereka di medan pertempuran pada awalnya terhad, terutama bagi kenderaan berat. Tidak lama kemudian, kereta berperisai menjadi semakin biasa dengan kebanyakan pihak bermusuh, terutama di lapangan terbuka. Malah, pada 23 Ogos 1914, Kolonel Perancis Jean-Baptiste Eugène Estienne, kemudiannya penyokong kereta kebal utama, mengistiharkan: Messieurs, la victoire appartiendra dans cette guerre à celui des deux belligérants qui parviendra le premier à placer un canon de 75 sur une voiture capable de se mouvoir en tout terrain ("Tuan-tuan, kemenangan akan dicapai, dalam perperangan ini, kepada satu dari dua pihak bermusuhan yang pertama memasang meriam 75 mm pada kenderaan yang mampu merentasi sebarang jenis muka bumi").

Kereta berperisai terbukti amat berguna di kawasan terbuka seperti di gurun padang pasir, tetapi tidak begitu baik bagi melepasi halangan (contoh. perparitan, halangan) atau muka bumi yang lebih mencabar. Satu isu lain adalah ia sukar menambah lebih banyak perisai atau persenjataan disebabkan kuasa enjin yang terhad masa itu.

Had utama merupakan pada roda, yang memberikan tekanan darat tinggi menurut berat kenderaan. Ini mampu diselesaikan dengan menambah lebih banyak roda, tetapi kecuali ia turut dipancu, kesannya adalah mengurangkan cengkaman pada roda dengan kuasa. Memandu tayar tambahan bererti peningkatan berat pancuan pandu; dengan itu memerlukan enjin lebih besar dan berat bagi mengekalkan prestasi. Lebih teruk lagi, tidak satupun berat tambahan ini digunakan bagi meningkat perisai atau persenjataan yang dibawa, dan kenderaan ini masih tidak mampu merentasi muka bumi amat kasar.

Penggunaan trek katerpilar ("caterpillar track") menawarkan penyelesaian baru kepada masaaalah tersebut. Trek tersebut mengagihkan berat kenderaan pada luas permukaan yang lebih besar, yang kesemuanya digunakan bagi menggerakkan kenderaan. Had pada perisai dan kuasa tembakan tidak lagi pada tekanan tanah tetapi pada kusa dan berat logi kuasa.

Isu yang kekal adalah bagaimana untuk tata rajah dan menggunakan kenderaan, yang akan mula diselesaikan oleh Jawatankuasa Kapal Darat dan Jawatan Kuasa Pencipta. Pelbagai konsep lain akan digabungkan, seperti keluli khas bagi perisai, muka memanjat bagi trek, dan senjata yang dipasang pada turet berputar.

 
Major Jeneral Swinton bersama Benjamin Holt di Stockton, California bergantung kepada jasa baik England', bagi ciptaan yang membantu memenangi Perang Dunia Pertama.

Tetapi sebelum ini berlaku seseorang perlu memulakan keseluruhan proses bergerak. Orang ini adalah Major Ernest Dunlop Swinton Jurutera Diraja ("Royal Engineers - RE"), pegawai perhubungan perang rasmi yang bertugas di Perancis pada tahun 1914. Swinton menceritakan dalam bukunya Eyewitness bagaimana dia mendapat idea bagi membina kereta kebal pada 19 Oktober 1914, ketika memandu kereta di utara Perancis. Bagaimanapun, telah diketahui bahawa pada Julai 1914 dia menerima surat daripada rakannya, jurutera Afrika Selatan Hugh Merriot, meminta dia memberi perhatian pada fakta bahawa traktor berperisai mungkin berguna dalam perperangan. pada November 1914 Swinton mencadangkan idea kenderaan trek berperisai kepada pihak berkuasa tentera, dengan menghantar cadangan kepada Lieutenant-Kolonel Maurice Hankey. Hankey pula cuba menarik perhatian Lord Kitchener pada idea tersebut; apabila ianya gagal dia menghantar memorandum pada Dicember kepada Jawatan Kuasa Pertahanan Imperial ("Committee of Imperial Defence"), dalam mana dia sendiri merupakan setiausaha; Laksamana Turus Pertama ("First Lord of the Admiralty") Winston Churchill merupakan salah seorang ahlinya. Hankey mencadangkan membina penggolek keluli gergasi, ditolak oleh traktor bertrek, bagi melindungi infantri yang mara. Churchill seterusnya menulis nota pada 5 Januari kepada Perdana Menteri Herbert Asquith, dalam mana dia memberi amaran bahawa pihak Jerman pada bila-bila masa mungkin akan memperkenalkan sistem seumpama dengannya. Asquith yang kini bimbang kini mengarahkan Kitchener untuk membentuk jawatan Kuasa Pencipta dipengerusi oleh Jeneral Scott-Moncrieff bagi mengkaji pembangunan kenderaan berperisai; jawatankuasa ini bagaimanapun memutuskan pada Februari 1915 bahawa kenderaan seperti itu tidak pratikal dan menasihatkan agar tidak membangunkannya.

