Keruntuhan Wall Street 1929

Keruntuhan Wall Street 1929 (Inggeris: Wall Street Crash of 1929) adalah keruntuhan bursa saham yang paling teruk di dalam sejarah Amerika Syarikat. Kejatuhan pasaran tersebut menandakan permulaan zaman kemelesetan yang hebat dan meluas di negara tersebut. Di dalam usaha memperbaiki keadaan ekonomi yang tenat, pelbagai peraturan pembankan serta perdagangan baru diperkenalkan. New York City adalah satu pusat pembankan utama dunia sewaktu berlakunya krisis dan New York Stock Exchange adalah bursa saham terbesar dunia.