Ketam, Kepiting, Sartan (Arab: السرطان as-Saraṭān), Karkata (Sanskrit: कर्कट Karkaṭa), atau Kanser atau Cancer (Cnc) merupakan salah sebuah daripada dua belas buah buruj dalam zodiak. Namanya dalam bahasa Latin bermaksud ketam dan buruj ini kerap diwakilkan sebagai ketam. Lambang astrologinya ialah (Unicode ♋). Cancer ialah buruj bersaiz sederhana dengan keluasan 506 darjah persegi dan bintang-bintangnya adalah agak malap. Bintang tercerahnya, Beta Cancri, mempunyai magnitud ketara 3.5. Buruj ini mengandungi dua buah bintang dengan planet-planet yang diketahui, termasuklah 55 Cancri, yang mempunyai sebuah bumi super dan empat buah gergasi gas, salah sebuah daripadanya adalah dalam zon kehidupan dan mempunyai suhu jangkaan yang serupa dengan Bumi. Yang terletak di pusat buruj ini ialah Prasepe (Messier 44), salah sebuah daripada gugusan terbuka yang terdekat dengan Bumi dan sasaran popular untuk ahli astronomi amatur.

Cancer
Buruj
Cancer
Nama LatinCancer
SingkatanCnc[1]
GenitifCancri[1]
Sebutan/kansər/,
genitif /kankri/
SimbolismeKetam
Pencerapan
(Epok J2000)
07j 55m 19.7973s–09j 22m 35.0364s[2]
Keserongan33.1415138°–6.4700689°[2]
KeluargaZodiak
Keluasan506 darjah persegi (ke-31)
Bintang
Bintang utama5
76
Bintang dengan planet
10
Bintang terang (lebih daripada 3.00m)
0
Bintang dalam 10.00 pc
(32.62 ly)
2
Bintang paling terang
β Cnc (Altarf) (3.53m)
Bintang terhampirDX Cnc
(11.84 tc, 3.63 pc)
Objek
Objek Messier2
Pancuran meteor
Buruj bersempadan
Catatan
Boleh dilihat pada garis lintang antara +90° dan −60°.
Penglihatan terbaik pada jam 21:00 (9:00 malam) ketika bulan Mac.
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Ciri sunting

Bintang-bintang yang ada pada rasi ini antaranya adalah:

Nama Mag Jarak (tahun cahaya) Kondisi Nama lain Bahasa asal Erti
β Cnc 3.53 290 bintang ganda Tarf Bahasa Arab mata, tatapan
δ Cnc 3.94 136 Asellus Australis Bahasa Latin anak keldai di bahagian selatan
ι Cnc 4.03 298 bintang ganda Decapoda Bahasa Latin yang berkaki sepuluh
α Cnc 4.26 173 bintang ganda Acubens, Al Zubanah, Sertan Bahasa Arab sang ketam
γ Cnc 4.66 158 Asellus Borealis Latin anak keldai di bahagian utara
ζ1 Cnc 4.67 83 bintang ganda Tegmine, Tegmen Bahasa Latin cangkerang (ketam)
ξ Cnc 5.16 380 bintang ganda Nahn bahasa Parsi muncung (ketam)

Padanan sunting

Dalam astronomi Cina, bintang-bintang Cancer terletak dalam Burung Merah Merona Selatan (Cina: 南方朱雀 Nán Fāng Zhū Què).[3]


Lihat juga sunting

Catatan sunting

  1. ^ a b Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan ridpath tidak disediakan
  2. ^ a b "Cancer, constellation boundary". The Constellations. Kesatuan Astronomi Antarabangsa. Dicapai pada 14 Februari 2014.
  3. ^ (Cina) AEEA (Activities of Exhibition and Education in Astronomy) 天文教育資訊網 2006年5月27日
Rujukan
  • Allen, Richard Hinckley, Star Names: Their Lore and Meaning, Dover, ISBN 0-486-21079-0
  • Ridpath, Ian (2001), Stars and Planets Guide, Wil Tirion (ed. 3rd), Akhbar Universiti Princeton, ISBN 0-691-08913-2
  • Ridpath, Ian (2007), Stars and Planets Guide, Wil Tirion (ed. 4th), Akhbar Universiti Princeton, ISBN 978-0-691-13556-4
  • Liungman, Carl G., Dictionary of Symbols, W. W. Norton & Company, ISBN 0-393-31236-4
  • White, Gavin (2008), Babylonian Star-lore, Solaria Pubs
  • Wagman, Morton (2003). Lost Stars: Lost, Missing and Troublesome Stars from the Catalogues of Johannes Bayer, Nicholas Louis de Lacaille, John Flamsteed, and Sundry Others. Blacksburg, Virginia: The McDonald & Woodward Publishing Company. ISBN 978-0-939923-78-6.CS1 maint: ref=harv (link)

Pautan luar sunting

Templat:Bintang dalam Cancer


Koordinat:   09h 00m 00s, +20° 00′ 00″