Jawatankuasa Kapal Darat sunting

Winston Churchill bagaimanapun memutuskan bahawa sekiranya Tentera tidak mengambil idea tersebut, Tentera laut DiRaja perlu meneruskannya secara bebas, sungguhpun ia akan melampaui had keupayaannya. Dia mencipta — dengan mengenepikan bangkangan orang bawahannya yang keliru — satu Jawatankuasa Kapal Darat pada Februari 1915, pada awalnya menyiasat rekabentuk bagi pengangkut tentera besar. Ketika gambaran sebenar keadaan perbatasan hadapan mula terbentuk matlamat penyiasatan itu berubah. bersama dengan Jawatankuasa Pencipta sebelumnya syarat bagi kenderaan berperisai dibentuk yang mampu kelajuan 4 bsj (6 km/h), memanjat tembok setinggi 5 kaki (1.5 m), merentasi ruang seluas 8 kaki (2.4 m), dan bersenjatakan mesingan dan artileri ringan. Cadangan yang serupa turut bergerak melalui GHQ Tentera di perancis dan pada Jun Jawatankuasa Kapal Darat membuat beberapa usaha perkhidmatan bersama antara Jabatan Perang dan Admiralti (Tentera Laut). Pembabitan Tentera Laut dalam rekabentuk AFV pada asalnya bermula melalui Division Kereta Berperisai Perkhidmatan Udara Tentera Laut DiRaja, satu-satunya unit British yang menggunakan AFV pada 1914; menghairankan sehingga akhir peperangan kebanyakan ujian berkaitan kenderaan darat berat akan dilakukan oleh unit udara Tentera Laut N°20.

 
Kereta kebal Tsar Empayar Russia.

Pada awalnya melindungi traktor meriam berat dengan perisai kelihatannya sebagai pembangunan paling berpotensi. Selain itu, rekabentuk 'roda besar' menurut kereta kebal Czar Empayar Russia pada tahun 1915 difahami sebagai tidak pratikal. Bagaimanapun, mengunapakai rekabentuk katerpilar Syarikat Holt sedia ada — satu-satunya traktor bertrek lasak yang sedia ada pada tahun 1915 — menjadi mesin perang, sebagaimana Perancis, Jerman dan Amerika Syarikat lakukan, diputuskan tidak sesuai kerana Holt menunjukkan tidak mampu memberikan jumlah yang mencukupi bagi penghasilan pukal berpanjangan. Sungguhpun perisai dan sistem persenjataan mudah didapati, katerpilar sedia ada yang lain dan unit gantungan terlalu lemah dan enjin sedia ada disedari kurang kuasa bagi gergasi berperisai yang dibayangkan oleh pereka. Trektor Killen-Strait dengan tiga trek digunakan bagi ujian pertama pada Jun tetapi terlalu kecil untuk pembangunan lanjut. Kenderaan trek tunggal Pedrail British yang besar terbukti tidak sesuai. Ujian bagi menggabung dua traktor American Bullock turut gagal. Terdapat juga perbezaan pendapat yang besar di antara beberapa ahli jawatankuasa. Kolonel R.E.B. Crompton, veteran jurutera tentera dan pemula eletrik, melakar banyak rekabentuk bersama Lucien Legros bagi kenderaan pengangkut tentera dan dilengkapi meriam, untuk menggunakan trek samada Bullock atau variasi PedrailPada masa yang sama, Leftenan Robert Macfie, dari RNAS, dan Albert Nesfield, jurutera bertempat di Ealing, mereka sejumlah kenderaan terk berperisai, yang memasukkan 'muka memanjat' hadapan bersudut bagi terk itu. Kedua mereka bermusuhan ketika rancangan mereka tidak berhasil, Macfie terutamanya berdendam terhadap ahli Jawatankuasa Kapal Darat yang lain selepas perang.

