Keris Taming Sari

Keris kepunyaan seorang hulubalang Jawa yang bernama Taming Sari, keris ini pernah dipakai oleh laksamana Hang Tuah

Keris Taming Sari ialah sebilah keris yang telah digunakan oleh Laksamana Hang Tuah sebagai Laksamana Melaka dalam novelnya. Keris ini amat terkenal dan dikatakan mempunyai kuasa sakti iaitu ketika bertarung, pemiliknya tidak lut dimakan senjata lawan ataupun kebal. Ia dikatakan juga berupaya berlegar di udara ketika mengejar musuh walau ke mana sahaja musuh itu berlari.

Keris Taming Sari pada asalnya ialah kepunyaan Taming Sari, seorang hulubalang Jawa. Ketika ingin menikahkan putra sultan Malaka dan putri dari Majapahit diadakanlah adu laga kesaktian sebagai hiburan kerajaan atas usul kerajaan majapahit ditunjuklah Hang Tuah sebagai wakil Malaka dan Beliau Patih Gajah Mada memilih Taming Sari sebagai wakil Majapahit. Di tengah adu laga Taming Sari yang hilang kesadaran telah memasuki istana Seri Betara Majapahit dan telah mengamuk dan membunuh ramai orang. Hang Tuah yang berada di situ telah bertarung dengan Taming Sari dan telah membunuh beliau. Keris Taming Sari telah jatuh ke tangan Hang Tuah dan beliau telah mempersembahkan keris itu ke hadapan Seri Betara Majapahit. Baginda telah menganugerahkan Keris Taming Sari kepada Laksamana Hang Tuah atas jasanya mengalahkan Taming Sari.

Keris Taming Sari pernah dicuri oleh Sang Kertaksa, Laksamana Hang Tuah bagaimanapun berjaya mendapatkan semula Keris Taming Sari dengan menggunakan keahlian laga bertarung beliau.

Pertarungan dengan Hang Jebat sunting

Setelah difitnah oleh Patih Kerma Wijaya, Laksamana Hang Tuah telah dibuang negeri oleh Paduka Sultan Melaka. Keris Taming Sari telah baginda berikan kepada Hang Jebat yang telah dilantik menjadi Laksamana menggantikan Hang Tuah. Hang Jebat kemudiannya telah memasuki istana Sultan Melaka dan mengamuk membunuh ramai rakyat jelata kemungkinan pengaruh oleh keris taming sari tersebut. Hang Tuah yang disembunyikan oleh Paduka Bendahara telah dipanggil oleh Sultan Melaka untuk bersemuka dengan Hang Jebat. Semasa bertarung Hang Tuah telah merampas Keris Taming Sari dari Hang Jebat semasa perlawanan hang jebat dan hang tuah didalam istana dan dan beliau hang tuah memberi perkongsian tentang perancangan beliau untuk memberi peluang kepada saudaranya iaitu hang jebat untuk melarikan diri dari pandangan penduduk-penduduk melaka dan sultan melaka. sementara beliau hang tuah memperdayakan penduduk-penduduk melaka dan sultan melaka dengan berkata bahawa hang jebat telah melarikan diri dalam keadaannya cedera parah selepas menamatkan perang saudara didalam istana. hang jebat kembali dirumahnya dan menemui isteri kesayangnya untuk memberi khabar berita perancangan hang tuah supaya mereka melarikan diri

Keris Taming Sari di Perak sunting

Selepas itu, Hang Tuah yang terlalu malu untuk menghadap Sultan Melaka kerana gagal mendapatkan Puteri Gunung Ledang untuk baginda telah mengirim dan mempersembahkan Keris Taming Sari kepada baginda. Ketika Sultan Mahmud Shah meninggalkan Melaka, baginda membawa keris ini bersama-sama ke Kampar, Sumatera. Baginda kemudiannya telah mengurniakan Keris Taming Sari ini kepada anakanda baginda, Raja Mudzaffar, yang kemudiannya berangkat ke Perak. Keris Taming Sari inilah yang telah digunakan pada adat kebesaran diraja Perak. Keseluruhan sarung keris ini diselaputi oleh dedaun emas.

Rujukan sunting

  • Hikayat Hang Tuah- dikaji dan diselenggarakan oleh Kassim Ahmad.
  • Peristiwa-peristiwa dari Hikayat Hang Tuah- A. Bakar Hamid.
  • Ensiklopedia Global Edisi Milenium 2001 terbitan Smartgenie Corp. Sdn. Bhd.