Kesan Dunning–Kruger

Dalam bidang psikologi, kesan Dunning–Kruger merujuk kepada kecenderungan orang yang kurang berkemampuan atau berkelayakan perasan bahawa kebolehan kognisi mereka lebih hebat daripada yang disangka. Orang begini menyalah anggap diri prestasi mereka adalah "biasa" atau malah "lebih bagus daripada biasa". Hal ini dinamakan sikap tinggi diri khayalan atau bahasa Inggerisnya "illusory superiority". Kecenderungan ini disebabkan oleh seseorang itu tidak berupaya untuk menyedari kekurangannya. Kebiasaannya, orang ini cenderung mempunyai perwatakan yang degil, berlagak tahu, palatau, merasakan pendapatnya paling tepat dan tidak pernah mahu dengar pendapat orang lain.

Graf menunjukkan keyakinan untuk bercakap mengenai sesuatu meningkat mengikut pengalaman dan pengetahuan. Menurut kesan Dunning–Kruger, orang lazim berfikir mereka jauh lebih mengetahui sehinggalah/melainkan mereka sedar kelemahan mereka.

Sebaliknya, individu yang berkemampuan tinggi boleh tersilap anggap bahawa tugas yang dianggap mudah bagi mereka juga mudah dilakukan oleh orang lain, atau orang lain akan mempunyai pemahaman yang sama mengenai bidang yang mereka sendiri tahu.[1]

Rujukan sunting

  1. ^ Burson, Katherine A.; Larrick, Richard P.; Klayman, Joshua (2006). "Skilled or unskilled, but still unaware of it: How perceptions of difficulty drive miscalibration in relative comparisons". Journal of Personality and Social Psychology. American Psychological Association. 90 (1): 60–77. doi:10.1037/0022-3514.90.1.60. PMID 16448310.

Lihat juga sunting

Bacaan lanjut sunting