 
Little Willie menunjukkan roda panduan belakangnya

Bagi menyelesaikan ancaman usaha terlerai, ia menempah pada lewat Julai satu kontrak dengan William Foster & Co. Ltd, syarikat yang telah melakukan kerja rekabentuk sebelum perang bagi traktor berat dan dikenali oleh Churchill dari ujian lebih awal berkait dengan kenderaan perbekalan merentasi perparitan, bagi menghasilkan kenderaan pembuktian konsep dengan dua trek, berasaskan pemanjangan kerangka traktor Bullock. Kerja pembinaan bermula tiga minggu berikutnya.

 
Mark I (Big Willie), bergerak dari kiri ke kanan. Bentuk amat rhomboidal membenarkannya memanjat halangan tinggi. Gambar oleh Ernest Brooks.

Fosters of Lincoln membina "Little Willie" 14 tan, yang pertama kali berjalan pada 8 September. Digerakkan oleh enjin 105 hp (78 kW) Daimler, kota berperisai 10-kaki-high (3.0 m) pada awalnya dilengkapi dengan katerpilar Bullock rendah. Turet atas berputar dirancang dengan meriam 40 mm tetapi dibatalkan kerana masalah berat, menjadikan kenderaan akhir tanpa senjata dan tidak lebih selain bagi medan ujian bagi sistem terk rumit. Kesukaran dengan bekalan trek perdagangan mendorong kepada Tritton mereka sistem trek baru sepenuhnya berbeza dengan, dan lebih lasak berbanding sebarang sistem yang digunakan masa itu. Rekabentuk berikutnya oleh Leftenan Walter Gordon Wilson RNAS, jurutera motor sebelum-perang, menambah bingkai trek lebih besar pada badan "Little Willie". Untuk mencapai tuntutan melepasi jurang bentuk rhomboidal dipilih—memanjangkan bentuk bagi meningkatkan jejak trek dan keupayaan memanjat. Bagi mengekalkan pusat graviti rendah rekabentuk turet berputar ditinggalkan digantikan dengan sponson pada sisi badan dipasang dengan meriam 6-poun (57 mm) Tentera Laut. Spesifikasi akhir dipersetujui pada akhir September untuk ujian pada awal tahun 1916, dan menghasilkan "Big Willie" 30 tan (kemudiannya dikenali sebagai Ibu ("Mother")) bersama dengan kereta kebal "Little Willie" melalui ujian di Taman Hatfield pada 29 Januari dan 2 Februari. Kedatangan pada ujian kedua termasuk Lord Kitchener, Lloyd George, Reginald McKenna dan sejumlah kenamaam politik. pada 12 Februari tempahan awal bagi 100 kenderaan jenis "Mother" diberikan, kemudian ditingkatkan kepada 150.

