Kesedaran kolektif

Kesedaran kolektif merujuk kepada kepercayaan dan sikap moral kongsi yang bertindak sebagai pengaruh penyatuan dalam masyarakat.[1] Istilah ini digunakan oleh ahli teori sosial Perancis, Émile Durkheim (1858–1917) di dalam buku-bukunya:

  • The Division of Labour (Pembahagian kerja, 1893)
  • The Rules of Sociological Method (Peraturan Kaedah Sosiologi, 1895)
  • Suicide (Pembunuhan diri, 1897); dan
  • The Elementary Forms of Religious Life (Bentuk Asas Kehidupan Agama, 1912).

Di dalam buku The Division of Labour, Durkheim mendebatkan bahawa di dalam masyarakat "tradisional" atau yang "lebih sederhana" (masyarakat yang berdasarkan hubungan suku, keluarga, atau puak), agama memainkan peranan yang penting dalam menyatukan anggota-anggotanya menerusi penciptaan kesedaran umum (hati nurani kolektif dalam ungkapan Perancis yang asal). Dalam masyarakat sejenis ini, kandungan kesedaran seseorang dikongsi sebahagian besarnya dengan semua anggota yang lain di dalam masyarakatnya dan dengan itu, mencipta perpaduan mekanik menerusi keserupaan saling.

Kegunaan istilah yang lain sunting

Berbagai-bagai bentuk yang mungkin dapat diistilahkan sebagai "kesedaran kolektif" di dalam masyarkat-masyarakat moden telah dikenal pasti oleh ahli-ahli sosiologi. Ini bebeza-beza daripada sikap perpaduan dan meme sehingga tingkah laku berterlaluan seperti fikir kumpulan atau tingkah laku kawanan. Konsep ini telah dikembangkan sebagai cara untuk memerikan bagaimana sesuatu komuniti berkumpul untuk berkongsi nilai yang serupa. Ini juga boleh diistilahkan sebagai "akal sarang lebah". Maharishi Mahesh Yogi, pengasas program Tafakur Transendental mempergunakan istilah ini untuk memerikan bagaimana kepaduan tergabung dalam kesedaran sesuatu kumpulan dapat mempengaruhi masyarakat.

Lihat juga sunting

Nota sunting

  1. ^ Collins Dictionary of Sociology, p93.

Rujukan sunting

  • Jary, David (1991). Collins Dictionary of Sociology. Glasgow: Harper Collins. m/s. 774. ISBN 0-00-470804-0. Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)
  • Williams, Swatos (editor) (1998). "Émile Durkheim" (Web and Print). Encyclopedia of Religion and Society. Altamira Press. Dicapai pada 2007-02-03. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan)CS1 maint: extra text: authors list (link)