Sungguhpun kapal darat merupakan istilah sesuai yang diberikan oleh jawatankuasa Admiralti, ia dianggap terlalu menggambarkan dan boleh mendedahkan niat pihak British. Dengan itu, jawatankuasa mencari istilah kod yang sesuai bagi kenderaan tersebut. Pekerja kilang pemasangan kenderaan telah diberitahu bahawa mereka menghasilkan "tangki air bergerak" bagi perperangan gurun di Mesopotamia. Istilah Bekas Air ("Water Container") dipertimbangkan tetapi ditolak kerana jawatankuasa pastinya jawatankuasa itu akan dikenali sebagai Jawatankuasa WC (WC membawa erti water closet yang merupakan istilah biasa British bagi jamban curah). Istilah tank, dari perkataan ("water tank"), akhirnya diterima pada Disember 1915 sebagai nama rasmi. Sejak dari itu, istilah "tank" diterima pakai dikalangan tentera British dan juga Jerman, tetapi ditolak oleh Perancis. Sungguhpun di Jerman perkataan Tank merujuk khusus kepada jenis Perang Dunia Pertama (berbeza dengan Panzer moden), dalam bahasa Inggeris, Russia, dan bahasa lain nama bagi kenderaan berperisai semasa masih berasaskan perkataan tank.

 
Gambar propaganda Jerman menunjukkan kereta kebal British memusnahkan sebatang pokok.

Lagenda menyatakan bahawa selepas disiapkan, kereta kebal dihantar ke Perancis dalam kotak kayu besar. Bagi merahsiakan dan menjauhi keinginan ingin tahu, kotak dan kereta kebal itu sendiri ditandakan dengan destinasi di Russia bagi Petrograd. Sebenarnya kereta kebal tidak pernah dihantar dalam kotak kayu: tulisan Russia diletakkan pada badan untuk pengangkutan mereka dari kilang ke pusat latihan pertama di Thetford.

Lima puluh kereta kebal pertama dihantar ke Perancis pada 30 Ogos. Mereka adalah 'jantan' atau 'betina' bergantung kepada samaada persenjataan mereka adalah meriam 57 mm atau beberapa mesingan Hotchkiss atau mesingan Vickers yang lebih kecil. Anak kapal seramai lapan, empat dari mereka diperlukan bagi mengendalikan stering dan gear pemanduan. Kereta kebal ini mampu bergerak dengan kelajuan 6 km/h (4 mph), menyamai kelajuan perbarisan infantri dengan mana mereka perlu digabungkan bagi membantu memusnahkan mesingan musuh.

Selepas perang, Jawatankuasa DiRaja bagi Anugerah pada Pencipta memutuskan bahawa pencipta Kereta Kebal adalah Sir William Tritton, pengurus besar Fosters dan Major Walter Gordon Wilson.

Ujian melalui bedilan sunting

 
Schneider CA1 kereta kebal Perancis pertama.

Kereta kebal telah digunakan di Perancis sejak tahun 1916, tetapi ia didapati memiliki kecacatan dalam rekabentuknya. masalah utama merupakan ketidakupayaan kereta kebal untuk bergerak merentasi muka bumi yang tidak rata. Kereta kebal ini terdiri daripada komander, pemandu, dua pengendali, dan empat jurutembak[1].

Penggunaan pertama kereta kebal di medan petempuran adalah penggunaan 49 kereta kebal Mark I British dalam Pertempuran Somme pada 15 September 1916, dengan keputusan bercampur, meskipun masih mengkagumkan walaupun banyak yang rosak tetapi hampir satu pertiga berjaya lepas lalu. Daripada empat puluh sembilan yang dihantar ke Somme, hanya tiga puluh dua mampu memulakan serangan pertama di mana mereka digunakan, dan sembilan berjaya merentasi "tanah perantaraan" dengan garis Jerman. Kereta kebal itu telah digesa ke medan pertempuran sebelum rekabentuk cukup matang (membelakangi kehendak Churchill), dan jumlahnya kecil, tetapi kegunaan mereka memberikan maklum balas penting mengenai bagaimana merekabentuk kereta kebal baru, keutuhan konsep, dan potensi mereka bagi menukar perjalanan perperangan. Sebaliknya, Tentera Perancik mengkritik penggunaan sejumlah kecil kereta kebal British dimedan pertempuran ini. Mereka merasakan bahawa pihak British mensia-siakan senjata rahsia kerana menggunakannya dalam jumlah yang kecil untuk memberi keputusan mutlak. Salah satu daripada 2 kereta kebal yang melepasi garis Jerman pada 15 September telah membedil Norfolk ke-9, menyangka mereka sebagai tentera Jerman.[2]

Mark I berkeupayan beraksi dalam medan pertempuran sebenar dalam Perang Dunia Pertama, salah satu medan pertempuran paling sukar yang pernah dilalui. Ia berhadapan dengan masalah kebolehharapan, tetapi apabila berfungsi, ia mampu merentasi perparitan atau kawah seluas 9 kaki (2.7 m) dan merentasi kawat berduri. Ia masih masalah biasa untuk tersangkut, terutama dalam kawah bom yang besar, tetapi bentuk rhomboid keseluruhan membenarkan pergerakan muka bumi melampau.

 
Topeng percikan yang digunakan oleh krew kereta kebal semasa Perang Dunia Pertama

Kebanyakan kereta kebal Perang Dunia Pertama hanya mampu bergerak paling cepat pada kepantasan pejalan kaki. Perisai keluli mereka mampu menghentikan tembakan senjata kecil dan serpihan dari peluru artileri letupan kuat. Bagaimanapun, ia lemah terhadap tembakan tepat artileri dan peluru motar. Persekitaran di dalam amat tidak selesa; atmosfera tercemar dengan karbon dioksida beracun, wap bahan api dan minyak dari enjin dan asap kordite dari senjata kerana pengudaraan tidak mencukupi. Suhu di dalam mampu mencecah 50°C (122°F). Keseluruhan krew pengsan atau jatuh sakit teruk apabila kembali terdedah kepada udara segar.

Untuk mengatasi asap di dalam dan ancaman percikan peluru atau serpihan dan lantunan rivet yang terpelanting di dalam rangka kereta kebal, krew mengenakan topeng dengan gogle dan topeng berantai. Topeng gas juga merupakan pemberian piwaian, kerana ia diberikan kepada kesemua tnetera pada tempoh ini semasa peperangan (lihat perperangan kimia). Perisai sisi setebal 8 mm pada asalnya mampu menahan tembakan senjata ringan, tetapi mampu dutembusi dengan peluru K perobek perisai yang baru dimajukan. Terdapat juga bahaya ditumpaskan oleh infantri dan diserang dengan bom tangan. Generasi berikutnya memiliki perisai lebih tebal, menjadikannya hampir kebal terhadap peluru K. Sebagai tindak balas, pihak Jerman membangunkan rifle anti-kereta kebal khusus yang lebih besar, dan juga Geballte Ladung ("Peletup Gugus")—Beberapa bom tangan biasa diikat segugus untuk menghasilkan letupan lebih kuat.

Kuasa enjin turut menjadi had utama bagi kereta kebal; sekitar seratus kuasa kuda memberikan kadar kuasa berbanding berat 3.3 kuasa kuda/tan (2.5 kW/ton). Menjelang akhir abad ke-20, kadar kuasa pada berat melampaui 20 kuasa kuda/tan (15 kW/ton).

Ramai yang merasakan disebabkan Komander British Field Marshal Douglas Haig sendiri merupakan tentera kalaveri berkuda, pemerintahnya gagal menyedari nilai kereta kebal. Sebenarnya, doktrin tentera kalaveri berkuda semasa Perang Dunia Pertama adalah "mengikuti tembus lalu dengan serangan mengacau di belakang", tetapi tidak terdapat tembus lalu di Perbatasan Barat sehingga ketibaan kereta kebal. Disebalik anggapan pandangan Haig sebegitu, dia membuat tempahan bagi 1,000 kereta kebal sejurus selepas kegagalan di Somme dan kekal tegas menyokong pengeluaran lanjut.

Pada tahun 1919, Major Jeneral Sir Louis Jackson berkata: "Kereta kebal adalak pelik. Keadaan yang memerlukankewujudannya adalah pengecualian dan tidak mungkin berulang. Sekiranya ia berlaku, ia mampu ditangani melalui cara lain."[3]

Perancis pada masa yang sama membangunkan Kenderaan Tempur Berperisainya sendiri, tetapi keadaan di sana amat berlainan. Di Britain jawatankuasa tunggal menyelaras rekabentuk, dan terpaksa mengatasi tentangan awal Tentera, sementara pengilang utama kekal kaku. Hampir keseluruhan usaha pengeluaran dengan itu ditumpukan kepada kereta kebal Mark I dan penggantinya, kesemua memiliki bentuk yang serupa. Di Perancis, sebaliknya, terdapat banyak dan garis pembangunan yang bertentangan yang lemah disepadukan, menyebabkan tiga jenis pengeluaran utama yang agak berlainan. Satu syarikat pengeluar persenjataan utama, Schneider, memulakannya pada Januari 1915 dan cuba membina kenderaan berperisai pertama berasaskan traktor Baby Holt tetapi proses pembangunan awal adalah perlahan sehingga pada bulan Julai mereka menerima sokongan politik, malah Presiden, dengan menggabungkan projek mereka dengan pemotong dawai mekanikal yang direka oleh ahli politik dan jurutera Jean-Louis Bréton. Pada bulan Disember 1915, Kolonel Estienne yang berpengaruh membuat Komander Agung amat teruja dengan idea mencipta pasukan berperisai berasaskan kenderaan ini; sokongan kuat Tentera terhadap kereta kebal adalah berterusan sepanjang dekat berikutnya. Seawal Januari dan Februari 1916 tempahan yang agak besar telahpun dibuat, pada masa itu dengan jumlah keseluruhan 800 jauh lebih besar berbanding pihak British.

 
Kereta kebal Perancis, St. Chamond memiliki badan yang panjang dengan sebahagian besar kenderaan menonjol kehadapan dari trek katerpila pendek, menjadikannya cenderung tersangkut di dalam parit.

Minat Tentera dan terkocah-kocah membuat tempahan turut juga memiliki kelemahan. Akibat pembabitan pegawai tentera yang tidak berpengalaman diperintah mencipta kereta kebal baru berasaskan kerangka Holt 75 kuasa kuda yang lebih besar dalam tempoh yang singkat, kereta kebal Perancis pertama memiliki rekaan lemah berkenaan keperluan merentasi perparitan dan tidak mengikuti laluan pemasangan sponson seperti kereta kebal British. Kereta kebal Char Schneider CA pertama dilengkapi dengan howitzer 75 mm pendek, tetapi memiliki pergerakan yang lemah disebabkan terk pendek digabung dengan badan yang tergandung di hadapan dan di belakang. Ia juga tidak boleh diharapkan; secara maksima hanya sekitar 130 daripada 400 yang dibina pernah beroperasi pada masa yang sama. Kemudian persaingan pengilangan mula memainkan peranan merosakkan: ia mencipta Char St Chamond berat, pembangunan selari yang tidak diminta oleh Tentera tetapi diluluskan oleh kerajaan melalui pelobi industri kerajaan, yang memuatkan persenjataan yang lebih mengkagumkan — meriam 75 mm nya adalah meriam paling berkuasa yang digunakan oleh mana-mana kereta kebal beroperasi sehingga 1941 — tetapi turut menggabungkan kebanyakan kelemahan Schneider CA dengan badan tergantung yang lebih besar. Inovasi transmisi petro eletriknya, sungguhpun membenarkan pemanduan mudah, tidak dibangunkan mencukupi dan membawa kepada sejumlah besar kegagalan.

 
FT-17, kereta kebal "moden" pertama

Tetapi daya cipta industri turut mendorong kemajuan pesat. Industri kereta, yang sudah biasa dengan kenderaan pengeluaran pukal dan memiliki lebih banyak pengalaman dalam tatarajah kenderaan, pada tahun 1916 mereka kereta kebal ringan pratikal pertama, kelas kereta kebal yang diketepikan oleh British. Ianya adalah rekabentuk kereta kebal kecil Renault yang baik, FT-17 (yang menang mengatasi model Peugeot), memasukkan muka memanjat betul yang baik bagi trek, dan kereta kebal pertama menggunakan turet dipasang di bahagian atas dengan enjin di bahagian belakang. Ia merupakan kereta kebal pertama yang menggunakan turet bahagian atas dengan putaran penuh. Malah FT dalam banyak aspek merupakan kereta kebal "moden" memiliki tatarajah yang telah diikuti oleh hampir kesemua pereka sejak itu: pemandu di bahagian hadapan; persenjataan utama dalam turet putaran penuh di atas; enjin dibelakang. Model sebelumnya merupakan "kereta kebal kotak", dengan satu ruang sesak menggabungkan peranan bilik enjin, ruang tempur, stok peluru dan kabin pemandu. FT-17 memiliki pengeluaran terbesar bagi sebarang kereta kebal perang, dengan sekitar 3,700 dibina, lebih banyak berbanding keseluruhan jumlah kereta kebal British digabung. Samaada ini akan berlaku bukanlah pasti; sesetengah bahagian dalam tentera Perancis melobi kepada pilihan lain penghasilan pukal kereta kebal lampau berat. Banyak usaha mereka bentuk telah dicurahkan bagi pembangunan arah ini menghasilkan Char 2C gergasi, kereta kebal paling rumit dan maju dari segi teknologi pada masa itu. Kerumitannya memastikannya ia dihasilkan terlalu lewat untuk menyertai Perang Dunia Pertama dan dalam jumlah yang amat kecil hanya sepuluh, tetapi ia merupakan kereta kebal pertama yang memiliki turet tiga orang; paling berat beroperasi dalam perkhidmatan sehingga akhir Perang Dunia Kedua dan masih paling terbesar pernah beroperasi.

Pengeluaran kereta kebal Perancis pada mulanya tertinggal di belakang British. Bagaimanapun, selepas Ogos 1916 pengilang kereta kebal British berhenti seketika untuk menunggu rekabentuk lebih baik, membenarkan Perancis mengatasi sekutu mereka dari segi jumlah. Apabila pihak Perancis menggunakan kereta kebal mereka buat kali pertama pada 16 April 1917, semasa Serangan Nivelle, mereka memiliki empat kali ganda kereta kebal. Tetapi ia tidak lama bertahan kerana serangan itu merupakan kegagalan besar; kereta kebal Schneiders dan chars St Chamond (yang beraksi kali pertama pada 5 May) tidak memiliki keupayaan merentasi perparitan sebagaimana kereta kebal British dan dihancurkan oleh tumpuan tembakan artileri Jerman.

Pertempuran Cambrai sunting

 
Kereta kebal FT-17 Kanada mara dalam Pertempuran Cambrai

Kejayaan pertama dalam penggunaan kereta kebal berlaku dalam Pertempuran Cambrai (1917). Kolonel British J.F.C. Fuller, chief of staff bagi Kor Kereta kebal, merancang pertempuran tersebut. Kereta kebal itu melakukan tembus lalu yang tidak pernah berlaku sebelumnya tetapi, sebagaimana biasa di Perbatasan Barat, peluang itu tidak digunakan sepenuhnya. Peliknya, kalavari berkuda yang akan diganti tidak lama kemudian yang telah ditugaskan dengan tugas meneruskan serangan kereta kebal bermotor itu.

Kereta kebal menjadi semakin berkesan ketika pengajaran kereta kebal awal diserap. Pihak British menghasilkan Mark IV pada tahun 1917. Sama seperti kereta kebal Mark sebelumnya dari segi rupa, pembinaannya dianggap telah menghasilkan mesin yang lebih boleh diharap, laras panjang meriam tentera laut dipendekkan (laras meriam lebih panjang sebelumnya, cenderung terbenam dalam lumpur ketika melepasi halangan) dan perisai ditingkatkan sekadar mencukupi bagi mengatasi peluru perobek perisai Jerman.

Keperluan berterusan bagi lima orang untuk memandu kereta kebal diselesaikan dengan Mark V yang menggunakan gear epicyclic Wilson pada tahun 1918. Juga pada tahun 1918 Perancis menghasilkan Renault FT-17, hasil kerjasama antara Estienne dan Louis Renault. Sebagaimana disebutkan dahulu, ia memiliki kedudukan turet ciptaan baru, dan dikendali oleh dua orang. Hanya pada 8 tan ia hanya separuh dari berat kereta kebal Whippet serdahana A tetapi versi dengan meriam memiliki lebih kuasa tembak. Ia dihasilkan bagi penghasilan pukal, dan FT akan menjadi kereta kebal Perang Dunia Pertama terbanyak dihasilkan dengan jarak besar dengan lebih 4,500 dihasilkan, dan juga turut diguna dan dihasilkan oleh Amerika Syarikat.

Pada Julai 1918, Pihak Perancis menggunakan 480 kereta kebal (kebanyakannya FT) pada tahun 1918 dalam Pertempuran Soissons (1918), dan terdapat perancangan serangan lebih besar pada tahun 1919. Bagi Entente lebih 30,000 kereta kebal dicadangkan untuk turut bertempur pada tahun itu.

Villers-Bretonneux: kereta kebal melawan kereta kebal sunting

 
Kereta kebal Jerman A7V di Roye pada 21 March 1918.
Kereta kebal Perang Dunia Pertama membantu pihak Berikat dengan kemaraan di Langres, France (1918)

Staf Jeneral Jerman ("German General Staff") tidak menunjukkan minat terhadap kereta kebal, tetapi membenarkan pembangunan senjata anti kereta kebal. Sungguhpun begitu, pembangunan kereta kebal jerman bermula. Satu-satunya projek yang menghasil dan digunakan adalah kereta kebal A7V, sungguhpun hanya lima belas A7V dibina. Kebanyakan seratus atau lebih kereta kebal yang digunakan oleh Jerman merupakan kenderaan British dan Perancis yang ditawan, tetapi ia tidak digunakan, dan kebanyakannya berakhir sebagai besi buruk.

Pertempuran kereta kebal menentang kereta kebal berlaku pada 24 April 1918. Ia merupakan pertarungan yang tidak dijangka antara tiga kereta kebal 7V Jerman dan tiga kereta kebal Mk. IV British di Villers-Bretonneux.

Rancangan 1919 J.F.C. Fuller yang membabitkan kegunaan banyak kereta kebal bagi menyerang, tidak pernah digunakan kerana sekatan oleh Jerman dan kemasukan UA mengakhiri perang. Rancangan itu sendiri menjadi inspirasi kepada taktik blitzkrieg Nazi Jerman semasa Perang Dunia Kedua. Sebagai perangcang tentera dan kemudiannya pemberita, Fuller terus mengembangkan doktrinnya bagi menggunakan kereta kebal dengan sokongan infantri untuk menyerang perhubungan di bahagian belakang garis musuh.

Menjelang tahun 1918, pihak Jerman telahpun belajar menangani serangan kereta kebal British. Dalam Pertempuran Amiens (1918) 72% daripada Kor Kereta Kebal berikat dimusnahkan dalam 4 hari pertama pertempuran. 41.4% dari keseluruhan kereta kebal British telah dimusnahkan menjelang hari ke 64. Pada 5 November, terdapat hanya 8 kereta kebal yang masih tinggal dalam kor kereta kebal British.[4]

Pembangunan Perancis sunting

 
Kereta kebal Renault FT-17 dikendali oleh Tentera Amerika di Perancis. Kereta kebal ringan dengan hanya dua orang krew, ia dihasilkan secara pukal semasa Perang Dunia Pertama.

Lihat juga sunting

Nota dan rujukan sunting

  1. ^ Cleator, P. E. 1967. Weapons of War. London: Robert Hale; p. 175-177
  2. ^ Geoffrey Regan, More Military Blunders, page 12
  3. ^ Military Blunders, page 152
  4. ^ Blitzkrieg, pages 109-10
  • Glanfield, John (2001) Devil's Chariots: the birth and secret battles of the first tanks. Stroud: Sutton

http://www.militaryfactory.com/armor/ww1-tanks.asp

Bacaan lanjut sunting

  • Townsend, Reginald T. (1916). ""Tanks" And "The Hose Of Death"". The World's Work: A History of Our Time: 195–207. Dicapai pada 2009-08-04. Unknown parameter |month= ignored (bantuan); Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan)

Pautan luar sunting